Pengenalan L4GIskandariah

Monday 3 May 2010

Lifeline 4 Gaza, atau Talian Hayat Untuk Gaza adalah satu usaha kerjasama di antara NGO-NGO di Malaysia untuk menyertai kempen antarabangsa bagi menembusi kepungan Israel terhadap Gaza. Menyahut usaha murni ini, PERUBATAN dengan sukacitanya ingin mengajak para ahli PERUBATAN sekalian untuk bersama-sama menyumbang ke arah kempen ini dengan menganjurkan Lifeline 4 Gaza PERUBATAN.

Anjuran
PERUBATAN sesi 2010/2011

Objektif
Program ini bertujuan untuk:
  1. Mempromosi dan mengaktifkan projek ‘Lifeline 4 Gaza’ kepada ahli PERUBATAN
  2. Membantu mengumpul dana untuk penduduk Palestin bagi mencapai sasaran RM 10 juta yang disasarkan oleh Lifeline 4 Gaza Malaysia
  3. Memupuk kesedaran ahli PERUBATAN tentang peri-pentingnya isu umat Islam di Palestin
  4. Menyampaikan isu-isu semasa Palestin kepada ahli PERUBATAN
  5. Merapatkan ukhuwwah islamiah dalam kalangan ahli PERUBATAN

Tema
"LE 100 Untuk Palestin"


Tempoh dan sasaran
Program ini akan berlangsung dari 4 Mei - 6 Mei 2010(Sehingga 12.00 tgh hari sahaja). Segala kutipan dana akan disalurkan kepada pihak berwajib di Malaysia. Sepanjang tempoh ini, pihak jawatankuasa berharap dapat mengumpulkan dana sejumlah LE 50,000 bagi PERUBATAN di Iskandariah.

Aktiviti
Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tempoh ini adalah:
  • Kempen LE 100 seorang
  • Kutipan tabung dana
  • Jualan : membeli sambil beramal
  • Talk Palestine in lecture hall
Harapan
Dengan kempen intensif selama 2 hari ini, ahli PERUBATAN Iskandariah mampu mengumpul dana sekurang-kurangnya LE 50,000. "Nothing impossible for Palestine" We can make a dream comes true. InsyaALLAH.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP