Kapal Turki bakal lindungi bantuan ke Gaza

Saturday, 10 September 2011

8 Sept - Turki mengumumkan bahawa serangan Israel tahun lalu terhadap sebuah konvoi bantuan Gaza tidak akan terulang lagi kerana Ankara bakal meningkatkan angkatan laut mereka di Mediteranian untuk menemani dan melindungi kapal bantuan Gaza berikutnya serta menentang dominasi Israel di laut.

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengatakan Khamis kelmarin dalam sebuah wawancara dengan jaringan TV Al Jazeera bahawa Turki telah mengambil langkah-langkah untuk menghentikan eksploitasi rejim Israel.

"Kapal perang Turki, berkuasa untuk melindungi kapal-kapal kami yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza," kata Erdogan.



Dia menambahkan, "Mulai sekarang, kami tidak akan membiarkan kapal kami diserang oleh Israel, seperti apa yang terjadi dengan `Freedom Flotilla`."

Wallahu`alam.

sumber: http://satuumat.blogspot.com/

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP