Mayat rakyat Palestin menjadi makanan anjing.

Tuesday 26 May 2009

Credit: sivixgel@yahoo.com

"Ya Allah ! Tidak pernah saya menyaksikan kezaliman sebuas begini !", teriak Kayed Abu Aukal. Doktor di bilik kecemasan tidak percaya melihat apa yang tinggal pada syuhada Shahd umur 4 tahun, hanyalah saki baki cebisan daging yang masih melekat pada tulangnya.

Beliau mati selepas dibom oleh kereta kebal di kem Jabaliya dimana beliau sedang bermain. Bila mana ibu bapa mereka hendak menyelamatkan beliau, tembakan peluru Israel menghalang mereka berbuat demikian.

Selama 5 hari, abang beliau Matar dan Mohamed berusaha untuk mendapatkan jenazah beliau tetapi dihalang dengan tembakan peluru Israel. Tidak tahan melihat perbuatan kejam dan buas itu yang berlaku didepan mata mereka, akhirnya mereka memberanikan diri dan lalu menemui syahid.

"Mayatnya dibiarkan oleh Israel laknatullah dengan sengaja untuk anjing-anjing merobek beliau yang tidak meninggalkan walau sebahagian daripada badan beliau", teriak Abu Aukal dimana belliau tidak pernah melihat pembunuhan sekejam ini.

Mereka bukan sahaja membunuh malah tidak berperikemanusiaan dengan melakukan kebuasan terhadap jenazah kanak-kanak.

Scent of Palestine, Scent of Jannah

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP