Hamas dan Fatah temui titik kesamaan.

Thursday, 28 April 2011



Khamis-28.4.2011 - Dr.Musa Abu Marzuq wakil kepada Ketua Biro Politik Hamas menegaskan bahawa dua gerakan utama di Palestin iaitu Hamas dan Fatah telah bersetuju untuk bersepakat di dalam perjuangan mengembalikan hak-hak rakyat Palestin.

Dr Musa Abu Marzuq berkata lagi sudah sampai masanya untuk membuka lembaran baru demi mengembalikan agenda perjuangan untuk mengembalikan hak-hak rakyat Palestin yang tertindas selama ini.

Kesepakatan ini lebih memberikan penekanan kepada pembinaan kerajaan Palestin yang bebas dari sebarang pengaruh luar di samping bersepakat untuk mengembalikan semula kedaulatan badan undang-undang Palestin dan pilihan raya Palestin.

Wakil Fatah di Kaherah Azzam Al-Ahmed menyatakan kesepakatan ini merupakan satu perkara yang positif kepada negara Palestin.

Selain itu, pihak Zionis telah memberikan amaran kepada Mahmud Abbas untuk tidak menandatangani sebarang perjanjian damai dengan pihak Hamas.

Menurut radio Zionis edisi Khamis, Perdana Menteri Israel Benjamen Netanyahu menegaskan supaya Fatah memilih kesepakatan di antara Israel ataupun kesepakatan diantara Hamas. Hal ini adalah mustahil pemerintah di Palestin untuk berkerjasama di antara dua pihak disebabkan Hamas adalah sebuah gerakan yang secara terang-terangan memusuhi Israel.




Sumber 1

Sumber 2

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP