Bukan Muslimeen sahaja yang kisah.

Thursday 9 June 2011


Khamis bersamaan dengan 9- June 2011, Persatuan Aktivis Israel, B'T Salem dan Pihak the Guardian UK telah melancarkan sebuah filem bersiri yang mengandungi enam filem pendek berkisarkan kehidupan rakyat Palestin yang hidup dalam ketakutan dibawah kecaman dan rampasan kuasa pihak Zionist.

Filem bersiri tersebut yang berjudul "Living In Jerusalem : Six Voices" mengandungi enam filem pendek yang dirakam oleh empat warga Palestin dan dua aktivis Israel semuanya membincangkan tentang situasi sebenar rakyat Palestin yang tertindas dan hidup dalam kesusahan di timur Jerusalem.

Penghasilan Filem bersiri ini dalam usaha sama muslimin Palestin bersama aktivis Israel yang peka serta pihak the Guardian UK adalah bertujuan untuk menyuarakan rasa prihatin mereka dan sekaligus membuktikan rasa tidak senang duduk terhadapt kezaliman dan kekejaman Zionist Laknatullah.

Kesedaran mereka terhadap pengaruh media pada seluruh dunia telah membakar semangat mereka untuk menghasilkan filem bersiri ini dengan harapan agar rakyat dunia sedar dan jelas bahawa kehancuran dan TERRORISM sebenarnya datang dari pihak Zionist.

Filem bersiri tersebut boleh ditonton di link ini :

http://www.guardian.co.uk/world/interactive/2011/jun/08/east-jerusalem-israel-palestine-interactive


moga sama-sama mendapat semangat. Allahu Akbar!

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP