Palestin alu-alukan keputusan Mesir...

Monday 30 May 2011

Selasa 31 Mei - Keputusan kerajaan Mesir untuk membuka gerbang Rafah secara berkekalan disambut dengan gembira oleh HAMAS dan kerajaan Palestin. Hal ini jelas bakal memudahkan kemasukan barang- barang keperluan ke Palestin bermula Sabtu depan.

Menurut laporan Press TV, Duta Besar Mesir di Tebing Barat, Yasser Othman, menyebut bahawa dengan membuka pintu masuk Rafah, 70 peratus penduduk Gaza akan dapat melintas masuk ke Mesir tanpa visa atau sekatan keselamatan.Namun begitu, mereka yang berumur antara 18 dan 40 tahun masih perlu melalui pelepasan keselamatan untuk melintas sempadan.



HAMAS berkata dalam satu kenyataan yang dipetik dari biro medianya, " Sesungguhnya kami di Hamas mengalu-alukan dan menghargai keputusan saudara kami di Mesir untuk membuka sempadan Rafah selama-lamanya. Ini menggambarkan betapa kuatnya ikatan ukhuwwah antara rakyat Palestin dan rakyat Mesir yang mula sedar akan tanggungjawab mereka sebagai saudara seakidah.

HAMAS turut berkata : “Kami menganggap keputusan kerajaan Mesir ini sebagai inisiatif berani untuk meruntuhkan tembok pemisah Gaza, yang telah menyebabkan penderitaan bertahun-tahun. Kami berharap agar langkah ini meningkatkan lagi keterikatan dan semangat kerjasama selain menjadi sokongan kepada rakyat Palestin yang masih berjuang untuk mendapatkan semula hak mereka.”

Pintu akan dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan cuti rasmi, mulai 9.00am hingga 5.00pm.



Walau bagaimanapun, harus disedari bahawa tindakan ini belum lagi menghapuskan sekatan ke atas Gaza. Resolusi Mesir ini hanyalah sebagai langkah pertama ke arah pembebasan Palestin. Justeru, kita sebagai mahasiswa yang sedar akan kepentingan Palestin perlulah terus berdoa dan berusaha agar Palestin merdeka suatu hari nanti.

`Silence is not an option`

sumber: http://palestinkini.info/

Read more...

Israel salahkan MESIR...?

BAITULMAQDIS 29 MEI - Keputusan Mesir membuka semula pintu sempadannya di Rafah dengan Genting Gaza dibidas oleh Israel yang mendakwa langkah itu akan membolehkan kumpulan "pengganas" memindahkan senjata dan anggota dengan bebas.



"Pergerakan bebas manusia dan kargo akan digunakan dengan lebih intensif untuk membawa masuk peluru dan peralatan tentera serta pengganas" dakwa Menteri Infrastruktur Israel, Uzi Landau hari ini.

Kaherah pada bulan lepas mengumumkan rancangannya untuk membuka semula pintu sempadan tersebut, selepas Hamas menandatangani perjanjian perkongsian kuasa dengan seterunya, Parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Walaupon Kaherah tidak turut serta menandatangani perjanjian itu, menteri-menteri Israel hari ini menuduh Mesir melanggar perjanjian dengan membuka semula pintu sempadan.

Keputusan Israel membantah keputusan Mesir untuk membuka semula Rafah menunjukkan rejim Zionis Israel bergantung kepada negara lain untuk melindungi sempadannya.



Kesimpulannya, kita sebagai mahasiswa/i Perubatan Iskandariah haruslah mengambil CAKNA terhadap saudara-saudara islam di sana. Melalui pembukaan sempadan Rafah, segala barang-barang perubatan dan makanan dapat disalurkan dengan mudah. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menghulurkan sumbangan untuk meringankan bebanan mereka.

wallahua'alam

sumber: www.satuumat.blogspot.com
penterjemah: rushdi

Read more...

Majlis Pelancaran PALESTINE EVERGREEN & WARM

Friday 27 May 2011

Assalamualaikum wbt.



Warga Iskandariah sekalian, kami dari pihak AJK pelaksana dengan segala hormatnya menjemput anda untuk hadir ke majlis Pelancaran We Are Real Muslim [WARM] dan Palestine Evergreen pada:




TARIKH : 29.05.2011 (AHAD)


MASA : 7.30 mlm – 10.30 mlm


TEMPAT : TINGKAT 3, ASRAMA MARA ISKANDARIAH.


TEMA PEMAKAIAN: sopan dan menutup aurat,WARNA HIJAU*

*Semasa ke kuliah dan majlis pelancaran. Bagi tunjuk semangat kita terhadap Palestin.




TENTATIF PROGRAM:



7.30 pm : Bacaan al-Quran


7.35 pm : Ucapan oleh Pengerusi PCI

7.40 pm : Ucapan Ustaz Ishak (Pegawai MARA)

7.45 pm : Talk Show oleh Abdul Rahim Suhaini.
(Perception : The Reality Beyond Matter)

8.30 pm : Penerangan WARM

8.45 pm : Tayangan Video

8. 55 pm : “The True Owner of Palestine

9.40 pm : Tayangan Video

9. 55 pm : “Searching for Salahuddin II”

10.15 pm : Penutup






jangan lupa untuk menghadir pameran 'A Small Step Beyond Border' * yang dibuka lebih awal sebelum majlis pelancaran, bermula hari ini [27.5.2011]...

*sila rujuk post sebelum ini...








Read more...

A Small Step Beyond Border


Assalamualikum wbt…


Bersempena Majlis Pelancaran PALESTINE EVERGREEN, Unit Pameran dan Persiapan Dewan akan mengadakan pameran bertema "A SMALL STEP BEYOND THE BORDER"



Ramai-ramai dijemput hadir bagi memeriahkan suasana dan memberi sokongan sambil menambah ilmu pengetahuan


Butir-butir pameran adalah seperti berikut:



Tempat: Tingkat 3 Asrama MARA

Masa: 3.00 petang 27.5.2011 [Jumaat] - 30.5.2011




Nantikan aktiviti yang lebih menarik di pusat pameran menjelang malam perasmianPALESTINE EVERGREEN dan WARM



Read more...

Episod 4 : Holocaust, Penglibatan Amerika Syarikat & Palestin Kini??

Monday 23 May 2011

Holocaust


Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.


Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.
Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Penglibatan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama - Chaim Weizmann.

Palestin Sekarang

Sejak dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.


Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 - sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam menyokong perjuangan Palestin.

Di mana kita?

ingin tahu lebih lanjut tentang sejarah PALESTIN??

nantikan di

PELANCARAN KEMPEN PALESTINE EVERGREEN


PADA..29 ME1 2011
JAM...7.30-10.00 MALAM
BERTEMPAT...DI ASRAMA MARA

Read more...

EPISOD 3 : KEJATUHAN TURKI UTHMANIYYAH

Friday 20 May 2011



Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul.

Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti - sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu -
Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?

Lord Curzon menjawab -
Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan Islam.

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan.

3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.

~~~~~sambungan......"HOLOCAUST & PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT"

Read more...

EPISOD 2 : PERANG DUNIA PERTAMA & PERPECAHAN NEGARA ARAB

Wednesday 18 May 2011

Perang Dunia Pertama

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam.
Perlu diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.


Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.

Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain
menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan - “hari ini, perang salib sudah berakhir”.

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzman mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour,

Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”

Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!

Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”

Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.

Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.

Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.


~~~sambungan...."KEJATUHAN TURKI UTHMANIYYAH"



Read more...

EPISOD 1: SEJARAH PALESTIN

Tuesday 17 May 2011





KITA ?????

و من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam maka bukanlah dia daripada kalangannya

Sejarah Awal

Kita susuri sejarah tanah Palestin tersebut, sehingga membawa kita kepada kisah Nabi Musa. Kisah inilah yang menjadi sejarah kepada terbentuknya Bani Israel. Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama semakin “besar kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan sebagainya.

Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam alQuran di surah alBaqarah.Setelah Talut menawan kembali tanah Palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar . Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.Sejak dari itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.


Menawan Semula

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi.

Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar.

Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

sambungan...
"PERANG DUNIA PERTAMA" & "KEJATUHAN TURKI UTHMANIYAH"

Read more...

Kapal bantuan Malaysia ditembak tentera Israel.

Monday 16 May 2011



KAHERAH: Kapal kargo The Spirit of Rachel Corrie yang membawa bantuan kemanusiaan ke Palestin bersama 12 krew dan penumpang, termasuk tujuh rakyat Malaysia, dipintas dan ditembak kapal peronda Israel di zon selamat Palestin sebelum dipaksa berundur ke perairan Mesir, kira-kira 1.5 batu nautika dari perairan Gaza jam 6.54 pagi waktu Jordan, hari ini.

Ketika berita ini ditulis, kapal kargo yang turut dinaiki dua warga Ireland, dua warga India dan seorang warga Kanada membawa paip pvc sepanjang 7.5 kilometer bagi membaikpulih dan membina semula sistem pembentungan di Gaza yang terjejas teruk diiringi kapal peronda tentera Mesir ke pelabuhan terdekat yang terletak kira-kira 30 batu nautika dari kawasan itu.

Sebelum itu, kapal kargo misi kemanusiaan tajaan Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) itu diarahkan untuk menurunkan sauh di perairan Mesir sambil dikawal dan dipantau kapal peronda tentera laut Israel dan Mesir.
Jurucakap PGPF di Jordan, Tan Sri Samsudin Hitam memaklumkan mengenai insiden itu kepada wartawan Berita Harian yang kini berada di Kaherah untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah bagi melaporkan perkembangan mengenai misi kemanusiaan tajaan yayasan itu.

Jurucakap PGPF itu juga mengesahkan kesemua yang berada di atas kapal kargo misi kemanusiaan itu termasuk empat aktivis anti-perang dan tiga wakil media berada dalam keadaan selamat.

"Kapal kargo itu memasuki zon keselamatan Palestin sebelum dipintas dan ditembak serta dipaksa berundur ke perairan Mesir, kira-kira 1.5 batu nautika dari perairan Gaza," katanya.

Sehubungan itu, wartawan akhbar News Straits Times, Iskandar Alang Bendahara yang berada di atas kapal kargo itu berkata, dua kapal peronda Israel melepaskan empat tembakan amaran sebelum mengarahkan kapal itu berundur ke perairan Mesir.
Kapal kargo itu berlepas dari bandar pelabuhan Piraeus, Greece, Rabu lalu, membawa paip PVC seberat 30 tan yang akan disalur kepada penduduk Palestin untuk membina dan membaik pulih sistem pembentungan dan bekalan air di Gaza yang musnah teruk akibat serangan Israel pada Disember 2008 di mana paip PVC itu hanya boleh digunakan untuk kegunaan saluran bekalan air atau sistem pembentungan saja.

Misi bantuan kemanusiaan PGPF itu bertujuan memecahkan kepungan Israel ke atas perairan Gaza sejak 2007, selain bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat dunia terhadap krisis kemanusiaan yang menimpa 1.5 juta warga Palestin yang dikepung dari darat dan laut oleh rejim zionis.

Kapal itu dikemudikan rakyat Malaysia, Kapten Abdul Jalil Mansor yang dibantu empat krew iaitu Zainuddin Mohamad (Malaysia), Mohd Jaffery Ariffin (Malaysia) dan dua warga India, Sharma Chandan Shimla dan Pal Satya Prakash.

Read more...

Bakalkah perjanjian Hamas dan Fatah bakal menyelesaikan masalah Palestin?

Saturday 7 May 2011




Jumaat, 06/05/2011 – Pihak Hamas dan Fatah telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian bagi untuk menamatkan perpecahan kebangsaan Palestin di Kaherah.

Ketua biro politik Hamas Khalid Mishaal serta Azzam al-Ahmed dan Samir al-Rafaa’i dari Fatah, Ramadhan Shalah dari Islam Jihad, Ahmed Jibril dari Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (Perintah Umum), Mahir al-Tahir dari Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin, dan Mohammed Ibrahim dari badan perisikan Mesir adalah diantara yang hadir untuk menandatangani perjanjian ini.

Negara Mesir telah dijemput untuk menghadiri upacara menandatangani pada hari Rabu di kementerian luar negeri Arab. Turut dijemput ialah mereka yang datang dari China, Russia, Turki, dan negara-negara Eropah, Setiausaha Agung Liga Arab Amr Moussa dan Setiausaha PBB Ban Ki-moon, Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu, dan Naib Presiden Pertama Suruhanjaya Eropah Cathy Ashton.



Sumber

Read more...

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP