Zionis denda melampau kanak-kanak Palestin

Tuesday 19 July 2011


Palestin - Pihak berkuasa rejim Zionis telah mengenakan denda berjumlah $900 ribu ke atas kanak-kanak Palestin di Baitulmaqdis atas kesalahan membaling batu ke arah kenderaan-kenderaan tentera rejim Zionis serta pendatang haram Yahudi sejak 10 bulan lepas.

Fakhri Abu Diab, salah seorang ahli jawatankuasa pertahanan hartanah Silwan berkata dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu lalu, bahawa Mahkamah rejim Zionis telah mengenakan denda yang melampau ke atas kanak-kanak tersebut. Pihak rejim tahu ahli keluarga kanak-kanak terbabit terpaksa membayar denda tersebut dengan apa cara sekalipun jika mahu anak-anak mereka dibebaskan. Hal ini jelas merupakan suatu penganiayaan yang cukup kejam atas ahli keluarga kanak-kanak terbabit.

Menurut Fakhri, ramai penduduk Baitulmaqdis terpaksa meminjam wang yang banyak untuk membebaskan anak-anak mereka sementara mereka yang tidak berkemampuan, anak-anak mereka terus dipenjarakan.

Lihatlah kezaliman rejim zionis kepada kanak-kanak atas kesalahan mereka membaling batu sahaja. Bagaimana pula mereka yang saban hari menembak penduduk Palestin?Membunuh warga tua, wanita dan kanak-kanak??? Fikir-fikirkanlah.

Bittaufiq wannajah untuk imtihan...

Wallahu`alam..

Sumber: http://palestinkini.info/

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP