Erdogan: Israel minta maaf atau tiada hubungan

Tuesday 26 July 2011


Selasa - Perdana Meneri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata pada hari Sabtu lepas bahawa hubungan negaranya dengan Israel berada dalam keadaan yang ‘tidak dapat difikirkan’ melainkan Israel meminta maaf atas kejadian serangan ke atas Flotilla 2010 dan berakhirnya kepungan ke atas Gaza.

“Selagi Israel tidak meminta maaf kepada Turki, membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa dan membuka sekatan ke atas Gaza, hubungan yang normal antara Turki dan Israel tidak dapat direalisasikan,” kata Erdogan ketika mesyuarat bersama duta Palestin di Istanbul.

Erdogan menuduh Israel membunuh sembilan orang aktivis Turki yang tidak bersenjata yang berada dalam kapal Mavi Marmara, iaitu sebahagian daripada Flotilla Pembebasan ke Palestin paa 2010 ketika mencuba untuk memecahkan sekatan Israel. Perdana Menteri itu juga mengecam kebiadapan dan kesombongan Israel dalam melewatkan perdamaian dan mengangkat sekatan yang dikenakan ke atas Gaza.

Namun begitu, Menteri Luar Negeri Israel, Avigdor Lieberman mengatakan Israel tidak memiliki alasan untuk meminta maaf kepada Turki atas serangan armada tahun lalu yang mengorbankan sembilan aktivis Turki.

"Israel tidak memiliki alasan untuk meminta maaf kepada Turki. Meningkatkan hubungan dengan Turki dalam kepentingan kedua negara, tapi ini sebaiknya tidak datang hanya pada kepentingan Israel saja, "dipetik Jerusalem Post atas pernyataan Lieberman yang mengatakan pada hari Ahad.

Wallahu`alam.

Sumber: http://palestinkini.info/

Read more...

Zionis denda melampau kanak-kanak Palestin

Tuesday 19 July 2011


Palestin - Pihak berkuasa rejim Zionis telah mengenakan denda berjumlah $900 ribu ke atas kanak-kanak Palestin di Baitulmaqdis atas kesalahan membaling batu ke arah kenderaan-kenderaan tentera rejim Zionis serta pendatang haram Yahudi sejak 10 bulan lepas.

Fakhri Abu Diab, salah seorang ahli jawatankuasa pertahanan hartanah Silwan berkata dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu lalu, bahawa Mahkamah rejim Zionis telah mengenakan denda yang melampau ke atas kanak-kanak tersebut. Pihak rejim tahu ahli keluarga kanak-kanak terbabit terpaksa membayar denda tersebut dengan apa cara sekalipun jika mahu anak-anak mereka dibebaskan. Hal ini jelas merupakan suatu penganiayaan yang cukup kejam atas ahli keluarga kanak-kanak terbabit.

Menurut Fakhri, ramai penduduk Baitulmaqdis terpaksa meminjam wang yang banyak untuk membebaskan anak-anak mereka sementara mereka yang tidak berkemampuan, anak-anak mereka terus dipenjarakan.

Lihatlah kezaliman rejim zionis kepada kanak-kanak atas kesalahan mereka membaling batu sahaja. Bagaimana pula mereka yang saban hari menembak penduduk Palestin?Membunuh warga tua, wanita dan kanak-kanak??? Fikir-fikirkanlah.

Bittaufiq wannajah untuk imtihan...

Wallahu`alam..

Sumber: http://palestinkini.info/

Read more...

PALESTIN - Kapal Perancis mula bergerak

Monday 18 July 2011

Isnin, 18/ 7 - Sebuah kapal Perancis yang membawa aktivis pro-Palestina dan aktivis hak asasi manusia telah berangkat dari pantai Yunani untuk menuju ke Mesir dengan harapan boleh menghampiri wilayah Jalur Gaza yang di kawal ketat oleh Israel.



Pada hari Ahad yang lepas (17/7), penjaga pantai Yunani menyatakan bahawa kapal persiar bernama Dignite / Al Karama telah berlayar dari pulau Kastellorizo di sebelah tenggara Athena untuk menuju ke pelabuhan Alexandria di bahagian utara pusat Mesir.






Para aktivis awalnya dimaksudkan untuk melakukan perjalanan dengan kapal ke Gaza sebahagian dari 10 armada kapal yang merupakan Armada Kebebasan II.



Lebih dari 300 aktivis dari 22 negara telah merencanakan untuk melakukan konvoi armada laut untuk memberikan bantuan ke jalur Gaza.



Athens, berkerjasama dengan Israel, mencegah semua kapal lain memulai perjalanan mereka ke Gaza.



wallahua 'alam



Salam Imtihan...!


sumber: http://www.satuumat.blogspot.com/

Read more...

11 orang remaja bawah umur ditangkap israel tanpa bukti

Sunday 17 July 2011


AHAD,17/7/2011- Pihak keselamatan Zionis-Israel telah melakukan tangkapan besar-besaran terhadap remaja bawah umur. Mereka ini telah dituduh membuat dan melontar molotov dan batu ke arah rakyat Zionis-Israel. Remaja yang berumur 11 hingga 17 tahun telah ditangkap dengan penuh zalim, namun tiada bukti dapat dikemukakan. Terdapat juga beberapa kedai yang diserbu kerana dituduh menjual bahan-bahan membuat molotov kepada remaja Palestin ini.

Read more...

Israel kuatkan sekatan ke atas tanah perkuburan Ma'manallah di Al- Quds

Wednesday 13 July 2011


12/o7/2011, Selasa - Laporan yang diisukan oleh Pusat Kajian Sempadan Palestin melaporkan bahawa pihak Zionis sedang cuba menawan perkuburan bersejarah Ma'manallah di Al- Quds yang kini ditumpukan kepada menguasai sebahagian kecil lagi kawasan selepas 90% daripada tanah itu telahpun diceroboh untuk membina penempatan YAHUDI.


Menurut data, Zionis telah melancarkan operasi penawanan perkuburan muslimin dekat Ma'manallah,yang merupakan perkuburan tertua dan paling bersejarah di tanah Palestin, yang mempunyai keluasan asal sebanyak 200 dunum yang kini hanya tinggal 20 dunum ,selepas Zionis mendirikan hotel ,tempat letak kereta dan taman rekreasi di atas 70% kawasan perkuburan ,dan bakinya sedang dirancang untuk dibangunkan sebagai kawasan petempatan.




Laporan itu turut menegaskan bahawa Zionis dan konconya sedang merancang untuk membina Muzium Yahudi di atas baki tanah perkuburan Islam itu ,di samping membina kompleks dan mahkamah Zionis , "dengan bayaran terpaksa memusnahkan dan menjajah kawasan perkuburan Islam yang bersejarah itu kerana menganggap projek mereka itu lebih penting daripada Al-Quds sendiri "

Sumber : http://www.palestine-info.info/ar

{ Surah Al- Maa'idah : ayat 78 [5:78] }

"Telah dilaknati orang-orang kafir dari bani Israil dengan lisan Daud dan Isa Putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas. "

Ya Allah,hanya Engkau Yang Maha Mengetahui. Bantulah mereka Ya Allah..

Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka di sana. Dalam suasana peperiksaan begini,tidak salah jika kita meluangkan sedikit masa belajar kita untuk mendoakan mereka di sana. Kesibukan belajar tidak patut dijadikan alasan untuk kita lupa mendoakan saudara seIslam di sana. Wallahuallam. Bitaufik wa najjah warga Iskandariah sekalian..

Salam Imtihan!!







Read more...

Konvoi Flotilla Freedom 2 ke Gaza

Sunday 10 July 2011


Ahad, 10/07/2011 - Selepas insiden sabotaj enjin kapal yang disyaki didalangi oleh pihak luar Israel, salah sebuah kapal Flotilla 2 dari Sweden-Norway berjaya memenuhi semua kehendak protokol Greece yang bertujuan untuk menghalang pelayaran kapal tersebut ke Gaza.



Jurucakap konvoi yang merupakan salah sebuah perintis projek Flotilla itu berkata dalam kenyataan yang diterima oleh Pusat Informasi Palestin berkata : “Para jurutera dapat membaiki kerosakan kapal, selain turut melepasi syarat-syarat yang dikehendaki oleh pihak Greece untuk memberi kebenaran turut serta dalam konvoi Freedom Flotilla.” Kapal ini akan menyusul Kapal Dignity Perancis.



Kapal Sweden-Norway yang disertai aktivis keamanan termasuk setiausaha parlimen Sweden, memulakan perlayaran petang Rabu (6 Julai) dari satu pelabuhan ke pelabuhan lain di sekeliling Greece sebagai persediaan sebelum menuju ke Gaza selepas upacara selamat tinggal oleh para menteri dan ahli parlimen Greece.


Sumber:http://palestinkini.info/

Read more...

Barak bimbang konvoi udara ke Gaza

Tuesday 5 July 2011



Selasa, 05/07/2011 - Menteri Pertahanan Zionis, Ehud Barak menegaskan tentang pentingnya melanjutkan usaha untuk bersedia menghadapi konvoi kebebasan Freedom Flotilla 2 ke Semenanjung Gaza.

Menggunakan ruang udara ke Gaza adalah prioriti utama yang harus difikirkan. Sebagaimana dikhawatirkan menteri perhubungan Zionis, sabtu lepas.

Dalam sidang khas kabinet Netanyahu, Barak mengatakan, Israel kini sedang bersedia menghadapi kemungkinan pihak sukarelawan menggunakan ruang udara untuk mengirim bantuan ke Gaza. Ketika ini, tidak ada cara lain bagi Israel untuk mempertahankan dirinya selain menghindari semua konvoi ke Gaza termasuk melalui ruang udara.

Menteri Zionis itu kembali menegaskan kepentingan bersedia dengan kemungkinan terlepasnya Freedom Flotilla 2 melalui jalan laut, walau pelbagai usaha penghadangan dilakukan. Beliau juga menzahirkan kekhawatirannya terhadap tindakan terbaru para relawan Gaza yang berusaha menggunakan jalan udara sebagai alternatif lain untuk memberikan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Wallahu`alam.

Sumber asal: http://palestinkini.info/

Read more...

Malaysia hantar rayuan kepada Setiausaha Agung PBB supaya menyokong Flotilla Kebebasan II

Sunday 3 July 2011

Ahad,3/7/2011 - Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak telah menghantar rayuan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon supaya menyokong Flotilla Kebebasan II (FF II) yang membawa barang-barang bantuan kemanusiaan ke Gaza.


Beliau membuat kenyataan yang disiarkan oleh media di Malaysia pada hari Isnin lepas, bahawa armada tersebut hanya bertujuan untuk menghantar bantuan kemanusiaan demi meringankan penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin.


Beliau juga mencadangkan supaya PBB menghantar wakil-wakilnya untuk memeriksa kapal-kapal dan para sukarelawan yang terlibat, bagi membuktikan kepada masyarakat dunia dan khususnya rejim Zionis bahawa armada tersebut hanya membawa barang-barang bantuan kemanusiaan. Katanya lagi, aktivis-aktivis Malaysia yang bersama-sama dengan beratus-ratus lagi sukarelawan antarabangsa dari pelbagai Negara akan turut berada di dalam armada tersebut.


sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Read more...

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP