Israel salahkan MESIR...?

Monday 30 May 2011

BAITULMAQDIS 29 MEI - Keputusan Mesir membuka semula pintu sempadannya di Rafah dengan Genting Gaza dibidas oleh Israel yang mendakwa langkah itu akan membolehkan kumpulan "pengganas" memindahkan senjata dan anggota dengan bebas.



"Pergerakan bebas manusia dan kargo akan digunakan dengan lebih intensif untuk membawa masuk peluru dan peralatan tentera serta pengganas" dakwa Menteri Infrastruktur Israel, Uzi Landau hari ini.

Kaherah pada bulan lepas mengumumkan rancangannya untuk membuka semula pintu sempadan tersebut, selepas Hamas menandatangani perjanjian perkongsian kuasa dengan seterunya, Parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Walaupon Kaherah tidak turut serta menandatangani perjanjian itu, menteri-menteri Israel hari ini menuduh Mesir melanggar perjanjian dengan membuka semula pintu sempadan.

Keputusan Israel membantah keputusan Mesir untuk membuka semula Rafah menunjukkan rejim Zionis Israel bergantung kepada negara lain untuk melindungi sempadannya.



Kesimpulannya, kita sebagai mahasiswa/i Perubatan Iskandariah haruslah mengambil CAKNA terhadap saudara-saudara islam di sana. Melalui pembukaan sempadan Rafah, segala barang-barang perubatan dan makanan dapat disalurkan dengan mudah. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menghulurkan sumbangan untuk meringankan bebanan mereka.

wallahua'alam

sumber: www.satuumat.blogspot.com
penterjemah: rushdi

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP