Hamas dan Fatah temui titik kesamaan.

Thursday, 28 April 2011



Khamis-28.4.2011 - Dr.Musa Abu Marzuq wakil kepada Ketua Biro Politik Hamas menegaskan bahawa dua gerakan utama di Palestin iaitu Hamas dan Fatah telah bersetuju untuk bersepakat di dalam perjuangan mengembalikan hak-hak rakyat Palestin.

Dr Musa Abu Marzuq berkata lagi sudah sampai masanya untuk membuka lembaran baru demi mengembalikan agenda perjuangan untuk mengembalikan hak-hak rakyat Palestin yang tertindas selama ini.

Kesepakatan ini lebih memberikan penekanan kepada pembinaan kerajaan Palestin yang bebas dari sebarang pengaruh luar di samping bersepakat untuk mengembalikan semula kedaulatan badan undang-undang Palestin dan pilihan raya Palestin.

Wakil Fatah di Kaherah Azzam Al-Ahmed menyatakan kesepakatan ini merupakan satu perkara yang positif kepada negara Palestin.

Selain itu, pihak Zionis telah memberikan amaran kepada Mahmud Abbas untuk tidak menandatangani sebarang perjanjian damai dengan pihak Hamas.

Menurut radio Zionis edisi Khamis, Perdana Menteri Israel Benjamen Netanyahu menegaskan supaya Fatah memilih kesepakatan di antara Israel ataupun kesepakatan diantara Hamas. Hal ini adalah mustahil pemerintah di Palestin untuk berkerjasama di antara dua pihak disebabkan Hamas adalah sebuah gerakan yang secara terang-terangan memusuhi Israel.




Sumber 1

Sumber 2

Read more...

Tiga warga Palestin Cedera dibedil Tentera Israel.

Saturday, 23 April 2011




Jumaat -22.04.2011 - Dilaporkan seramai tiga orang warga Palestin tercedera apabila tentera artileri Israel menyerang beberapa gudang penyimpan barangan di wilayah timur Minthar sebelah timur Gaza hari ini.


Menurut jurucakap Unit Kecemasan dan Darurat Gaza, Adham Abu Salmiyah menegaskan, tiga warga Palestin terluka selepas tentera artileri Israel menyerang ke arah pekerja di sebuah gudang fabrik. Ketiga-tiganya telah dihantar ke hospital Asy-Syifa untuk rawatan lanjut.

Sebelum ini, seorang petani warga Palestin telah cedera di Utara Beit Lahya apabila tentera militari Israel melepaskan tembakan kepadanya pada hari Khamis yang lalu. Kecederaannya dilaporkan ringan dan keadaannya stabil.

Selain itu, kereta-kereta kebal tentera Israel dikatakan berlegar di kawasan industri dan wilayah sempadan Minthar, laluan utama kemasukan barang-barang ke Gaza.

[palestineevergreen]

Sumber 1

Sumber 2

Read more...

Kes penculikan warga Palestin.

Wednesday, 20 April 2011

Rabu, 20.04.2011 - Stastistik menunjukkan lebih kurang 1000 remaja di bawah umur telah ditangkap oleh pihak Zionis sepanjang tahun 2011. Dikatakan pada akhir bulan 2010 seramai 213 orang remaja yang berada di bawah umur termasuk kanak-kanak telah diculik dan jumlah tersebut meningkat kepada 226 orang remaja pada awal tahun 2011. Ini merupakan stastitik terkini penangkapan remaja Palestin sepanjang tahun 2010 dan 2011.


Menurut Abdulnaser Farwana, seorang pakar hal ehwal banduan, pihak Zionis telah menangkap dan menculik hampir 750,000 rakyat Palestin sejak 1967 . Angka ini termasuk 12,000 wanita dan selebihnya kanak-kanak.

Ramai warga Palestin seperti kanak-kanak, warga tua lelaki dan wanita, kanak-kanak perempuan, isteri, ibu, pesakit, golongan cacat, ahli akademik, ahli parlimen, menteri telah diculik oleh pihak Zionis tanpa sebarang pengecualian.

Dikatakan bahawa mangsa penculikan Zionis telah mengalami penyeksaan secara terus menurus oleh pihak zionis tanpa sebarang alasan keselamatan. Menurut Abdulnaser Farwana lagi, kejadian penculikan yang semakin kerap berlaku hanyalah bermotifkan dendam dan hanyalah untuk tujuan penghinaan kepada warga Palestin.



[palestineevergreen]



Sumber 1

Sumber 2 : http://www.eramuslim.com/berita/palestina/laporan-90-anak-anak-palestina-yang-ditahan-israel-alami-penyiksaan.htm

Read more...

Israel Risau Akan Revolusi Rakyat Mesir

Tuesday, 19 April 2011


Israel mula merasakan kedudukannya di Mesir telah mula terancam setelah negara Mesir mengalami revolusi yang telah berhasil menjatuhkan bekas Presiden Hosni Mubarak dua bulan yang lalu.Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Israel telah menyatakan kebimbangannya terhadap revolusi yang berlaku dimana telah memberikan gambaran negatif mengenai hubungan di antara Mesir dan Israel itu sendiri.


Dalam pertemuan para duta besar Uni Eropah di Jerusalem Timur Al-Quds minggu lalu, Netanyahu mengatakan beberapa suara yang keluar dari Mesir telah "menunjukkan" permusuhan terhadap Tel Aviv,menurut akhbar Haaretz Israel. (16/4).

Perdana menteri Israel mengatakan dia sangat prihatin atas pernyataan terakhir yang dibuat oleh Menteri Luar Negeri Mesir Nabil al-Arabi.Selain itu,para diplomat tinggi Mesir, bersama dengan para pegawai tinggi lainnya, telah dilaporkan menyebut Israel "musuh" bagi Mesir.

Mengenai hubungan ekonomi di antara Mesir dan Israel pula, Menteri Kewangan Mesir Samir Radwan telah juga menekankan bahawa Kaherah tidak memerlukan sebarang investasi dari "musuh."

Kebimbangan Israel juga bertambah apabila ratusan rakyat Mesir keluar berdemonstrasi di hadapan bangunan kedutaan Israel di Kota Iskandariah pada 14 April 2011 yang lalu.

(palestineevergreen)

Sumber 2

Read more...

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP