Konvoi Flotilla Freedom 2 ke Gaza

Sunday 10 July 2011


Ahad, 10/07/2011 - Selepas insiden sabotaj enjin kapal yang disyaki didalangi oleh pihak luar Israel, salah sebuah kapal Flotilla 2 dari Sweden-Norway berjaya memenuhi semua kehendak protokol Greece yang bertujuan untuk menghalang pelayaran kapal tersebut ke Gaza.



Jurucakap konvoi yang merupakan salah sebuah perintis projek Flotilla itu berkata dalam kenyataan yang diterima oleh Pusat Informasi Palestin berkata : “Para jurutera dapat membaiki kerosakan kapal, selain turut melepasi syarat-syarat yang dikehendaki oleh pihak Greece untuk memberi kebenaran turut serta dalam konvoi Freedom Flotilla.” Kapal ini akan menyusul Kapal Dignity Perancis.



Kapal Sweden-Norway yang disertai aktivis keamanan termasuk setiausaha parlimen Sweden, memulakan perlayaran petang Rabu (6 Julai) dari satu pelabuhan ke pelabuhan lain di sekeliling Greece sebagai persediaan sebelum menuju ke Gaza selepas upacara selamat tinggal oleh para menteri dan ahli parlimen Greece.


Sumber:http://palestinkini.info/

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP