“Hamas adalah pejuang”,ahli politik SCOTLAND

Sunday 5 June 2011


5 Jun 2011- Seorang ahli politik di Scotland,James Bolland mengatakan dalam e-mailnya kepada aktivis yahudi bahawa pejuang Hamas adalah pejuang kebebasan yang menentang penempatan Israel di Palestin. Bollan,seorang anggota Parti Sosialis Scotland dan anggota dewan di Dunbartonshire Barat telah melaksanakan pemboikotan secara besar-besaran kepada semua produk yang dihasilkan di Israel termasuklah buku-buku keluaran Israel.



Tindakan drastik Scotland memboikot barang produksi Israel mencetuskan kegemparan dan perdebatan.Dalam perdebatannya dengan aktivis yang anti-boikot,Stephen Franklin,Bollan menyatakan dengan tegas pandangannya terhadap para pejuang Palestin,”Hamas secara demokratiknya telah terpilih dan Hamas merupakan pejuang kemerdekaan rakyat Palestin dalam menentang penempatan haram Israel di Palestin.



Petikan dari kandungan e-mailnya kepada Martin Sugarman,Ketua Hackney Anglo-Israel Twinning Association,beliau menulis,”Scotland percaya kepada kesamarataan dan keadilan,dua patah perkataan yang tidak diketahui oleh Israel”.



Ketika memberi pandangan tentang penyelidikan dari Ynetnews,beliau menegaskan bahawa laporan yang dikaitkan dengannya adalah tepat dan benar sambil menambah,"Satu perkara penting yang saya tekankan adalah Hamas terpilih dengan majoriti yang lebih besar daripada pemerintah Israel”.



Merujuk kepada keputusan memboikot buku-buku Israel di Dunbartonshire Barat,Jurucakap dewan kota,Malcom Bennie mengakui satu-satunya Negara yang perlu diboikot adalah Israel dan pemerintah kota tidak berminat untuk mewujudkan larangan kepada produk-produk yang dihasilkan di Iran,Syria dan Libya.



Walaupun pemimpin Scotland tidak beragama Islam,namun, atas dasar keadilan dan kemanusiaan yang tinggi,mereka telah melaksanakan sebuah keputusan yang bijak dengan memboikot secara besar-besaran barangan Israel demi menunujukkan ketidakpuashatian kepada penempatan haram Israel di Palestin.



Kita sebagai ummat Islam yang berdiri di atas satu Aqidah dan dasar keimanan kepada Allah harus lebih bersungguh-sungguh dalam usaha membebaskan Palestin.



Sumber: http://www.eramuslim.com/

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP