As-Syahid Raed Rezek Jnaid

Monday, 23 November 2009


Tempat Syahid : Kem Jabalya
Tarikh Syahid : 02/03/2008

Latar belakang

Beliau dilahirkan pada tahun 1978 di Jabalya. Beliau menamatkan pengajiannya di sekolah yang berada dalam kem dan mendapat keputusan yang baik di antara adik beradiknya. Beliau seorang lelaki yang mempunyai keperibadian yang mulia, beliau sentiasa senyum, tenang, bersopan dan mudah diterima oleh orang, walau di manapun beliau berada.

Beliau juga berlaku sopan ke atas ibu bapanya malah beliau bertanggung jawab membantu ayahnya dalam soal kewangan. Beliau bekerja dalam gerakan Islam sejak masa kecilnya lagi dan sangat aktif dalam gerakan popular di daerahnya dengan menyertai Hamas. Kemudian beliau bergabung dengan gerakan penentangan Islam -Hamas.


Briged Al-Qassam

Beliau menyertai Briged Al Qassam setelah berbincang dengan saudaranya dalam gerakan Hamas. Setelah diterima Briged Al-Qassam, beliau telah terlibat dengan banyak operasi yang mendatangkan natijah membanggakan, antaranya:

1. Menyertai kumpulan yang melindungi kem daripada serangan-serangan Zionis yang cuba untuk menyerang kem tersebut.
2. Terlibat dengan operasi serang hendap tentera Zionis.
3. Ikut serta menjaga kem daripada Pasukan Khas Zionis.

Kepimpinan Al-Qassam mengiktiraf beliau sebagai perajurit yang sangat disiplin dalam tugasnya.

Kesyahidan

Pada 2 Mac 2008, tentera Zionis cuba menyelinap masuk ke kawasan timur Jabalya, tetapi mereka bertembung dengan As-Syahid Raed Rezek Jnaid dan kumpulannya. Para pejuang menentang tentera Zionis sehingga memaksa Zionis meminta bantuan pesawat pejuang dan mengebom mereka. Tentera Zionis tidak membenarkan ambulan Palestin merawat Raed Rezek Jnaid, ini menyebabkan beliau tidak mendapat rawatan dalam tempoh dua hari.

Kesyahidan orang seperti beliau dibanggakan oleh umat. Briged AlQassam menyatakan, “Briged Al-Qassam meratapi kematian para Mujahedeen, menegaskan untuk kembali komitmen dan tekad bagi meneruskan penentangan terhadap kependudukan yang zalim”.

Sumber dan disunting dari: http://www.qassam.ps/

Kredit kepada http://palestinefolder.blogspot.com/


0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP