Palestin Dinodai Tatkala Orang Islam Menjadi Badut Sarkas

Monday 25 May 2009

Kredit: Mohd Syafiq Bin Shahbudin (pitt_langgaq@hijaukuning.com)

Dipetik dari: shoufamrhossam.blogspot

Saya bagaikan ditampar dari lamunan apabila sahabat saya menzahirkan hajatnya apabila berjumpa dengan saya dengan menginginkan saya supaya menyertai komuniti gerakan di dalam mencetuskan semangat Palestine yang berbunyi 'Scent of Palestine, Scent of Jannah'. Mendengarkan bunyi motonya sahaja, sudah cukup meremangkan bulu roma saya memandangkan saya agak tidak mengambil peduli skesta kehidupan di Palestine yang di tatkala ini agak lengang dengan letupan bom. Saya seperti anak kecil berlari riang di tatkala hujan berhenti. Hanya berduka tatkala palestin diserang oleh zionist dan tersenyum lupa apabila palestine tidak lagi dihujani bom. Semenangnya saya merasa sungguh hina apabila menghadirkan diri untuk memasuki program yang sahabat saya aturkan ini. Keinsafan ini saya berharap dapat dikongsi bersama-sama pembaca kalian dan yang pasti Palestin masih lagi dinodai.

Kita adalah orang Islam di akhir zaman yang diuji oleh tuhan dengan ujian perampasan Palestin oleh Zionist. Tuhan meletakkan ujian ini sebagai matlamat kita untuk muhasabah diri supaya dapat mengembalikan semula tebing barat kepada orang Islam. Walaubagaimanapun, bagaimana kita hendak mendapatkan semula tebing barat sedangkan diri kita sendiri telah dirampas oleh yahudi?? anda faham maksud saya???.

Contoh mudah, berapa ramai umat islam yang pergi ke masjid mendengar majlis ilmu dengan umat Islam yang leka pergi ke konsert hiburan???. Lucunya konsert itu pula ditaja oleh orang Islam. Wah... Orang Islam membantu Zionist di dalam menghancurkan Islam itu sendiri.

Anda boleh bergelak sambil membaca tulisan yang bagaikan sarkas ini, tetapi inilah realitinya yang anda tidak boleh sangkal. Kemana arah tuju kita?? Kemana laungan semangat jihad yang diagung-agungkan itu??. Janganlah menjadi bak kucing hilang gigi, tikus terjoget-joget dan jangan pula menunggu sehingga tuhan turunkan bala baru kita semua hendak sedar bak kata ayah memukul anak, Sekali ketuk sekali jalan.

Nah.. sekarang ini bumi dilanda swine flu, bird flu, panas terik dan apa bala lagi yang berjangkit. Bumi menjadi panas maka terciptalah pula Earth Hour oleh zionist, maka umat Islam yang menjadi pak turut bak boneka patung mengikut gerak tangan yang gemah gemalai dari si penarik iaitu zionist.

'Earth Hour' yang direka-reka oleh puak yahudi yang kononnya bumi akan terselamat dari bencana kepanasan jika setiap kediaman ditutup bekalan elektrik selama sejam sebenarnya adalah suatu APRIL FOOL!! untuk umat islam. Puak yahudi mentertawakan kita berdekah-dekah di tatkala kita bergelap. Puak yahudi merasakan bahawa mereka benar-benar berkuasa dan berpengaruh apabila earth hour dirancang dan umat islam terpedaya. Ini menunjukkan bahawa umat islam bergantung harap daripada canakkan pemikiran daripada puak yahudi.

Usaha berkenaan bagus tetapi apakah ia dapat menyelamatkan bumi dan manusia seperti diharapkan? Bagi kita jawapannya adalah tidak kerana usaha itu adalah kempen dan publisiti murahan puak yahudi yang mahu dipaksakan ke atas penduduk dunia seluruhnya yang majoritinya ialah umat islam sedangkan penguasa dan lintah darat kapitalis dunia yahudilah yang merosakkan dan menjejaskan eko sistem dunia.

Bagi kita jaminan keselamatan termasuk kehidupan aman dan bahagia perlu berpaksi kepada hukum-hakam Allah SWT. Ini kerana Allah SWT yang menjadikan alam termasuk dunia ini dan segala penghuninya maka Dia-lah yang mengetahui apa yang terbaik untuk manusia.

Antara jaminan keselamatan Allah SWT terzahir melalui kewujudan Tanah Haram (Makkah dan Madinah) untuk menjadi renungan. Di Tanah Haram, adalah menjadi larangan untuk memotong, menebang atau mencabut pokok dan tumbuh-tumbuhan atau memburu binatang. Pendeknya keharmonian alam dijaga begitu sekali, manusia yang memasuki Tanah Haram terutama pada musim haji dijamin keselamatannya sehingga jemaah tidak boleh berbalah (melalui percakapan) apatah lagi bergaduh dan berperang.

Keselamatan, keharmonian dan keamanan di Tanah Haram sewajarnya dibawa ke seluruh pelosok dunia agar manusia dapat didisiplinkan untuk mematuhi perintah Allah SWT. Ini kerana Allah SWT saja yang menjamin keselamatan manusia sedangkan undang-undang ciptaan manusia tidak dapat lari daripada kelemahan dan kesilapan.

Jaminan Allah SWT antara lain terkandung dalam Ayat 96 Surah Al-A'raaf yang bermaksud: "Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri (negara) beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya."

Ancaman Allah SWT untuk mendatangkan bahaya kepada manusia terkandung dalam ayat-ayat 97 hingga 100 surah yang sama. Pada Ayat 97 dinyatakan: "Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kedatangan seksaan (azab) Kami kepada mereka pada malam hari ketika mereka sedang tidur?"

Allah SWT telah menyediakan peraturan dan undang-undang-Nya bagi keselamatan manusia tetapi umat Islam hari ini terikut-ikut dengan rancangan yahudi yang cuba dipaksakan ke atas mereka. Sungguh begitu aneh kelakuan umat Islam hari ini, apa dicadangkan pihak Barat iaitu yahudi khasnya termasuk 'Earth Hour' mereka ikuti; mereka menjadi pak turut tetapi cara hidup Muslim termasuk perintah Allah SWT mereka pekakkan telinga.

Bagi menjayakan 'Earth Hour', pelbagai pihak daripada stesen televisyen, akhbar dan firma swasta menguar-uarkannya dengan begitu hebat sekali, tetapi bagaimana perintah Allah SWT? Apakah stesen televisyen kita peka akan waktu solat seperti diperintahkan Allah SWT? Jawapannya tidak, malah pada waktu solat yang singkat seperti maghrib, mereka sibuk menyiarkan rancangan kesukaan kanak-kanak menyebabkan anak-anak sukar didisiplinkan untuk solat.

Tidak cukup dengan Earth hour, kita semakin lemah dengan perpecahan didalam kelompok umat islam itu sendiri. Isu jemaah, berlainan fahaman, berlainan ikutan dan berlainan pemikiran menjadi duri dalam daging umat islam yang bagaikan menjadi barah yang sukar diubati. Kita tidak dapat duduk semeja dan bersentuhan bahu sesama kita disebabkan keegoan kita sendiri. Dunia arab sudah cukup memberikan kita gambaran jelas bahawa persaudaraan yang wujud didalam Islam itu sendiri semakin lemah dan longlai.

Apa telah terjadi di Iraq, Afganistan, lebanon dan yang terbaru di Pakistan. Ini semua berpunca daripada keegoan umat islam itu sendiri. Ego dan jaki dengan pendirian masing-masing. Ego sehingga merasakan fahaman mereka benar dan sanggup menggadai maruah islam dengan cara membenarkan puak yahudi dan barat menodai puak Islam yang berlainan ideologi dengan mereka.

Pada diri kita pula, kita sanggup bertekak dan berkelahi sesama kita semata-mata juah dengan fahaman yang kita cernakan dan jemaah yang kita dokongi. Menang sorak, kampung tergadai. Rejim saddam dijatuhkan, tanah Iraq dinodai. Ini bodoh belaka.

Kita sudah terpedaya dengan mainan badut-badut sarkas daripada rejim zionist. Kita sudah terpedaya dengan kata-kata manis mereka. Kita perlukan tebing barat untuk menegakkan kembali syiar Islam dan mengembalikan sinar ketamadunan umat islam itu sendiri. Andalah yang menentukan semua ini samaada terjadi atau tidak. Tiada gunanya jika seorang jurulatih menzahirkan taktikal yang termantap jika tiada pemain-pemain yang menterjemahkan kecemerlangan di atas padang bolasepak dan begitulah jua jika ada seorang pemimpin alim ulama tanpa sokongan padu dan persaudaraan dari umat islam seluruhnya. Jika kita hendakkan AQSA. kita perlu ikut AQSA iaitu Agungkan Quran Sunnah dan Allah!!!

Scent of Palestine, Scent of Jannah

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP