Haneyya sanggah kenyataan Abbas

Tuesday 28 June 2011

Gaza - Perdana Menteri Kerajaan Palestin di Gaza, Ismail Haneyya berkata pada Rabu lepas bahawa kenyataan terbaru yang dibuat oleh Ketua PA, Mahmoud Abbas adalah bercanggah dengan semangat perpaduan negara yang telah pun ditandatangani oleh semua pergerakan Palestin di Kaherah pada penghujung Mei lalu.

Dalam kenyataan Abbas, beliau bertegas untuk melantik Salam Fayyad yang ditolak oleh Hamas, sebagai ketua kerajaan perpaduan. Kenyataan ini bercanggah dengah perjanjian perpaduan sebelumnya yang menyatakan bahawa ketua kerajaan hendaklah dipersetujui sebulat suara oleh semua pergerakan Palestin yang terlibat. Hamas mengkritik kenyataan Abbas itu dan percaya bahawa (jika Salam Fayyad mengetuai kerajaan), penahanan rakyat akan terus berlaku.

Haneyya dengan tegas mengatakan bahawa hasrat Fatah untuk melantik Fayyad adalah perlanggaran terhadap perjanjian perpaduan. Beliau turut menafikan kenyataan yang dibuat oleh perunding Fatah, Azzm Al-Ahmed berhubung dakwaan Hamas mencalonkan Jamal Al-Khudari sebagai ketua kerajaan.

Semoga Allah permudahkan urusan mereka di Palestin.

Wallahu`alam..

Sumber asal: http://palestinkini.info/

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP