Yahudi Akan Lari Dari ISrael

Wednesday 27 May 2009

Oleh: Group Admin Palestineevergreen

Jurnal Asal: http://ibnuyaacob.com/

Laporan terbaru keputusan undian online mendapati, 1 daripada 4 orang yang ditemuramah telah membuat keputusan untuk keluar meninggalkan Israel jika mendapati Iran telah disahkan membina bom nuklear seperti yang digembar-gemburkan oleh pemimpin-pemimpin mereka.

Melalui temuramah itu, mereka percaya jika Iran sudah mempunyai bom nekluar maka keselamatan negara Israel sudah tiada jaminan kerana Iran amat patuh pada ikrar mereka yang mahu memadamkan Israel dari peta dunia.
Masyarakat Israel amat terpengaruh dengan dakyah tersebut walaupun Presiden Iran menafikan pernah menyebut tentang kenyataan ”memadam Israel dari peta dunia”.

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Tel Aviv mendapati 85 peratus percaya Iran akan menggunakan bom nuklear bagi menghalang Israel merampas Palestin. Manakala 57 peratus yang lain pula percaya bahawa kerajaan Amerika akan mengambil langkah-langkah diplomasi bagi menghalang perkara tersebut dari berlaku.

Menurut Prof. David Menashri dari Universiti Tel Aviv, ketakutan ancaman Iran menggunakan bom nuklear tersebut sepatutnya tidak wujud kerana Presiden Iran tidak pernah menyatakannya. Menashri percaya ketakutan itu berpunca daripada provokasi media dan pemimpin-pemimpin politik terhadap setiap ucapan Presiden Iran.

tingkah laku drastik yang bakal diambil rakyat Israel itu menunjukkan hampir seluruh umat Yahudi di Israel amat takutkan gertakan dunia Islam. Pada saat ini, hanya sebuah negara Islam yang menggertak Yahudi dengan bom nuklear iaitu Iran.

Jika hanya sebuah negara Islam sahaja mampu menakutkan 85 peratus Yahudi Israel, bagaimana jika 10 buah negara Islam menggertak Israel. Tiada ungkapan yang sesuai melainkan berlakunya huru-hara dikalangan masyarakat Yahudi itu sendiri. Mungkin hanya pokok Gharqad untuk mereka menyorok.

Kajian tersebut tamat pada 22 Mei 2009 dan dilaporkan oleh Ofri Ilani dari akhbar Haaretz.

40 Peratus Arab-Israel Percaya Holocaust Tidak Berlaku

Menurut laporan wartawan Israel, Fadi Eyazat, tinjauan yang dibuat melalui undian secara online (Online Poll) pada akhir Mei 2009 mendapati hampir 40 peratus rakyat Israel berketurunan Arab tidak mempercayai tentang kejadian Holocaust. Mereka percaya bahawa Holocaust tidak pernah berlaku.

Undian yang dijalankan oleh Universiti Haifa itu berakhir pada Ahad lepas. Menurut pengurus pengundian tersebut iaitu Prof. Sami Samuha, terdapat juga keputusan lain yang amat mengejutkan.

Menurutnya, sebanyak 41 peratus masyarakat Arab-Israel berpendapat negara Israel tidak berhak untuk wujud di atas bumi Palestin. Manakalanya selebihnya menyokong kewujudan negara Israel tersebut.

Keputusan untuk tidak menyokong ini mungkin berpunca daripada perang-perang yang dilakukan oleh Israel ke atas Lubnan dan Palestin sejak 40 tahun dahulu.



0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP