ISRAEL RECANA BUNUH ISMAIL HANIYAH

Sunday, 28 August 2011


AHAD,28/9/2011:Akhbar Harian Mesir Al-Ahram menyatakan bahawa Israel merancang untuk membunuh pimpinan Hamas yang juga Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniyah.

Seperti dilansir Al-Ahram edisi Sabtu (27 / 8) di laman web bahawa Kaherah saat ini bertindak pantas apabila menerima maklumat mengenai niat jahat Israel ingin membunuh Haniyah sebagai balasan atas serangan di Ummu Rasy-rasy (Eilat) dan akan menekan Israel menghentikan rencana jahat itu. Pada sudut lain, harian Mesir ini melansir dari sumber-sumber pemantau Palestin bahawa kerajaan Mesir akan menghubungi gerakan Jihad Islam di Palestin untuk meyakinkannya agar meneruskan komitmen dengan perjanjian gencatan senjata dengan Israel.Selain itu, Hamas, menurut harian ini, berusaha meyakinkan pihak-pihak pejuang Palestin lain khususnya Jawatankuasa Perlawanan Rakyat untuk kembali kepada gencatan senjata. Punca kumpulan pejuang terakhir ini ingin membalas kejahatan Israel membunuh lima kader penting mereka dalam serangan udara Israel beberapa minggu lalu.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP