Gaza gesa Mesir terus buka sempadan

Tuesday 7 June 2011




Gaza - Kerajaan Palestin telah meminta Mesir agar mengembalikan semula langkah-langkah bernas dan tepat bagi memudahkan pergerakan di sempadan Rafah terutama bagi rakyat Palestin.

Desakan ini disuarakan rentetan daripada penutupan sempadan Rafah buat hari ketiga berturut-turut.

Kerajaan Mesir telah melanggar persetujuan untuk memberi laluan kepada penduduk di sempadan Rafah. Hal ini menyebabkan urusan di Semenanjung Gaza terganggu sejak beberapa hari terakhir ini.


"Kami menyeru kepada saudara kami dalam barisan kepimpinan kerajaan Mesir yang dipimpin oleh Majlis Tertinggi dan semua pihak untuk memudahkan kembali sekatan perjalanan di sempadan Rafah , "kata Hassan Abu Hashish, pengarah biro media kerajaan Palestin dalam satu sidang akhbar pada hari Isnin.

Beliau menekankan bahawa, Semenanjung Gaza
merupakan satu aspek penting dalam negara Palestin sepertimana yang diketahui dari sejarah dan geografinya. Tegasnya, kerajaan Palestin tidak akan membiarkan Israel mengganggu hubungannya dengan Mesir dan mengabaikan tanggungjawabnya terhadap semenanjung tersebut.

"Kami
dalam kerajaan Palestin sa
ngat yakin dengan semua peringkat kepimpinan Kerajaan Mesir, dan kami menunggu satu keputusan yang bijaksana daripada Mesir untuk mengembalikan semula fungsi sempadan Rafah itu sesuai dengan sekatan perjalanan yang dinyatakan oleh mereka," kata beliau lagi.

Dalam satu kenyataan rasmi, terdapat lebih daripada 10,000 rakyat Gaza telah mendaftarkan diri untuk keluar sempena musim panas serta mengerjakan ibadah di Mekah.



Justeru, kita sewajibnya sentiasa CAKNA akan perkembangan semasa saudara kita di Palestin. Pembukaan sempadan Rafah ini umpama memberikan nafas baru kepada kehidupan rakyat Palestin yang selama ini ditindas Zionis laknatullah.

Satu hadis yang baik untuk kita jadikan renungan ialah sabda Rasulullah s.a.w: "Perumpamaan orang-orang yang beriman itu pada kasih-sayang, rasa belas dan ikatan sesama mereka adalah umpama satu jasad, sekiranya satu anggota jasad merasai kesakitan maka yang seluruh jasad juga akan turut merasai sakit." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Doakan mereka di sana.


Sumber asal: http://www.palestine-info.co.uk/en/






0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP