Eidulfitri di Palestin

Wednesday, 31 August 2011


Palestin - Ianya cukup menyedihkan untuk keluarga Palestin meraikan Hari Raya di bawah penjajahan, tetapi untuk meraikan Aidilfitri tanpa orang yang tersayang adalah bebanan yang lebih berat.

Keluarga Hassan Um di al-Khalil tidak berkumpul bersama di meja makan sejak 20 tahun yang lalu pada bulan Ramadan atau Aidilfitri kerana tidak sah Ramadan atau Hari Raya tanpa salah seornag daripada ahli keluarga beliau dipenjarakan atau dibunuh.

Um Hassan, ibu kepada dua orang syahid, tujuh tawanan dalam penjara Israel dan anak terakhirnya yang belajar di luar negara berkata bahawa penjajah Israel menahan lima anak 2 minggu lalu. Dua daripada anak lelakinya telah lama meringkuk dalam penjara; Iyad, selama 13 tahun dan Mahmoud, selama 20 tahun.

Di samping tujuh tawanan, Um Hassan memberitahu aljazeera.net bahawa dua anak lelakinya telah dibunuh oleh Israel; Murad telah dibunuh pada November 2002 dan Ahmad pada bulan Disember 2002.

Anak lelaki yang kesembilan beliau belajar di universiti luar negara.

Um Hassan berkata, beliau berdoa agar anak-anaknya selamat kembali dan beliau yakin bahawa penderitaannya ini akan diberi ganjaran oleh Allah, sambil menambah bahawa walaupun dia tidak menjangkakan untuk melihat mana-mana anak-anaknya pada Eid kali ini, dia tetap berharap agar mereka semua akan dilepaskan pada Eidulfitri akan datang.


Semoga kita tidak lupa keadaan mereka di sana di celah- celah kegembiraan kita menyambut Aidilfitri di sini. كل عام وانتم الى الله اقرب

Wallahu`alam.

Sumber: http://www.palestine-info.co.uk/en/

Read more...

ISRAEL RECANA BUNUH ISMAIL HANIYAH

Sunday, 28 August 2011


AHAD,28/9/2011:Akhbar Harian Mesir Al-Ahram menyatakan bahawa Israel merancang untuk membunuh pimpinan Hamas yang juga Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniyah.

Seperti dilansir Al-Ahram edisi Sabtu (27 / 8) di laman web bahawa Kaherah saat ini bertindak pantas apabila menerima maklumat mengenai niat jahat Israel ingin membunuh Haniyah sebagai balasan atas serangan di Ummu Rasy-rasy (Eilat) dan akan menekan Israel menghentikan rencana jahat itu. Pada sudut lain, harian Mesir ini melansir dari sumber-sumber pemantau Palestin bahawa kerajaan Mesir akan menghubungi gerakan Jihad Islam di Palestin untuk meyakinkannya agar meneruskan komitmen dengan perjanjian gencatan senjata dengan Israel.Selain itu, Hamas, menurut harian ini, berusaha meyakinkan pihak-pihak pejuang Palestin lain khususnya Jawatankuasa Perlawanan Rakyat untuk kembali kepada gencatan senjata. Punca kumpulan pejuang terakhir ini ingin membalas kejahatan Israel membunuh lima kader penting mereka dalam serangan udara Israel beberapa minggu lalu.

Read more...

7 WARGA PALESTIN CEDERA DALAM SERANGAN YERBARU ISRAEL DI UTARA GAZA

Sunday, 21 August 2011


Ahad,21/8/2011-7 warga Palestin telah tercedera dalam serangan yang di lancarkan pesawat tempur Israel di Barat Daya kota Gaza.Menteri Kesihatan Gaza berkata tentera Israel akan berterusan menyerang rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP