Siapakah Yasser Arafat?

Wednesday, 22 June 2011





Assalamualaikum. Sedikit sebanyak entry kali ini dapat membantu kita untuk menambah kefahaman mengenai apa yang kita perjuangkan di samping memupuk semangat kasih sayang kepada saudara se Islam kita di sana. Artikel yang agak panjang,di harap kalian semua dapat meminjamkan sedikit masa.

Mengikut maklumat biografi beliau ;

Nama penuh : Mohammed Abdel-Raouf Arafat bin Qudwa al- Hussaeini
Tarikh Lahir : 24 Ogos 1929
Tempat Lahir : Kaherah, Mesir

Ayahnya merupakan seorang pedagang tekstil keturunan Palestine dan Mesir, manakala ibunya berasal dari keluaraga Palestine di Jerusalem. Ibunya meninggal semasa beliau berumur 5 tahun, dan disebakan itu beliau telah dihantar ke Jerussalem untuk tinggal bersama pakcik sebelah ibu di sana.

Beliau pernah menceritakan sedikit pengalaman beliau ketika masih kecil di Palestin di mana pasa suatu malam tentera Inggeris telah menyerbu rumah pakciknya lalu memukul ahli keluarganya dan kemudian memusnahkan perabot yang ada. Setelah 4 tahun tinggal di Palestin, ayah beliau telah membawa beliau pulang semula ke Kaherah untuk tinggal bersama kakaknya.

Di Kaherah, ketika berumur 17 tahun, beliau telah menyeludupkan senjata bagi warga Palestine untuk digunakan melawan tentera Inggeris dan Yahudi. Pada usia 19 tahun, semasa perang antara Yahudi dengan negara- negara Arab, Arafat meninggalkan pengajiannya di Universti Faud ( sekarang dikenali sebagai Universiti Cairo) untuk berjuang melawan Yahudi di daerah Gaza.

Namun, beliau berasa putus asa kerana negara Arab telah kalah di tangan Yahudi dan terdirinya negara Israel hingga beliau membuat keputusan untuk menyambung pengajian di Universiti Texas. Setelah semngatnya pulih dan dengan keinginan yang tinggi untuk terus mengejar impian untuk memerdekan tanah Palestine, beliau kembali ke Kaherah dan meneruskan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Awam di Universiti Cairo. Arafat menghabiskan banyak masanya sebagai pemimpin mahasiswa di Palestine.

Pada tahun 1956,beliau berjaya menghabiskan pengajian dan kemudian sempat bekerja di Mesir lalu ditempatkan di Kuwait. Pada mulanya beliau bekerja sebagai pekerja biasa, kemudian dengan hasil usaha sendiri beliau membuat perusahaan kontraktor. Beliau amat aktif dalam bidang politik dan sebahagian besar keuntungannya kerjanya digunakan untuk kepentingan politiknya.

Kemudian,pada tahun 1958, dia dan teman-temannya telah menubuhkan Al- Fatah jaringan rahsia gerakan bawah tanah di mana pada 1959, mulai menerbitkan majalah yang menganjurkan perang melawan Israel dengan senjata. Pada akhir 1964, beliau meninggalkan Kuwait untuk menjadi seorang revolusioner sepenuh waktu mengorganisasikan serangan Fatah ke atas Israel dari Jordan.

Pada tahun yang sama, terdirilah Palestine Liberation Organisation ( PLO ) yang ditaja oleh Liga Arab yang mengumpulkan semua golongan/ kelompok agar bersatu membawa Palestine ke arah negara merdeka. Setelah kekalahan mereka menentang melawan Israel pada tahun 1967, dalam perang selama 6 hari, Fatah bangkit dari bawah sebagai kelompok paling kuat dan terstruktur dengan baik di kalangan kelompok -kelompok dalam PLO.

Fatah mengambil alih organisasi itu pada 1969, ketika Arafat menjadi ketua commitee eksekutif PLO. PLO tidak lagi menjadi organisasi boneka negara-negara Arab yang menginginkan warga Palestine terus berdiam diri sebaliknya perlu bangkit mempertahankan hak dan menjadi organisasi nasionalis independen yang berpusat di Jordan.

Arafat membawa PLO sehingga menjadi sebuah "negara" yang memiliki kekuatan ketenteraan sendiri di Jordan. Raja Hussein dari Jordan sangat terganggu dengan serangan gerila dan kekerasan yang mereka lakukan terhadap Israel lalu memaksa PLO keluar dari negaranya. Arafat kemudiannya mencari jalan untuk membangunkan organisasi yang sama di Lebanon tetapi tersungkur oleh kependudukan ketenteraan Israel. Arafat tetap berpendirian untuk terus mnghidupkan PLO,lalu beliau memindahkan markas besar beliau ke Tunisia.

Hidupnya adalah perjalanan ,berpindah dari satu negara ke satu negara yang lain untuk mempromosikan Palestine. Beliau terpaksa menjaga kehidupannya secara rahsia untuk keselamatan termasuklah kehidupan peribadi beliau. Termasuklah pernikahan beliau dengan isterinya , Suha Tawil terpaksa dirahsiakan selama 15bulan. Isterinya yang berumur separuh dari usianya sudah aktif dalam kegiatan sosial khususnya mengenai kebajikan kanak-kanak cacat. Penampilan pertama kali isterinya ketika pertemuan di Oslo menarik perhatian banyak pihak. Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Zahwa;sempena nama ibu Arafat sendiri.

Waktu ketika diusir dari Lebanon merupakan satu saat genting dan sukar bagi Arafat dan PLO. Lalu gerakan protes intifada mendorong Arafat untuk menarik perhatian dunia terhadap Palestine. Pada 1988, dalam pidatonya di Jenewa ,Swiss, beliau menyatakan bahawa PLO menolak aksi terorisme dan mendukung "hak semua kelompok yang bertikai di Timur Tengah untuk hidup aman damai ,termasuk negara Palestine dan negara-negara tertangga."

Prospek ke arah perjanjian damai dengan Israel mulai cerah. Setelah kemunduran akibat keputusan PLO menyokong Iraq dalam dalam Perang Teluk tahun 1991,proses pendamaian mulai serius dijalankan,dimulai dengan perjanjian Oslo tahun 1993,perjanjian ini akhirnya membawa Arafat, Yitzak Rabin, dan Shimon Peres memperoleh penghargaan Nobel Perdamaian pada tahun 1994.

Yasser Arafat meninggal dunia pada tanggal 11 November 2004 di hospital tentera di Paris, Peranchis . Beliau diterbangkan ke Paris dari markas besar PLO di Ramallah untuk mendapatkan rawatan perubatan akibat sakit yang dideritanya. Menurut laporan perubatan, beliau meninggal kerana mengalami pendarahan hebat di otaknya. Namun, kebenaran itu pasti akan muncul jua. Hal ini kerana, dalam laporan perubatan juga ditulis mengenai jangkitan kuman yang telah meracuni darah beliau hingga menyebabkan kematian. Penjelasan lebih lanjut di sini

Yasser Arafat telah melakukan sedaya yang beliau pulih untuk mempertahan negara dan rakyatnya. Mungkin kita tidak semampu beliau,namun sekurang-kurangnya,kita boleh menitipkan doa untuk rakyat Palestin. Itulah satu-satunya cara yang paling mudah untuk kita lakukan yang tidak memerlukan kita mengeluarkan apa-apa. Sesungguhnya,doa itukan senjata para muslimin.
Sekian, wallaualam..

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP