Israel kuatkan sekatan ke atas tanah perkuburan Ma'manallah di Al- Quds

Wednesday 13 July 2011


12/o7/2011, Selasa - Laporan yang diisukan oleh Pusat Kajian Sempadan Palestin melaporkan bahawa pihak Zionis sedang cuba menawan perkuburan bersejarah Ma'manallah di Al- Quds yang kini ditumpukan kepada menguasai sebahagian kecil lagi kawasan selepas 90% daripada tanah itu telahpun diceroboh untuk membina penempatan YAHUDI.


Menurut data, Zionis telah melancarkan operasi penawanan perkuburan muslimin dekat Ma'manallah,yang merupakan perkuburan tertua dan paling bersejarah di tanah Palestin, yang mempunyai keluasan asal sebanyak 200 dunum yang kini hanya tinggal 20 dunum ,selepas Zionis mendirikan hotel ,tempat letak kereta dan taman rekreasi di atas 70% kawasan perkuburan ,dan bakinya sedang dirancang untuk dibangunkan sebagai kawasan petempatan.




Laporan itu turut menegaskan bahawa Zionis dan konconya sedang merancang untuk membina Muzium Yahudi di atas baki tanah perkuburan Islam itu ,di samping membina kompleks dan mahkamah Zionis , "dengan bayaran terpaksa memusnahkan dan menjajah kawasan perkuburan Islam yang bersejarah itu kerana menganggap projek mereka itu lebih penting daripada Al-Quds sendiri "

Sumber : http://www.palestine-info.info/ar

{ Surah Al- Maa'idah : ayat 78 [5:78] }

"Telah dilaknati orang-orang kafir dari bani Israil dengan lisan Daud dan Isa Putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas. "

Ya Allah,hanya Engkau Yang Maha Mengetahui. Bantulah mereka Ya Allah..

Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka di sana. Dalam suasana peperiksaan begini,tidak salah jika kita meluangkan sedikit masa belajar kita untuk mendoakan mereka di sana. Kesibukan belajar tidak patut dijadikan alasan untuk kita lupa mendoakan saudara seIslam di sana. Wallahuallam. Bitaufik wa najjah warga Iskandariah sekalian..

Salam Imtihan!!







0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP