Memperingati Ulangtahun Nakbah ke-62
Wednesday, 12 May 2010
Apabila Israel melancarkan serangan teramat biadap ke atas Gaza pada penghujung bulan Disember 2008 dan berakhir pada 23 Januari 2009, seluruh dunia amat terkejut dan bangkit membuat bantahan yang terbesar pernah disaksikan. Bantahan dan kemarahan ini tiba-tiba reda dan berakhir apabila Israel menghentikan operasi ‘Cast lead’nya di Gaza. Meskipun media masih memberi liputan tentang kemusnahan dan penderitaan rakyat Gaza terutama pendirian Mesir yang terus menutup sempadan dan menyekat rakyat Gaza yang tercedera menyeberang di sempadan Rafah untuk mendapat rawatan, namun tumpuan kepada isu ini dalam media antarabangsa hanya bertahan sekitar dua minggu sebelum ia dilupakan samasekali. Kini isu Gaza bahkan isu Palestin kembali kepada status qou iaitu satu konflik yang berpanjangan sejak 1948 tanpa menunjukkan sebarang petanda ia dapat diselesaikan dalam masa beberapa tahun bahkan beberapa dekad akan datang. Realiti inilah yang mungkin menjadikan tumpuan terhadap isu ini turun dan naik seiring dengan insiden serangan besar-besaran atau pencerobohan regim Israel ke atas mana-mana wilayah Palestin dari masa ke semasa.
Al- Aqsa di hati…. Sayang Al- Aqsa kita !
Monday, 3 May 2010
Palestineevergreen menganjurkan kempen kutipan derma untuk pembangunan Gaza lanjutan daripada misi Lifeline-For- Gaza yang mengumpulkan NGO-NGO malaysia yang menyertai kempen antarabangsa : Free gaza Movement | Break the Seige. Kempen antarabangsa ini bertujuan untuk menembusi kepungan Israel terhadap Gaza.
Kempen ini mengganggarkan kutipan sebanyak 10 juta Ringgit Malaysia yang akan digunakan untuk membeli dan membawa bantuan asas dan keperluan seperti bahan pembinaan hospital , bahan perubatan , peralatan sekolah dan juga bahan-bahan makanan ke Gaza.
Pengenalan L4GIskandariah
Anjuran
PERUBATAN sesi 2010/2011
Objektif
Program ini bertujuan untuk:
- Mempromosi dan mengaktifkan projek ‘Lifeline 4 Gaza’ kepada ahli PERUBATAN
- Membantu mengumpul dana untuk penduduk Palestin bagi mencapai sasaran RM 10 juta yang disasarkan oleh Lifeline 4 Gaza Malaysia
- Memupuk kesedaran ahli PERUBATAN tentang peri-pentingnya isu umat Islam di Palestin
- Menyampaikan isu-isu semasa Palestin kepada ahli PERUBATAN
- Merapatkan ukhuwwah islamiah dalam kalangan ahli PERUBATAN
Tema
"LE 100 Untuk Palestin"
Tempoh dan sasaran
Program ini akan berlangsung dari 4 Mei - 6 Mei 2010(Sehingga 12.00 tgh hari sahaja). Segala kutipan dana akan disalurkan kepada pihak berwajib di Malaysia. Sepanjang tempoh ini, pihak jawatankuasa berharap dapat mengumpulkan dana sejumlah LE 50,000 bagi PERUBATAN di Iskandariah.
Aktiviti
Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tempoh ini adalah:
- Kempen LE 100 seorang
- Kutipan tabung dana
- Jualan : membeli sambil beramal
- Talk Palestine in lecture hall
Dengan kempen intensif selama 2 hari ini, ahli PERUBATAN Iskandariah mampu mengumpul dana sekurang-kurangnya LE 50,000. "Nothing impossible for Palestine" We can make a dream comes true. InsyaALLAH.