Israel Sita Hektar Tanah Warga Palestine di Ramallah

Tuesday, 28 June 2011


Ramallah - Pasukan Israel melakukan penyitaan terhadap ratusan hektar tanah di dua kampung iaitu Mazra'ah Gharbiya dan Janiya di sebelah barat bandar Ramallah ,kata penduduk kepada sumber.

Warga Palestin melaporkan yang pasukan Israel telah menyerbu kawasan tersebut pada Isnin lalu dengan memasang tanda di kawasan tersebut. Israeli yang mempunyai peta kawasan telah bersepakat dengan para jurutera untuk menetapkan dan menggariskan kawasan masing-masing.

Israel telah disoal oleh pasukan Red Cross ( warga Palestin mewakilkan pihak Red Cross untuk mempersoalkan isu ni kepada Israel), memberitahu bahawa tanah yang kaya dengan hasil tanaman seperti pokok zaitun itu telah dirampas.

Komander Pentadbiran Awam Tebing Barat berkata, rampasan yang dilakukan adalah berdasarkan dalam absentee law yang dikeluarkan oleh tentera Israel, di mana pasukan mereka berhak untuk merampas mana- mana kawasan di Palestin tanpa kebenaran daripada pemilik asal yang telah keluar dari Palestin.

Komander itu juga berkata,mana- mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu perlu pergi ke mahkamah tentera Ofer di selatan Ramallah dalam tempoh sebulan setengah bermula daripada isu dikeluarkan.





Sumber : http://www.palestine-info.co.uk

Read more...

Haneyya sanggah kenyataan Abbas

Gaza - Perdana Menteri Kerajaan Palestin di Gaza, Ismail Haneyya berkata pada Rabu lepas bahawa kenyataan terbaru yang dibuat oleh Ketua PA, Mahmoud Abbas adalah bercanggah dengan semangat perpaduan negara yang telah pun ditandatangani oleh semua pergerakan Palestin di Kaherah pada penghujung Mei lalu.

Dalam kenyataan Abbas, beliau bertegas untuk melantik Salam Fayyad yang ditolak oleh Hamas, sebagai ketua kerajaan perpaduan. Kenyataan ini bercanggah dengah perjanjian perpaduan sebelumnya yang menyatakan bahawa ketua kerajaan hendaklah dipersetujui sebulat suara oleh semua pergerakan Palestin yang terlibat. Hamas mengkritik kenyataan Abbas itu dan percaya bahawa (jika Salam Fayyad mengetuai kerajaan), penahanan rakyat akan terus berlaku.

Haneyya dengan tegas mengatakan bahawa hasrat Fatah untuk melantik Fayyad adalah perlanggaran terhadap perjanjian perpaduan. Beliau turut menafikan kenyataan yang dibuat oleh perunding Fatah, Azzm Al-Ahmed berhubung dakwaan Hamas mencalonkan Jamal Al-Khudari sebagai ketua kerajaan.

Semoga Allah permudahkan urusan mereka di Palestin.

Wallahu`alam..

Sumber asal: http://palestinkini.info/

Read more...

ISRAEL merancang strategi...

Monday, 27 June 2011

Isnin, 27/6 - Kabinet keamanan Israel pada hari ini mengadakan sebuah mesyuarat untuk mengcegah sebuah armada internasional yang berniat untuk melanggar laut Gaza. Pada hari Ahad yang lalu, salah seorang menteri dalam mesyuarat tersebut menceritakan persiapan angkatan tentera Israel untuk mencegah konvoi 10 buah kapal yang dijangkakan akan berlayar dari Yunani .

Kemarin, para menteri memutuskan untuk tidak mengizinkan kapal melepasi jangkar di Jalur Gaza, walaupun mereka telah diberi keizinan untuk memunggah muatan mereka di pelabuhan Israel Asdod atau pelabuhan Mesir El-Arish.






Radio publik mengatakan Kaherah telah setuju untuk mengizinkan kapal-kapal untuk berlabuh ke dermaga di El-Arish, sebuah pelabuhan Mediterania yang terletak sekitar 50 kilometer sebelah barat perbatasan Mesir dengan Gaza.

Masih belum ada pernyataan rasmi Israel mengenai mesyuarat tertutup para menterinya. Namun, sumber menyatakan bahawa pihak Israel bersedia untuk menghentikan armada dan tidak membiarkan kapal mencapai Gaza.

Wallahua'alam

sumber: http://www.eramuslim.com

Read more...

MESIR Hukum Penjara 25 Tahun Informer Mossad

Sunday, 26 June 2011


Kaherah-Seorang warga Mesir yang dituduh menjadi perisik untuk Israel dijatuhi hukuman pada hari Khamis yang lalu dengan hukuman 25 tahun penjara oleh mahkamah khusus Mesir.

Pengadilan keamanan negara tertinggi Mesir menemukan bahawa Tarek Abdel Razek dan dua pekerja Israel bersalah kerana melakukan "tindakan spionase" atas nama Israel.


Pengadilan menjatuhkan hukuman dua pekerja Israel itu dengan hukuman 25 tahun penjara. Menurut peradilan Mesir keduanya bekerja untuk intelligence agent Israel, Mossad.


Razek, yang menjalankan sebuah perusahaan eksport-import, dituduh menyediakan informasi kepada dua warga Israel, dari Mei 2007 sampai Mei 2010, dengan informasi berkaitan Mesir, Syria dan Lebanon yang bekerja di bidang telekomunikasi dan Mossad memilihnya kerana dianggap paling berpotensi untuk diajak bekerjasama dengan Mossad.

Ia dilaporkan mengaku bahawa dua wakil Israel memintanya untuk melakukan perjalanan berkali-kali ke Syria dengan nama palsu dengan alasan pembelian produk tempatan, sedangkan tujuan sebenar dari perjalanan itu adalah untuk menyalurkan dana kepada petugas keamanan Syria yang bekerja di sebuah wilayah "sensitif".

Akhbar rasmi Mesir mengatakan pengakuannya telah menyebabkan tiga sel spionase terbongkar di Lebanon dan Syria.

Hubungan antara Israel dan Mesir, yang menjadi negara Arab pertama yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan negara pada tahun 1979, telah tegang sejak pemberontakan rakyat yang berhasil menggulingkan mantan Presiden Hosni Mubarak pada Februari lalu.


name="Originator" content="Microsoft Word 12">sumber :http://www.eramuslim.com/berita/dunia

Read more...

Siapakah Yasser Arafat?

Wednesday, 22 June 2011





Assalamualaikum. Sedikit sebanyak entry kali ini dapat membantu kita untuk menambah kefahaman mengenai apa yang kita perjuangkan di samping memupuk semangat kasih sayang kepada saudara se Islam kita di sana. Artikel yang agak panjang,di harap kalian semua dapat meminjamkan sedikit masa.

Mengikut maklumat biografi beliau ;

Nama penuh : Mohammed Abdel-Raouf Arafat bin Qudwa al- Hussaeini
Tarikh Lahir : 24 Ogos 1929
Tempat Lahir : Kaherah, Mesir

Ayahnya merupakan seorang pedagang tekstil keturunan Palestine dan Mesir, manakala ibunya berasal dari keluaraga Palestine di Jerusalem. Ibunya meninggal semasa beliau berumur 5 tahun, dan disebakan itu beliau telah dihantar ke Jerussalem untuk tinggal bersama pakcik sebelah ibu di sana.

Beliau pernah menceritakan sedikit pengalaman beliau ketika masih kecil di Palestin di mana pasa suatu malam tentera Inggeris telah menyerbu rumah pakciknya lalu memukul ahli keluarganya dan kemudian memusnahkan perabot yang ada. Setelah 4 tahun tinggal di Palestin, ayah beliau telah membawa beliau pulang semula ke Kaherah untuk tinggal bersama kakaknya.

Di Kaherah, ketika berumur 17 tahun, beliau telah menyeludupkan senjata bagi warga Palestine untuk digunakan melawan tentera Inggeris dan Yahudi. Pada usia 19 tahun, semasa perang antara Yahudi dengan negara- negara Arab, Arafat meninggalkan pengajiannya di Universti Faud ( sekarang dikenali sebagai Universiti Cairo) untuk berjuang melawan Yahudi di daerah Gaza.

Namun, beliau berasa putus asa kerana negara Arab telah kalah di tangan Yahudi dan terdirinya negara Israel hingga beliau membuat keputusan untuk menyambung pengajian di Universiti Texas. Setelah semngatnya pulih dan dengan keinginan yang tinggi untuk terus mengejar impian untuk memerdekan tanah Palestine, beliau kembali ke Kaherah dan meneruskan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Awam di Universiti Cairo. Arafat menghabiskan banyak masanya sebagai pemimpin mahasiswa di Palestine.

Pada tahun 1956,beliau berjaya menghabiskan pengajian dan kemudian sempat bekerja di Mesir lalu ditempatkan di Kuwait. Pada mulanya beliau bekerja sebagai pekerja biasa, kemudian dengan hasil usaha sendiri beliau membuat perusahaan kontraktor. Beliau amat aktif dalam bidang politik dan sebahagian besar keuntungannya kerjanya digunakan untuk kepentingan politiknya.

Kemudian,pada tahun 1958, dia dan teman-temannya telah menubuhkan Al- Fatah jaringan rahsia gerakan bawah tanah di mana pada 1959, mulai menerbitkan majalah yang menganjurkan perang melawan Israel dengan senjata. Pada akhir 1964, beliau meninggalkan Kuwait untuk menjadi seorang revolusioner sepenuh waktu mengorganisasikan serangan Fatah ke atas Israel dari Jordan.

Pada tahun yang sama, terdirilah Palestine Liberation Organisation ( PLO ) yang ditaja oleh Liga Arab yang mengumpulkan semua golongan/ kelompok agar bersatu membawa Palestine ke arah negara merdeka. Setelah kekalahan mereka menentang melawan Israel pada tahun 1967, dalam perang selama 6 hari, Fatah bangkit dari bawah sebagai kelompok paling kuat dan terstruktur dengan baik di kalangan kelompok -kelompok dalam PLO.

Fatah mengambil alih organisasi itu pada 1969, ketika Arafat menjadi ketua commitee eksekutif PLO. PLO tidak lagi menjadi organisasi boneka negara-negara Arab yang menginginkan warga Palestine terus berdiam diri sebaliknya perlu bangkit mempertahankan hak dan menjadi organisasi nasionalis independen yang berpusat di Jordan.

Arafat membawa PLO sehingga menjadi sebuah "negara" yang memiliki kekuatan ketenteraan sendiri di Jordan. Raja Hussein dari Jordan sangat terganggu dengan serangan gerila dan kekerasan yang mereka lakukan terhadap Israel lalu memaksa PLO keluar dari negaranya. Arafat kemudiannya mencari jalan untuk membangunkan organisasi yang sama di Lebanon tetapi tersungkur oleh kependudukan ketenteraan Israel. Arafat tetap berpendirian untuk terus mnghidupkan PLO,lalu beliau memindahkan markas besar beliau ke Tunisia.

Hidupnya adalah perjalanan ,berpindah dari satu negara ke satu negara yang lain untuk mempromosikan Palestine. Beliau terpaksa menjaga kehidupannya secara rahsia untuk keselamatan termasuklah kehidupan peribadi beliau. Termasuklah pernikahan beliau dengan isterinya , Suha Tawil terpaksa dirahsiakan selama 15bulan. Isterinya yang berumur separuh dari usianya sudah aktif dalam kegiatan sosial khususnya mengenai kebajikan kanak-kanak cacat. Penampilan pertama kali isterinya ketika pertemuan di Oslo menarik perhatian banyak pihak. Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Zahwa;sempena nama ibu Arafat sendiri.

Waktu ketika diusir dari Lebanon merupakan satu saat genting dan sukar bagi Arafat dan PLO. Lalu gerakan protes intifada mendorong Arafat untuk menarik perhatian dunia terhadap Palestine. Pada 1988, dalam pidatonya di Jenewa ,Swiss, beliau menyatakan bahawa PLO menolak aksi terorisme dan mendukung "hak semua kelompok yang bertikai di Timur Tengah untuk hidup aman damai ,termasuk negara Palestine dan negara-negara tertangga."

Prospek ke arah perjanjian damai dengan Israel mulai cerah. Setelah kemunduran akibat keputusan PLO menyokong Iraq dalam dalam Perang Teluk tahun 1991,proses pendamaian mulai serius dijalankan,dimulai dengan perjanjian Oslo tahun 1993,perjanjian ini akhirnya membawa Arafat, Yitzak Rabin, dan Shimon Peres memperoleh penghargaan Nobel Perdamaian pada tahun 1994.

Yasser Arafat meninggal dunia pada tanggal 11 November 2004 di hospital tentera di Paris, Peranchis . Beliau diterbangkan ke Paris dari markas besar PLO di Ramallah untuk mendapatkan rawatan perubatan akibat sakit yang dideritanya. Menurut laporan perubatan, beliau meninggal kerana mengalami pendarahan hebat di otaknya. Namun, kebenaran itu pasti akan muncul jua. Hal ini kerana, dalam laporan perubatan juga ditulis mengenai jangkitan kuman yang telah meracuni darah beliau hingga menyebabkan kematian. Penjelasan lebih lanjut di sini

Yasser Arafat telah melakukan sedaya yang beliau pulih untuk mempertahan negara dan rakyatnya. Mungkin kita tidak semampu beliau,namun sekurang-kurangnya,kita boleh menitipkan doa untuk rakyat Palestin. Itulah satu-satunya cara yang paling mudah untuk kita lakukan yang tidak memerlukan kita mengeluarkan apa-apa. Sesungguhnya,doa itukan senjata para muslimin.
Sekian, wallaualam..

Read more...

"Miles of Smiles III" hantar bantuan ke Gaza

Monday, 20 June 2011


Gaza - Para aktivis mengiringi konvoi kemanusiaan "Miles of Smiles III" menghantar bekalan susu dan ubat-ubatan yang sangat diperlukan kepada Kementerian Kesihatan di Gaza serta tambahan 15 buah ambulans yang direka khas untuk orang kurang upaya.

Ketua konvoi, Issam Yousef berkata dalam satu sidang akhbar di bandar Gaza pada hari Isnin bahawa, 7
0 bayi Palestin yang baru lahir di Gaza berisiko untuk mati selepas kehabisan susu formula khas untuk bayi-bayi tersebut.

Beliau berkata lagi, konvoi yang dibawa 4.000 tin susu bayi ini hanya dapat memenuhi keperluan bayi- bayi Palestin untuk tempoh setahun sahaja. "Kami juga telah membawa sepuluh jenis ubatan yang tiada di Gaza yang mampu menyelamatkan banyak nyawa," jelas beliau.

Pengarah hubungan kerjasama antarabangsa dalam Kementerian Kesihatan, Mohamed Al-Kashef pula berkata, bagi pihaknya, mereka telah meneliti jenis ubatan tiada dalam simpanan kementerian.

Beliau berkata bahawa ubat dan susu bayi yang dibawa oleh para aktivis perpaduan ini sangat penting, dan selanjutnya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan yang mendalam untuk penganjur konvoi ini.

Mereka telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin. Persoalannya, dimanakah keprihatinan dan tanggungjawab kita terhadap mereka?? Justeru, bersama-samalah kita berusaha semaksima mungkin bagi meringankan penderitaan mereka di sana. Sekurang-kurangnya dengan DOA dan harta.

Wallahu`alam.


Sumber asal: http://www.palestine-info.co.uk/en/

Read more...

Tiada kedamaian bagi PALESTIN...!

Ahad, 19 Jun - Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kembali menegaskan bahawa konflik Israel-Arab akan tetap berlanjut sehingga Palestin mengakui Israel sebagai negara bagi orang Yahudi.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu
"Israel tidak akan merebut beberapa kilometer tanah namun apa yang penting adalah bahawa Palestin mahu mengakui Israel sebagai negara Yahudi" katanya.

Dia menambahkan dalam sebuah kenyataan di surat khabar Haaretz Israel, bahawa selagi Abbas tidak mengakui Israel maka tidak akan ada cara untuk mencapai kesepakatan perdamaian.

Kesimpulannya, telah terbukti daripada azali lagi bahawa kaum yahudi ini sangat sombong dan angkuh. Mereka bersifat keras kepala dan ingkar. Perbuatan-perbuatan mereka telah terbuku dalam surah-surah al-Quran. Pengakhirannya terletak di bahu kita sebagai mahasiswa/i perubatan untuk menilai mereka.

wallahua'alam

Read more...

Resheq: Hamas bersungguh ke arah perpaduan, gesa penahanan politik dihentikan

Sunday, 19 June 2011


BAITUL MAQDIS- Anggota kanan Biro Politik Hamas, Izzat al-Resheq berkata bahawa pergerakannya serius untuk mematuhi perjanjian persefahaman dengan Fatah. Walaubagaimanapun,isu tahanan penjara berunsur politik di Tebing Barat mesti dihentikan dahulu kerana ia memberi kesan negatif terhadap perjanjian persefahaman.


Kenyataan beliau dikeluarkan pada Selasa lepas, beberapa ketika sebelum pertemuan antara wakil-wakil Hamas dan Fatah diadakan di Kaherah bagi membincangkan isu tahanan politik, seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian persefahaman yang ditandatangani mereka pada awal Mei lalu. Kedua-dua parti politik itu juga akan membincangkan tentang siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri bagi kerajaan sementara selepas pilihanraya yang dijadual diadakan pada September nanti.


Kami berharap isu ini akan diselesaikan hari ini tanpa sebarang halangan. Ketua kerajaan dan Perdana Menteri akan ditentukan dalam perjanjian tersebut dan mesti dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak,” kata Resheq.


SUMBER: http://www.palestine-info.co.uk/en/

Read more...

Netanyahu-Blair bincang supaya deklarasi Palestin gagal dilaksanakan

Saturday, 18 June 2011




Jumaat, 17/06/2011 – Media hari ini melaporkan bahawa pertemuan PM Israel Benjamin Netanyahu dan Tony Blair adalah berkaitan perbincangan bagaimana untuk merancang supaya deklarasi negara Palestin akan gagal dilaksanakan pada sidang umum PBB bulan September akan datang. Netanyahu begitu yakin bahawa Amerika akan menggunakan kuasa vetonya.

sumber: http://palestinkini.info/

Read more...

AL-QUDS MENURUT KEYAKINAN UMAT ISLAM (PART 3-AKHIR)

Thursday, 16 June 2011

Perjuangan untuk pembebasan Palestin masih berterusan sehingga kini. Sama ada, media-media massa rancak bersaing untuk menyajikan khabar Palestin sebagai paparan utama atau sekadar berita sampingan, perjuangan itu masih dan akan berterusan.


A lasting solution to this problem will have an exceptionally positive influence foremost on the peoples of Palestine and Israel, as well as on the region and the international community.

If you are asking for my point of view, I would say that the Palestinians should go back to Palestine.

Hassan Nasrallah



In order to obtain the goal of returning to Palestine, all of us sometimes
have to grit our teeth.

Yasser Arafat

Our priorities require that all children of Palestine, men and women, be ready for conflict, both from the standpoint of training and from the standpoint of armament.


Ahmed Yassin

Mari kita dengar pendapat Theodor Herzl tentang Palestin :

Palestine is our unforgettable historic home. The very name would be a force of marvelous potency for summoning our people together.


Theodor Herzl



It goes without saying that the Jewish people can have no other goal than Palestine and that, whatever the fate of the proposition may be, our attitude toward the land of our fathers is and shall remain unchangeable.


Theodor Herzl

Tanpa dinafikan, Palestin sememangnya menjadi tumpuan warga dunia. Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi menulis dalam buku "Palestin : Masalah Kita Bersama" tentang kedudukan Baitulmaqdis di sisi Islam.




Al-Quds: Bumi Para Nabi Yang Penuh Berkah

Al-Quds ialah sebahagian daripada Palestin. ALLAH SWT telah menggambarkan bumi ini dengan keberkatan pada lima tempat :
  1. ALLAH SWT menceritakan bahawa Masjidil Aqsa sebagai " yang Kami berkati sekelilingnya" ( al-Isra' : 1)
  2. Ketika ALLAH SWT menceritakan tentang Nabi Ibrahim alaihissalam, "Dan dia (Nabi Ibrahim) beserta Luth telah Kami selamatkan ke bumi yang di dalamnya kami berkati untuk seluruh alam" ( Al-Anbiya': 71)
  3. Dalam Kisah Nabi Musa, setelah tenggelamnya Firaun " Dan Kami pusakakan kepada kaum yang lemah (ditindas) itu bahagian timur bumi dan bahgian baratnya yang telah Kami berkati di dalamnya, dan telah sempurnalah perkataan Rabb-mu yang terbaik untuk bani Israel disebabkan kesabaran mereka" (Al-A'raf: 137)
  4. Tentang Kisah Nabi Sulaiman yang dianugerahkan dengan kekuasaan dan kerajaan yang tiada bandingan, "Dan Bagi Sulaiman; angin yang bertiup kencang yang berhembus di bawah perintahnya menuju bumi yang Kami berkati di dalamnya" (Al-Anbiya':81)
  5. Tentang kisah negeri Saba', " Dan Kami jadikan antara mereka dan negeri-negeri yang Kami berkati di dalamnya, beberapa negeri yang berdekatan, kemudian Kami tetapkan jarak perjalanan (di antara negeri-negeri itu). Berjalanlah kamu di situ pada malam dan siang hari dengan aman" (Saba':18)


Al-Quds: Bumi Tempat Berjuang dan Berjihad

Terdapat dua bukti sebagai khabar gembira bahawa Al-Quds akan ditundukkan oleh Islam :
  1. Firman ALLAH SWT mengenai Masjidil Aqsa (rujuk atas)
  2. Hadis Rasululllah SAW tentang keutamaan solat di Masjidil Aqsa

Hakikatnya, Al-Quds telah ditundukkan oleh Islam. Pendeta agung kota itu yang bernama Safraneus hanya mahu menyerahkan kunci kota kepada Khalifah Islam ketika itu, Khalifah Umar al-Khattab. Perjanjian antara Khalifah Umar dengan penduduknya, masyhur sehingga kini. Perjanjian itu dikenali sebagai Perjanjian Umar atau Kesepakatan Umar bin Al-Khattab.


Sesungguhnya ALLAH SWT telah mengkhabarkan kepada Nabi Muhammad SAW bahawa bumi suci itu akan diduduki oleh musuh Islam. Maka Baginda SAW mendorong umat Islam untuk berjihad mempertahankan bumi tersebut.


Abu Umamah al-Bahili telah meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Nabi SAW bersabda :
"Masih ada sekelompok orang daripada umatku yang memperjuangkan kebenaran. Mereka menang melawan musuh mereka dan orang yang menentang mereka tidak membuat mereka gentar, kecuali jika mereka ditimpa oleh musibah penyakit, hingga datang keputusan ALLAH, sementara mereka masih dalam keadaan seperti itu." Para sahabat bertanya, "Lalu di mana mereka berada, wahai Rasulullah?" Kata Baginda SAW. " Baitul Muqaddas dan naungan Baitul Muqaddas."


Kesimpulannya, Al-Quds mempunyai kepentingan di sisi Islam sebagaimana berikut:


Yaaser Arafat pernah berkata :


"Palestine is the cement that holds the Arab world together, or it is the explosive that blows it apart"

Mari semarakkan doa dan cakna terhadap Palestin.



Rujukan : Palestin : Masalah Kita Bersama (Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi)

Read more...

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP