Sajak Boikot

Saturday 30 May 2009

Credit: Irsyad Zamani, Tahun 2.


Align CentreAku dalam dilemma
Boikot barang Amerika
Sebab aku kerja kompeni Amerika
Tapi aku peduli apa
Rezeki di tangan Allah Taala
Mula-mula boikot Coca Cola
Tukar Microsoft kepada software Rusia
Tukar Dell kepada komputer Malaysia
Jangan guna telipon Nokia dan Motorola
Gunalah Samseng dan Nokla
Nokla tu produk dari China
Tapi mungkin ada melamin bahaya

Tolong buang terus rokok Amerika
PhilipMoris bantu Israel bedil Gaza
Tak guna berdegar-degar hentam Amerika
Benson dan Dunhill berada di mulut sentiasa
Buang juga keretek Djarum dan Sampoerna
Membahayakan kesihatan jantung dan dada

Jangan naik MAS naiklah Air Asia
Sebab MAS pakai Boeing buatan Amerika
Nanti marah lah pula Idris Jala
Dia baru umum tiket domestik turun harga

Buang kad kredit Citibank dan Bank of America
Gunalah kad kredit Ar Rajhi dan Bank Bumiputra
Oh lupa bank tu dah jadi CinaIndiaMelayuBank rupanya
Eloklah sokong perbankan Islam dan Bank Negara

Jangan pakai seluar Levis pakailah seluar Gala
DKNY Ralph Lauren dan Gap pun sama
Jangan pakai singlet Calvin Klein pakailah Pagoda
Atau pakai baju sendiri walaupun tanpa jenama

Jangan minum Starbucks difranchis Berjaya
Minumlah Tongkat Ali Radix atau Kopi Lasinda
M Rajoli kata boleh terangkat sentiasa
Mana tak terangkat steroid dimasuk setengah camca

Jangan tengok CNN tengolah Al Jazeera
TV tu meluat banyak fitnah dan propaganda
Atau lebih baik tutup TV buat sementara
Boikot juga filem-filem dari Amerika
Biar merosot Golden Screen Cinema

Dalam berboikot eloklah kita banyak berdoa
Doa kepada mereka yang berada di Ghaza
Semoga Allah membantu mereka di sana
Dan kita minta Allah turunkan bala
Kepada Zionis Yahudi dan bala tenteranya
Ya Allah hancurkan dan leburkan mereka
Mereka membunuh anak-anak dan wanita
Seperti mana mereka buat di Shabra dan Shatila
Mereka ini besar kepala tidak hirau kepada dunia
Resolusi-resolusi PBB tidak dihirau oleh mereka
Oleh itu ya Allah hancurkan Zionis kadar segera!

Keris Silau

SCENT OF PALESTINE, SCENT OF JANNAH

2 comments:

raksaksa biru said...

tapi kan...
air asia syarikat org india
org mlayu xuntung
klu mas
milik negara
skurang2nye
ade gak tolong org mlayu sket2
psal pesawat tu
soh msia wat kpl terbang sdri plop
ape kate???
(idea ak je ar...peace (n_n)(v))

raksaksa biru said...

knape bank bumiputra jadi bank cineindiamlayu???????????
sbb kite-org mlayu-yg xreti2 nk byr blik pinjaman..
so???
pk2 kn la....

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP