Israel Bunuh Pejuang Hamas

Thursday 28 May 2009


Petikan : Kosmo, 29 mei

Oleh: Komuniti Blogger Palestineevergreen

HEBRON – Tentera Yahudi membunuh seorang pejuang Hamas yang dikehendaki kerana mendalangi beberapa serangan bom ke atas Israel dalam satu pertempuran di Tebing Barat semalam, kata beberapa pegawai.

Seorang jurucakap tentera rejim memberitahu, pejuang Hamas berusia 45 tahun, Abdel al-Majid Dudin ditembak mati ketika bertempur dengan beberapa askar dan polis Israel di perkampungan Deir al-Assel al-Tahta, dekat sini.

Pejuang berkenaan diburu pasukan keselamatan Yahudi sejak 1995 selepas dia mendalangi dua serangan berani mati dengan menggunakan bas di Israel yang meragut 10 nyawa dan mencederakan 140 orang. – AFP

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP