ANJAKAN PARADIGMA

Monday 8 June 2009

Pernahkah kita terfikir, mengapakah sehingga saat ini, kita masih belum mampu untuk membebaskan Palestin?
Apakah erti ‘kemenangan’ pada kita? Adakah ianya bermaksud apabila sesuatu negara itu mempunyai seorang pemimpin yang sah? Atau apabila negara itu mencapai teknologi yang paling maju, atau semasa negara itu mengubah semua system Jahiliyah kepada sistem yang berlandaskan keIslaman?
Sesungguhnya, Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya, melainkan Allah.
Mari kita lihat sejenak, generasi yang telah ditarbiyah oleh Rasulullah SAW sendiri, bagaimana mereka mampu meneraju seluruh pelusuk dunia ini. Al-kisah, ada seorang pencuri. Apabila hal ini dilaporkan, Abdullah Ibn Mas’ud pun mendoakan supaya si pencuri itu dapat dipenuhi segala hajatnya. Sekiranya si pencuri itu di dalam kesusahan, moga-moga dipermudahkan segala urusannya. Betapa tingginya iman mereka ketika itu.
Lihat lagi Salahudin Al-Ayyubi dan tenteranya yang berjaya membebaskan Palestin. Juga, Sultan Muhammah Al Fateh dan angkatannya yang berjaya membuka kota Constantinople atau Istanbul. Mereka begitu menitik beratkan solat fardhu, amalan solat rawatib dan solat malam hari.
Sebelum kita mampu untuk menang, cuba lihat dulu perkara-perkara asas agama. Cukupkah solat kita yang 5 itu? Subuh di masjidkah? Jika perkara asas ini pun masih terumbang-ambing, bagaimana kita boleh mempunyai cita-cita untuk membebaskan Palestin?
Untuk membina sebuah khilafah islamiyah di muka bumi ini, kita perlu bermula dari anak tangga bawah, bermula dari individu muslim, kemudiannya bait muslim dan seterusnya. Kawan-kawan, marilah kita cuba untuk menyempurnakan mana-mana yang masih belum sempurna, dan untuk bermula adalah yang paling perit. InsyaAllah.
Saudara Zulhelmi Azelan pejuang_27, semoga usahamu diredhai.

Scent of Palestine, Scent of Jannah

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP