Resheq: Hamas bersungguh ke arah perpaduan, gesa penahanan politik dihentikan

Sunday 19 June 2011


BAITUL MAQDIS- Anggota kanan Biro Politik Hamas, Izzat al-Resheq berkata bahawa pergerakannya serius untuk mematuhi perjanjian persefahaman dengan Fatah. Walaubagaimanapun,isu tahanan penjara berunsur politik di Tebing Barat mesti dihentikan dahulu kerana ia memberi kesan negatif terhadap perjanjian persefahaman.


Kenyataan beliau dikeluarkan pada Selasa lepas, beberapa ketika sebelum pertemuan antara wakil-wakil Hamas dan Fatah diadakan di Kaherah bagi membincangkan isu tahanan politik, seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian persefahaman yang ditandatangani mereka pada awal Mei lalu. Kedua-dua parti politik itu juga akan membincangkan tentang siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri bagi kerajaan sementara selepas pilihanraya yang dijadual diadakan pada September nanti.


Kami berharap isu ini akan diselesaikan hari ini tanpa sebarang halangan. Ketua kerajaan dan Perdana Menteri akan ditentukan dalam perjanjian tersebut dan mesti dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak,” kata Resheq.


SUMBER: http://www.palestine-info.co.uk/en/

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP