Showing posts with label VOICE OF PALESTINE. Show all posts
Showing posts with label VOICE OF PALESTINE. Show all posts

ANJAKAN PARADIGMA

Monday, 8 June 2009

Pernahkah kita terfikir, mengapakah sehingga saat ini, kita masih belum mampu untuk membebaskan Palestin?
Apakah erti ‘kemenangan’ pada kita? Adakah ianya bermaksud apabila sesuatu negara itu mempunyai seorang pemimpin yang sah? Atau apabila negara itu mencapai teknologi yang paling maju, atau semasa negara itu mengubah semua system Jahiliyah kepada sistem yang berlandaskan keIslaman?
Sesungguhnya, Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya, melainkan Allah.
Mari kita lihat sejenak, generasi yang telah ditarbiyah oleh Rasulullah SAW sendiri, bagaimana mereka mampu meneraju seluruh pelusuk dunia ini. Al-kisah, ada seorang pencuri. Apabila hal ini dilaporkan, Abdullah Ibn Mas’ud pun mendoakan supaya si pencuri itu dapat dipenuhi segala hajatnya. Sekiranya si pencuri itu di dalam kesusahan, moga-moga dipermudahkan segala urusannya. Betapa tingginya iman mereka ketika itu.
Lihat lagi Salahudin Al-Ayyubi dan tenteranya yang berjaya membebaskan Palestin. Juga, Sultan Muhammah Al Fateh dan angkatannya yang berjaya membuka kota Constantinople atau Istanbul. Mereka begitu menitik beratkan solat fardhu, amalan solat rawatib dan solat malam hari.
Sebelum kita mampu untuk menang, cuba lihat dulu perkara-perkara asas agama. Cukupkah solat kita yang 5 itu? Subuh di masjidkah? Jika perkara asas ini pun masih terumbang-ambing, bagaimana kita boleh mempunyai cita-cita untuk membebaskan Palestin?
Untuk membina sebuah khilafah islamiyah di muka bumi ini, kita perlu bermula dari anak tangga bawah, bermula dari individu muslim, kemudiannya bait muslim dan seterusnya. Kawan-kawan, marilah kita cuba untuk menyempurnakan mana-mana yang masih belum sempurna, dan untuk bermula adalah yang paling perit. InsyaAllah.
Saudara Zulhelmi Azelan pejuang_27, semoga usahamu diredhai.

Scent of Palestine, Scent of Jannah

Read more...

CERITA AISKRIM McD

Di Mesir boikot. Hebat. Semuanya ditinggalkan, daripada sekecil-kecil syarikat kepada yang paling popular dan maju.
Tapi, apa ceritanya di Malaysia? Sesampai di KLIA, adik merengek mahu aiskrim, terus kita membelikan aiskrim McD berperisa Oreo dicampur dengan Smarties dan ditambah sos coklat dan perisa epal, dan kalau boleh mahu disalut dengan coklat keras lagi. Adiknya bukan seorang, kena pulak 5 orang.
Kawan-kawan, kita semua dilahirkan untuk menjadi pejuang. Pejuang untuk apa? Untuk Islam. Mungkin kita yang alpa. Terlalu seronok dengan jutaan nikmat yang diperolehi. Tapi ingatlah kawan-kawan, kita mempunyai tanggungjawab untuk berjuang demi Islam terutamanya di Palestin. Siapa kata, tanpa pedang yang menyilau dan rifel yang sepucuk itu, kita tidak mempunyai kekuatan?
Saudaraku, seseronok mana pun apabila kita di Malaysia, janganlah sesekali lupa akan perjuangan yang telah kita mulakan di Mesir ini. Sepatutnya kitalah yang mempengaruhi keluarga untuk berhenti membeli barangan yang terlampau itu, dan bukannya kita yang terpengaruh untuk membelinya. Sama-samalah kita cuba menjayakannya.
Contoh terdekat yang boleh saya bagi, ada seorang kawan saya yang memang tergila-gilakan Milo, pada kebiasaannya, dia akan membeli berpaket Milo untuk dibawa ke Mesir, tetapi sekarang dia telah bertukar kepada Vico. Katanya, sama sahaja. Air juga.
Betul, dan saya memuji sikapnya.
Aida Nur Baini juga mengajak kita semua untuk sama-sama menyertai kerja sukarela untuk Palestin, MERCY misalnya. Mahu ikut?


p/s: Baini: “2 bulan adalah terlalu lama untuk membuat kita lupa akan janji kita di Mesir ini.”



Scent of Palestine, Scent of Jannah

Read more...

SEMANGAT!

Taken from: http://sarahmr.blog.friendster.com/2009/06/semangat/

Tak khusyuk sarah dengar lecture Pharmacology tadi dek terkenangkan tazkirah yang bakal disampaikan. Seb baik Dr Pharma tak soal-soal. Kalau pandang Dr pun, buat-buat muka confident faham, padahal dalam kepala tengah fikir apa nak cakap. Ingat senang ke nak bercakap di khalayak ramai.. lagi-lagi kalau memberi ‘peringatan’. Atas dasar ingin berkongsi dan menyampaikan, sarah gagahkan diri jua.. huhu. hasilnya? tidaklah seperti yang diharapkan.. gelabah you~ tapi…
At least.. i tried, right? There’s always the First time for everything..
Sarah tahu, tak berapa jelas apa yang sarah sampaikan tadi.. banyak juga yang tak sempat cakap dan terlepas pandang akibat kecuakan yang melanda.. yang tersalah sebut pun ada.. hadooi, malu aku.. jadi.. sarah tuliskan semula di sini. moga-moga kita dapat manfaatnya. maaf la ye, kalau ayat agak skema sikit.. (ainaa sure tak suka.. lol) tapi ada masa kita perlu skema untuk sampaikan sesuatu yang serius, kalau tak, orang ingat kita ni main-main.. ye tak?
Selamat membaca…
****************
Hampir dua minggu kita berkempen“Palestine Evergreen”.. sama-sama kita telah bina semangat dan keprihatinan kita terhadap umat Islam di Palestin. Ramai yang telah berkongsi berita, cerita, tazkirah, bersyarah.. malah ada yang telah bersajak~ hebat! Kalau malam esok masih ada, pasti kita akan terkesan dengan debat dan ‘public speaking’ yang akan disampaikan. Hebat-hebat belaka warga Iskandariah ini..

Namun, semangat kita ini.. adakah sekejap cuma? Bak angin lalu yang menyapa, menyinggah pipi, mengusik rasa? ermm….

Ke mana sepatutnya semangat ini kita salurkan?? Apa sebenarnya yang perlu kita tanamkan dan lakukan untuk kekalkan semangat yang telah kita bina ini?

Semangat hanya akan tinggal semangat kalau kita tidak mampu hayati apa sebenarnya peranan dan ghayah kita sebagai pemuda-pemuda ummah.

Apa ye peranan-peranan kita?
Kenalilah Agama kamu.
Masalah ummat Islam hari ini, kebanyakannya berpunca daripada kurangnya penghayatan Islam dan kurangnya rasa ‘Izzah kita terhadap Islam. Kalau tak sayangkan Islam, bagaimana kita nak ada rasa untuk pertahankannya? Tingkatkanlah ilmu agama kita walau hanya dengan mengikut majlis ilmu seperti SC. Kadang-kadang SC pun kita malas nak ikut. Dari mana lagi kita nak kenal Islam? Baca buku? Daripada usrah atau SC juga lah kita membaca tentang Islam, ye tak?
Ambillah qudwah yang baik dan jadilah contoh yang baik.
Rasulullah itu sebaik-baik qudwah. Ye, kita semua tahu tapi tak ramai dari kita yang jadikan Rasulullah sebagai contoh ikutan. Bagaimana nak dapat qudwah yang baik, kadang-kadang, ibu bapa sendiri tak beri contoh yang baik? Itu bukan alasan. Bukankah dah jelas dalam Al-Quran, Allah menyuruh kita untuk mengikut apa yang disuruh Allah dan Rasulnya. Menjadi peranan kita juga untuk menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain kerana ‘perbuatan seseorang yang baik itu lebih berkesan kepada 1000 orang daripada 1000 orang yang sekadar bercakap kepada seseorang.’
Tinggalkan maksiat serta-merta.
Perkara maksiatlah yang paling banyak pengaruhnya kepada syabab. Sedar tak hati kita banyak tompok-tompok hitam kesan perbuatan maksiat tadi. Akhirnya, hati-hati kita boleh tertutup daripada menerima petunjuk. Apa yang Rasulullah halang, seharusnya kita tinggalkan terus dan apa yang disuruh pula, kita buat sekadar mampu. Di sini nampak betapa pentingnya untuk kita tinggalkan maksiat berbanding dengan kita beribadah. Boleh jadi kita banyak beramal tapi maksiat sentiasa bersama kita. Bagaimana kita nak memperbaharui ummah? Sedangkan karat-karat jahiliyyah masih terpalit di badan. Kalau kita bertaubat, Allah akan bukakan lembaran baru buat kita untuk bangun semula.
Mendekatkan diri dengan masjid.
Terutamanya buat para ikhwah yang bakal memimpin keluarga mahupun negara, amalkan solat berjemaah di masjid. Sesungguhnya, sesiapa yang bersuci di rumah, kemudian dia menuju ke rumah Allah untuk mendirikan solat, Allah akan gugurkan dosa di setiap langkahnya ke sana. Dan Allah tinggikan darjatnya. Allah juga menjanjikan naunganNya di Mahsyar kelak buat pemuda yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Tak mahukah kita tergolong sama?
Jadilah orang yang cemerlang dalam bidang kita.
Walau apa pun jurusan atau bidang yang kita ambil, buatlah sehabis baik. Jadikanlah kecemerlangan itu sebagai sikap. Peluang belajar di bumi anbia’ ini, kita manfaatkan betul-betul.
Hubungkanlah silaturrahim dan pilihlah sahabat kamu.
Jaga hubungan kekeluargaan dan hubungan kita sesama manusia. Kenapa penting untuk pilih sahabat yang baik? Kadang-kadang, kita nak melangkah ke hadapan tapi bila ada pengaruh kawan yang buruk, kita akan berpatah balik ke belakang. Jadilah orang yang membuat perubahan. Lihatlah kiri dan kanan, ada tak sahabat yang baik? Kawan-kawan, mungkin ramai.. Kenalan, lagi lah ramai.. tapi sahabat ini perlu dicari. Bak kata saidina Umar, hendaklah kamu mencari sahabat yang baik dan hidup dalam lingkungannya.
Kenalilah realiti kehidupan semasa.
Daripada kempen-kempen sebeginilah kita dapat tahu lagi masalah-masalah saudara kita di Palestin. InsyaAllah, kita teruskan lagi keprihatinan kita terhadap ummah.. bermula dengan kesedaran yang sesungguhnya orang Islam itu bersaudara.
Ajaklah orang kepada Islam.
Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat dan mengajak kepada kebaikan. Di tangan kita ada tanggungjawab yang perlu kita laksanakan. Mahukah kita sekadar duduk-duduk sahaja, berbahagia dan merasa cukup sekiranya kita sudah bersolat, berpuasa, menutup aurat? Kalau syabab-syabab di zaman Rasulullah berjuang menegakkan Islam sewaktu umur belasan tahun, kita yang dah 20an ini, apa yang telah kita sumbangkan kepada Islam? Ke mana kita habiskan masa muda kita ni? Adakah hanya untuk diri sendiri?
Susunlah waktu kamu.
Sesungguhnya, kewajipan itu lebih banyak daripada masa yang ada. Berilah sedikit ruang untuk kita mendalami Islam di samping ilmu dunia yang sememangnya penting untuk kita hidup. Ambil juga sedikit masa untuk beriadhah. Rancang dan buatlah penilaian akan hala tuju dan peranan kita sebagai pemuda yang masih kuat jasadnya, matang aqalnya dan tinggi keazaman dan semangatnya.

Cuba kita renungkan sejenak, pengajaran yang terdapat di dalam kisah seorang pemuda yang dicatatkan dalam surah Ya Sin. ”Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: Wahai kaumku! Turutilah Rasul-rasul itu” (Ya Sin:20). Lelaki ini bersegera berlari pantas dari hujung bandar. Iman yang mendalam ke dasar mendorong dirinya untuk berlari seolah-olah masa sudah terlewat. Juga dia berlari dari hujung bandar bukannya dari tempat yang sama. Ini menandakan kesungguhan lelaki ini melaksanakan amanah yang ada padanya. Dia ingin melepaskan dirinya daripada segala ancaman azab di hari Akhirat nanti. Akhirnya, usaha lelaki itu diganjari Allah swt.

“(Setelah dia mati) lalu dikatakan kepadanya: Masuklah ke dalam Syurga. Ia berkata; Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui. Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan” (Ya Sin:26-27).

Walaupun pemuda tersebut telah bersenang-lenang menikmati syurga, dia tetap terkenangkan kaumnya dan berharap supaya mereka juga faham dan mengetahui. Masya Allah, betapa tingginya semangat dan kesungguhan pemuda itu.

Semoga Allah memenangkan Agama ini dalam berhadapan dengan musuh-musuhnya. Moga kita dapat membina generasi demi generasi yang memahami dan menghayati Islam dalam kehidupan.

Bermula dengan kita.. pemuda-pemudi yang bersemangat! Salurkan semangat anda itu pada tempatnya..

Isilah masa muda ini dengan sebaiknya..
Supaya kelak, jika Allah tanya ke mana kita habiskan masa muda kita?
Adakah leka mendengar muzik dan menonton movie atau wayang?
Kita mampu menjawab.. Tidak..! aku telah gunakan sebaiknya mengikut jalan yang Engkau Redhai…

Allahumma Ameen…

Tiada masa untuk tidak semangat~
Palestine.. everlasting in our hearts.
Keep praying for the Muslimeen wa Mujahideen fi falestin..


Scent of Palestine, Scent of Jannah

Read more...

KITA NI ISTIQAMAH TAK?

Saturday, 6 June 2009

Tafsir Al-Fushshilat, ayat 30:

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan “Rabb kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan memperoleh Syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”.

Maka peganglah janji Allah, kerana ia sesuatu yang pasti terjadi.
Pernahkah kita terfikir, mengapa Allah menyembunyikan redhaNya terhadap sesuatu amalan?
Dan mengapa Allah menyembunyikan kemurkaanNya terhadap sesuatu kemungkaran yang kita lakukan?
Maha Suci Allah dari segala perkara yang keji dan buruk, sesungguhnya ia adalah supaya kita tidak memperkecilkan sekecil-kecil amalan, dan tidak meremehkan sekecil-kecil maksiat.
Bak kata Syairazi Nuruddin Othman, (nama manja Syai),
contoh yang paling dekat, kotak tisu hijau yang sedang diedarkan itu, jika kita memasukkan hanya 4 keping duit kertas warna biru pun, mungkin amal itulah yang mendapat keredhaan Allah. Wallahua’lam.

Tapi macamana nak istiqamah?

1) Cari ilmu, kenali Palestin dan Al-Aqsa.
apa pentingnya Al-Aqsa untuk kita? Kenapa peristiwa Isra’ Mi’raj dari Mekah ke Al-Aqsa baru naik, kenapa bukan terus naik dari Mekah? Dan banyak lagi perkara-perkara lain yang mengaitkan Al-Aqsa dan Palestin dengan Islam.

2) Cari rakan-rakan yang istiqamah, supaya kita sentiasa dalam mood untuk berjuang.

3) Hayati, pelajari dan ambil pengajaran daripada sirah tokoh-tokoh yang istiqamah, contohnya Salahudin Al-Ayyubi yang Berjaya membuka tanah Palestin.

4) Kawal nafsu. Seperti contoh, semasa pulang dari kuliah, apabila kita memandang kepada bangunan KFC yang tersenyum menawan bagai menjemput kita masuk dan mengisi perut yang berkeroncong itu, hendaklah kita menundukkan pandangan supaya tidak tergoda.

5) Dan berdoalah. Supaya usaha kita diberkati dan dibantu Allah, insyaAllah berhasil walaupun mungkin lewat sedikit.

P/s: Teruslah berjuang untuk Islam di seluruh dunia, Palestin terutamanya. Moga Tuhan memberkati usahamu.


Scent of Palestine, Scent of Jannah.

Read more...

SIAPA MUSUHMU?

Friday, 5 June 2009

Hasil budi Anas Mat Asis, terima kasih ye.

Kisah pengusiran Bani Nadhir dalam surah Al-Hasyr

Firman Allah dalam ayat 2 surah al-Hasyr

هو الذي أخرج الذين كفروا من أهل الكتاب من ديارهم لأول الحشر ما ظننتم أن يخرجوا وظنوا أنهم مانعتهم حصونهم من الله فأتئهم الله من حيث لم يحتسبوا وقذف فى قلوبهم الرعب يخرجون بيوتهم بأيديهم وأيدى المؤمنين فاعتبروا يأولى الأبصر .
Maksudnya : Dialah (Allah) yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara ahli-ahli kitab dari kampung-kampung mereka pada saat pengusiran kali pertama, kamu tiada menyangka bahawa mereka akan keluar dan mereka pun yakin bahawa benteng-benteng mereka akan dapat mempertahankan mereka daripada siksaan Allah. Maka Allah mendatangkan kepada mereka hukuman dari arah yang tidak mereka sangka dan Allah mencampakkan ketakutan ke dalam hati-hati mereka, mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan-tangan orang-orang yang beriman.Maka ambillah kejadian itu untuk menjadi iktibar wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.


  1. Peristiwa pengusiran yahudi Bani Nadhir berlaku apabila Rasulullah s.a.w datang ke kampung mereka untuk meminta supaya membayar diat berhubung dengan ‘Ammar bin Umaiyah ad-Dhamri yang telah membunuh 2 orang dari kalangan bani Kilab di mana mereka sebagai rakyat dalam negara Islam yang telah berjanji untuk memberi sumbangan sekiranya berlaku perkara seperti itu. Rasulullah s.a.w pergi ke kampung tersebut bersama dengan beberapa orang sahabat. Setelah diberitahu tujuan kedatangannya maka bani Nadhir menyatakan kesanggupan mereka untuk menunaikan janji itu dan meminta agar Rasulullah s.a.w menunggu di tepi sebuah rumah dalam kampung itu bersama-sama dengan Sayyidina Abu Bakar dan para sahabat yang lain. Tiba-tiba orang yahudi itu telah membuat pakatan jahat untuk menggugurkan batu dari atas rumah di mana Rasulullah s.a.w berada.
  2. Malaikat Jibril telah diperintahkan oleh Allah supaya memberitahu kepada nabiNya tentang perancangan jahat itu. Setelah mendapat berita tersebut lalu Rasulullah s.a.w terus bangun dan terus pulang dengan segera ke Kota Madinah. Para sahabat yang masih tidak tahu perkara sebenarnya turut mengikuti baginda pulang ke Madinah di mana setelah tiba di sana lalu mereka bertanya perkara yang sebenarnya yang menyebabkan baginda pulang secara tergesa-gesa ke Kota Madinah sedangkan urusan mereka belum selesai. Rasulullah s.aw terus menjelaskan kepada para sahabat tentang perancangan jahat yahudi bani Nadhir yang ingin membunuhnya dengan menggugurkan batu dari atas rumah ke atasnya. Selepas itu nabi telah membuat tindakan segera dengan menghantar Muhammad bin Maslamah sebagai utusan untuk memberitahu Bani Nadhir bahawa mereka tidak dibenarkan lagi tinggal di Madinah.
  3. Tiba-tiba pemimpin munafiq Abdullah bin Ubai menasihatkan mereka supaya jangan keluar dari Madinah dan mereka hendaklah bertahan dan menentang habis-habisan di mana kaum munafiq mempunyai 2 ribu orang yang akan bersama yahudi bani Nadhir dalam kota bagi menentang Rasulullah s.a.w. Abdullah bin Ubai memberi jaminan bahawa kaum munafiq bersedia untuk mati bersama-sama yahudi bani Nadhir. Allah telah merakamkan pakatan ini dalam ayat 11 surah al-Hasyr :

ألم تر إلى الذين نافقوا يقولون لإخوانهم الذين كفروا من أهل الكتاب لئن أخرجتم لنخرجن معكم ولا نطيع فيكم أحدا أبدا وإن قوتلتم لننصرنكم والله يشهد إنهم لكذبون .
Maksudnya : Apakah kamu tidak memerhatikan orang-orang munafiq yang berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir di antara ahli kitab :” Sesungguhnya jika kamu diusir nescaya kami pun akan keluar bersama-sama kamu dan kami selama-lamanya tidak akan patuh kepada sesiapa pun untuk menyusahkan kamu dan jika kamu diperangi pasti kami akan membantu kamu. Sesungguhnya Allah menyaksikan bahawa mereka merupakan kaum yang berdusta.
Perangsang dan jaminan yang diberi oleh Abdullah bin Ubai menyebabkan orang-orang yahudi itu naik semangat terutamanya pemimpin mereka Huyai bin Akhtab. Mereka mengambil keputusan menghantar utusan kepada Rasulullah s.a.w dengan katanya : “ Kami tidak akan keluar dari rumah-rumah kami, lakukanlah apa yang kamu mahu”.
Keadaan semakin tegang, Rasulullah s.a.w bertakbir diikuti oleh para sahabat yang lain. Semangat untuk berperang sedang marak membara terutamanya mereka mengetahui tentang perancangan jahat yahudi yang ingin membunuh nabi yang disayangi dan dikasihi.

4) Memang menjadi kebiasaan yahudi yang pengecut dan tidak berani bertempur secara berdepan di medan di mana mereka berkubu dalam kota dengan melontar batu dan panah serta berlindung di sebalik pokok-pokok tamar dan kebun-kebun mereka.

Rasulullah s.a.w telah diperintah supaya kebun dan pokok tamar yang menjadi penghalang serangan agar ditebang dan dibakar. Bersempena dengan arahan ini Allah berfirman dalam ayat 5 surah al-Hasyr :

ما قطعتم من لينة أو تركتموها قائمة على أصولها فبإذن الله وليخزى الفسقين
Maksudnya : Apa sahaja yang kamu tebang dari pohon-pohon kurma milik orang-orang kafir itu atau yang kamu biarkan berdiri di atas pokoknya maka semuanya itu adalah dengan izin Allah dan kerana dia hendak membiarkan kehinaan kepada orang-orang yang fasiq.

5) Ketika mereka diserang dan dikepung oleh tentera Islam, rakan-rakan mereka dari kalangan yahudi yang lain mengambil sikap tidak peduli begitu juga dengan Abdullah bin Ubai serta pengikutnya tidak memberi apa-apa bentuk bantuan.
Kepungan itu berlanjutan selama 6 hari. Sehinggalah Allah mencampakkan ke dalam hati mereka perasaan takut dan gentar, lalu mereka menyerah diri dan meletakkan senjata. Kemudian mereka menghantar utusan untuk menemui Rasulullah s.a.w bagi menyatakan bahawa mereka bersedia keluar dari Madinah. Rasulullah s.a.w membenarkan mereka keluar dari Madinah bersama-sama hamba sahaya mereka dengan membawa barangan sekadar muat di atas unta kecuali senjata mereka mesti ditinggalkan.
Mereka pun keluar dari Madinah sebagaimana yang diarahkan. Akan tetapi, mereka turut merobohkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan membawa pintu-pintu, jendela-jendela serta alat-alat rumah yang mampu dibawa bersama. Hanya 2 orang sahaja yang menerima Islam iaitu Yamin bin ‘Amru dan Abu Sa’ad bin Wahab manakala yang lain meninggalkan kampung mereka menuju ke Khaibar dan bakinya menuju ke Syam.

6) Harta hasil peninggalan Bani Nadhir ini dinamakan harta fai. Ianya dibahagikan kepada 6 bahagian. Rasulullah hanya mengambil sebidang kecil tanah untuk membuat tanaman dan hasilnya diberi makan kepada ahli keluarganya. 1/6 kemudiannya diberikan kepada kaum Muhajirin, tetapi mereka menolak dan memberikannya kepada kaum Ansar untuk membalas budi. Oleh kerana keikhlasan orang-orang Ansar dalam membantu kaum Muhajirin, kaum Ansar kemudiannya memulangkan semula harta tersebut kepada kaum Muhajirin.
Inilah dia kekuatan dan kehebatan Islam yang tidak mampu dicabar oleh pengkhianat dan musuh pada zaman kegemilangannya sedangkan pada hari ini betapa ramai umat Islam menjadi pelarian dan juga menjadi orang yang terjajah di negara sendiri.
Pengajaran ( bagi setiap bahagian cerita)
  1. Kaum Yahudi adalah kaum yang cenderung kepada berbuat kacau dan membawa kerosakan.
  2. Orang-orang yang ikhlas berda’wah ke jalan Allah pasti dipelihara daripada bahaya. Telah disebut dalam surah Al-Mu’minun, bahawa ibadah dan akhlak yang baik adalah amat penting dalam berda’wah.
  3. Orang munafik adalah golongan yang apabila berjanji tidak ditepati, apabila bercakap dia bohong dan apabila diberi amanah, dia khianat.
  4. Umat Islam apabila berperang sepatutnya tidak boleh merosakkan tumbuh-tumbuhan, akan tetapi pada kisah ini, Allah swt telah memerintahkan pohon-pohon tamar itu ditebang supaya dapat mencatu makanan Bani Nadhir.
  5. Yahudi Bani Nadhir ini bukan sahaja tidak bersyukur dengan peluang yang diberi untuk keluar dari kampung mereka itu, malah mereka mengamalkan sikap “no win-win” akibat dengki.
  6. 6) Betapa manisnya ukhuwah apabila keperluan saudara seIslam lebih diutamakan berbanding diri sendiri.
Scent of Palestine, Scent of Jannah

Read more...

Ilusi lwn Fantasi (dipetik daripada saifulislam.com)

Tuesday, 2 June 2009

oleh NorHidayah binti Omar

Sabtu, 30 Mei 2009 (dewan kuliah B, tahun 3)


Saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti” (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.

Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.
Mengapakah keadaan itu boleh berlaku?
Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?
Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.
Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.

Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.
Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh. Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Aqidah mereka yang mengelirukan, paderi mereka yang kuat makan duit, kebencian mereka terhadap orang-orang yang beriman dan sebagainya, semua keterangan teori al-Quran itu menepati realiti kaum Nasrani hari ini. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Kristian sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.
Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?
Berat untuk lidah kita mengungkapkannya, namun al-Nadawi turut sampai kepada kesimpulan yang sama. Umat Islam hari ini tidak seperti umat Islam yang digambarkan al-Quran. Kita ramai tetapi kita hanya sebuah ilusi, dan ilusi sentiasa dikalahkan oleh realiti!
Muslim ilusi berdepan dengan Kristian realiti.
Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.
Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.
Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.

Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.

Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya hanya disebabkan oleh kuatnya dendam kesumat kita terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengiyakan apa yang YA di sisi kita, dan menidakkan apa yang TIDAK di sisi kita. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Kita cekap mencari kelemahan orang lain, dan kita begitu berselera menjadikannya sebagai hidang ‘kari daging busuk’ santapan harian.
Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.

Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa. Bukankah Allah telah menjelaskan di dalam al-Quran:

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [Al-Israa' 17: 7]
Ya, janji Allah itu benar. Kesudahan isu Palestin adalah kemenangan yang akan berpihak kepada umat Islam. Namun kemenangan itu adalah kemenangan bersyarat. Allah mensyaratkan bahawa gerombolan kemenangan kita yang bakal masuk ke bumi Palestin mestilah sebagaimana kumpulan umat Islam masuk buat pertama kalinya dulu. Renunglah ciri-ciri Rasulullah SAW dan sahabat. Renunglah ciri-ciri Umar dan tenteranya semasa masuk ke bumi Palestin dan ingatlah, selagi kita tidak masuk dengan cara kemasukan yang pertama, perjuangan kita hanya ilusi. Ilusi yang dengan mudah dapat dimusnahkan oleh sebuah realiti.
Ajarlah anak-anak kita siapa musuh mereka. Besarkanlah mereka agar menjadi mukmin sejati. Bersiap sedialah untuk menghantar anak-anak kita ke masa depan mereka yang jauh lebih mencabar. Ramai ibu bapa yang sudah berjaya menukar fitrah kanak-kanak itu sehingga mereka membesar sebagai Yahudi, Nasrani dan Majusi yang sejati. Sudahkah kita membesarkan anak-anak kita menjadi Mukmin yang realiti?
Keluarlah dari ilusi, dan jadilah Mukmin sejati. Kamu sedang disembelih oleh sebuah realiti

Scent of Palestine, Scent of Jannah

Read more...

Hukum boikot

oleh Mohammad Sya’rani Najmuddin

Khamis, 28 Mei 2009 (dewan kuliah B, tahun 3)


Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa: “”Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!”
Dalam tak sampai beberapa hari sahaja lagi, semua pelajar medic iskandariah tahun 3 bakal menghadapi peperiksaan mid sem, 7 subjects just to be done in one (1) day, huhu. Gilo apo!… memang gila dibuatnya, lagi-lagi orang macam aku nie… assignment to be presented untuk minggu nie saja dah 3 kesemuanya, ditambah dengan exam practikal anatomy, quite tough haa, medic…medic… bak kata Prof. 7aala, “if I’m a student like u under this programme, I’ll leave this college!!” haha!
Rupe-rupenyer professor pon sependapat ngan aku, hehe! Tapi mungkin bagi sesetengah orang, it’s not a big deal lah! Respect aku pada orang yang still boleh tolerate this situation. Bak aku kate, Rambut sama hitam, tapi perangai macam-macam, pemikiran pun ada laa yang gah, ada juga laa yang kelam. Kita berbeda, kita tak sama, tapi hati kita tetap beriringan jua, hanya pada yang Esa…. Maka Palestine evergreen laa wadah untuk semua, betul tak kawan-kawan? hehe! Semangat bila bincang bab Palestine! Terharu rasanya bila melihat pelajar-pelajar di bumi Iskandariah support program-program yang berbentuk sebegini, nampak sungguh kesatuan yang dibina atas nama ISLAM, isk-isk!…..

Maka dalam sibuk-sibuk prepare for this coming exam, dalam gelabah-gelabah menyiapkan assignment, datanglah satu lagi taklifan buat diriku nie, kene pula bagi talk kat depan kuliyah, terima kasih laa epan!!
“Syak, ko kene bagi talk nanti tau hari khamis nie untuk Palestin program, ko nak tajuk ape? Alaa, ko amik jek laaa hukum boikot, ok??”…. dengan tetibe si erfan memberi cadangan yang cukup menarik, haiH~….” erKK!! Terkezut aku dibuatnya…. Hati kecil pun gundah gulana, macam mana nie nak cakap depan orang ramai, cakap depan section sendiri(bachelor jek pon, no girl) pun masih lagi nervous, palpitation, maklumlah, aku nie type A person, huhu! Sedang enak melayan perasaan hati, tiba-tiba epang menyentap, ”kau kene gak, perempuan pun nanti kena bagi gak, malu jek perempuan boleh buat, ko tue laki!!” erK!!(marra taania)…. “Erm, yer lah, yer lah….isk2!” pandai ko main ayat kan epan, cis(x100), aku terima seadanya….
Bukannya keinginan diri ini untuk melepaskan amanah yang diberikan, tapi pada hari yang sama, exam anatomy menanti. Apa yang sempat aku cari, itulah yang dapat aku sampaikan. Ma3alesy rakan-rakan. Tapi ada orang kata, buat kerja biarlah ikhlas, nak seribu daya, tak nak berjuta pula dalihnya. Berbalik kepada point-point yang ingin aku sampaikan semalam, sebenarnya ada 2 atau 3 isi yang tak terpacul dengan asbab gelabah, haha! Tak mengapalah, aku akan cuba terangkan kembali apa yang termampu.


BOIKOT. Menurut Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi, presiden ulama sedunia pada tahun 2003 kalau tak silap, pernah menyatakan atau berbincang mengenai perkara yang amat berkait rapat dengan ummat Islam kini. Beliau ada menyatakan bahawa setiap satu(1) riyal (kalau kat sini, segenih kire sama laa tuh yer) untuk anda membeli produk-produk Israel, adalah bersamaan dengan sebutir peluru yang akan merobek atau menembusi saudara seIslam kita di bumi Al-Quds palestin. Sheikh juga ada menyatakan kekesalannya terhadap ummat kini yang menyatakan tidak dapat untuk meneruskan kehidupan tanpa kebergantungan terhadap produk-produk Amerika/Israel. Memang perkara ini seringkali menjadi persoalan dan mainan hidup dalam diri setiap daripada kita.
Manakan tidak, sejak dari kecil lagi, kita kurang diberikan nilai-nilai yang boleh diterapkan untuk menolak unsur-unsur Israel, malah kita lebih-lebih lagi disogokkan pula dengan perkara-perkara seperti ini. Kalau nak makan, wajib masuk KFC, wajib masuk McD. Kalau malas masak, delivery pon best juga, tekan sahaja 7552525, tuk tuk tuk pintu diketuk,” pizza hut is coming!!”. Jika kehausan, “coca-cola satu jag eh, ana tak main syai bi halib nie…” tak Amarika khabarnya. Perkara-perkara seperti ini memang kerap sekali berlaku disekeliling kita tanpa kita sedari. Ya, Yahudi Zionist sudah Berjaya, kerna si Muslim telah terkena!!


Apa lagi yang diperkatakan syeikh? Beliau juga ada menyatakan tentang jihad fii sabiilillah untuk kita yang terang-terang tidak berada dibumi Palestin. Kata beliau, Al-quran ada menegaskan bahawa, jihad yang dimaksudkan adalah dengan HARTA dan JIWA. Maka bagi kita yang tidak mampu untuk menggalas senjata, yang tidak dapat menyumbang jiwa(sanggup ker?), maka tiada pilihan lain bagi kita untuk melepaskan diri dari dipersoalkan di akhirat kelak, melainkan berjihad dengan harta. Cukup banyak saluran-saluran yang boleh kita gunapakai untuk menyumbang wang genih(akhir program rasanya ada kutipan derma untuk warga palestin, maka sila-silalah yer berjihad. Apa? Tak nak…. Tak nak tak per, ramai lagi yang boleh menyumbang, Allah tak perlukan kamu sebab Dia mampu untuk mencipta segolongan ummat yang sangat sayang kepada agamaNya), pakaian boleh (bagi laa yang paling kamu sayang yer, yang dah jadi kain perca buat alas kaki sudahlah) dan macam-macam lagi. Dan menurut sheikh juga boikot industry-industri yang menyumbang kearah Israel juga adalah salah satu bentuk jihad harta. Penekanan ke atas ekonomi yang dibuat, boleh menjatuhkan sesebuah Negara. Maka jangan dipandang enteng perkara-perkara kecil seperti ini, walaupun hanya rubu3 genih, atau mungkin nus genih kamaan, mampu merubah segalanya.


Memang tidak dinafikan, telah banyak peralatan moden electronic yang dicipta oleh si kafir harbi ini digunakan oleh ummat islam itu sendiri. Nokia, Microsoft, window software, dan macam-macam lagi. Nak kene buang ker semua-semua nie? haiH~…. Seksa juga memikirkannya. Sedarlah ummat sekalian, kita sudah jauh ketinggalan di belakang barat, tak kan masih lagi mahu melayan angan-angan kosong, bersuka-ria kesana kemari (tak salah, tapi biarlah berlandaskan syara3), kita kena bersatu, bangkitkan ekonomi Islam, jadilah seorang yang multi-profesionalnya. Dalam setiap seorang, bukan sahaja doctor, malah boleh jadi seorang ustaz/ustazah, boleh menjadi engineer, dan sebagainya.
Apabila berbicara bab boikot, perkara nombor satu yang kita lihat adalah produk-produk makanan, alat-alat electronic, malaabis2 dan segala bentuk zahiriah yang boleh dilihat melalui ‘naked eye’. Jarang-jarang sekali untuk kita fikirkan jarum-jarum halus yang telah sekian lamanya bertapak di dalam diri kita. Lihat sajalah movie-movie di laptop atau desktop masing-masing, penuh dengan agenda Israiliyat (bukan movie sahaja, banyak lagi…boleh fikir sendiri). Aku tak terlepas, jauh lagi agaknya….. huhu!… kalau movie yang boleh mendidik jiwa tak mengapa, ini yang berbentuk porno memang asyik di layan, nafsu…. Makin dilayan makin semarak lah ia. Macam kulit yang sedap digaru apabila gatal dek diganggu sang sarcoptes scabiei , makin digaru makin rancak dibuatnya, tahu-tahu sudah melecet, merebak ke bahagian kulit yang lain, makin teruk!! Nasib baik ada acaricidal lotion. Kalau nafsu? Al-quran dan sunnah laa lotionnya. Itu pun jika karat-karatnya masih belum melarat, kalau dah hitam menebal tue, na3uzubillah….

Sebelum mengakhiri kalam, aku nak menyeru kawan-kawan sekalian, marilah sama-sama kita berjihad di jalan Allah. Didik jiwa kita, jika tak mampu untuk melakukan semua, jangan ditinggalkan kesemuanya, sekadar yang termampu mengikut level diri masing-masing, yang penting kita cuba. Walaupun sekecil zarah kebaikan yang dilakukan, Allah swt tetap akan membalasnya.
Rasanya sudah cukup setakat ini, macam dah terlebih pula, hehe!… makanya, elakkanlah diri kita dari perkara-perkara barat yang batil terlebih dahulu, untuk lebih mudah kita menjalankan boikot keatas Israel dan sekutu-sekutunya. Tingkatkan kemahiran diri dalam setiap aspek, supaya islam itu bukan hanya terletak pada puasanya, bukan hanya pada solatnya, bukan juga pada rukun Islam dan iman yang lain, tetapi Islam itu adalah menyeluruh, cukup sempurna untuk dianuti oleh setiap genap lapisan masyarakat dunia. Huministic, you are responsible for every actions’ done by ur ownselves (betul tak nie, haiyyaaa!!). okieslah rakan-rakan, hehe! =P
Salam imtihan sume, rabbana yusahhilna insyaAllah~


Scent of Palestine, Scent of Jannah

Read more...

Boikot – Perlu ke?

oleh Nurul Ain Farhan binti Md Ali

Rabu, 27 Mei 2009 (dewan kuliah B, tahun 3)


Kita memang perlu boikot. Memang ada dalam kalangan kita yang berpendapat bahawa kalau kite boikot, bukan boleh affect ape pon - setakat beli Cadbury yang harganya LE0.50, mana cukup untuk Israel beli peluru dan tembak anak2 kecil Palestin yg x berdosa tuh kan?... Memang ada benarnya fikrah begini, namun, andai kita amati contoh yg sudah terang lagi bersuluh dalam kisah seekor burung yg cuba memadamkan api yg marak menyala membakar Nabi Ibrahim, kita akan dapati kita sebenarnya tidak berpijak di bumi yang nyata.

Burung tersebut membawa air dgn paruhnya sahaja, berulang2 kali tanpa henti. Walaupun mengetahui usahanya itu memang cukup kecil dan tidak mampu memadamkan api yg begitu besar, burung tersebut tetap melakukannya. Mengapa? Ini adalah kerana, andai di akhirat kelak Allah menanyakannya, apakah kebaikan yg telah kamu lakukan di dunia, sekurang-kurangnya burung tersebut boleh menjawabnya dan berkata “aku telah berusaha dlm melakukan kebaikan dgn mencuba menyelamatkan hambaMu”…

Cuba kita aplikasikan ceritera ini ke dalam realiti kehidupan kita dewasa ini. Andai kita memboikot barang2 keluaran Yahudi la3natullah dan konco-konconya itu, walaupun ianya hanyalah sepaket coklat Cadbury yg kecil berharga LE0.50 ataupun secawan aiskrim mini Nestle berharga LE2.00mahupun sebotol Fanta Oren nilainya LE0.75, namun apabila Allah mempersoalkan kita di akhirat kelak “apakah usaha yg telah kamu lakukan untuk membantu saudara-saudaramu di Palestin?”, maka kita dgn tenangnya boleh membuka mulut dan menuturkan : “aku telah menahan nafsuku dan jua tanganku daripada membeli barangan yg menjahanamkan dan membunuh saudara-saudaraku di Palestin”…

SCENT OF PALESTINE, SCENT OF JANNAH


Read more...

THE CHILD AND HER DIARY

Monday, 1 June 2009

She wrote in her diary every night
When bullets passed by her window… she wrote
When Israeli soldiers killed her mother she wrote
She wrote of the horrors she sees
And the nightmares of flames and destruction
She the Palestinian child
Writes in her diary every night
To ease her enormous pain
To sedate her fears and nightmares

That little Palestinian child
Had died while writing in bed
From Israelis bulldozing her home
And now she lies in her tomb
Forgotten…as if she never existed
But her diary will carry on
The suffering of every Palestinian child
And now on her tomb Israeli children play
And sing with no worries of tomorrow
Where she once lived is confiscated
What are left from her family are refugees

And we continue to support Israel
With 10 million dollars a day!
And we continue to say
All humans are created equal

But continue to send to Israel
10 million dollars a day!

Read more...

الحلم العربي

Thursday, 28 May 2009



TRANSLATION

Our dream will live in the hearts of generations after generations.
And what we say today will be our life-long commitment.

Chorus:
Perhaps the darkness of the night will distance us,
But the light's rays can reach the furthest sky.
This is our dream, for all our lives, an embrace to enfold us, all of us.

The dream is not impossible, so long as its fulfillment is conceivable.
And if the night becomes long, definitely afterwards there will be dawn.

Live up to all that you are, even when the truth is the difficult path.
Try, and you shall arrive; the dignity of the attempt will suffice.

Prove yourself to your own Time; believe in your ambitions, you will succeed.
Let your eyes see the truth, and the truth will be seen by others.

Challenge the world and revolt, and learn to remain courageous.
The journey of a thousand miles, starts with a single step.

Justice needs strength, so that you can protect it.
Never, by rhetoric and complaints, will the rightful land return.

Love has fire and spark, and eyes filled with hope.
Children, with stones in their hands, will reinvent the world.

From anywhere in the world, we speak the Arabic language.
And in the loudest voice and heartbeat, we call unity a rebirth.

Our children everywhere, are the light of the nations' eyes.
Fairness, Love, Goodness ... , are our message for all Time.

Sing and say with us: Art is aspiration and success.
From sadness, we create joy, from our thoughts, a path and a life.

A word of truth in a song, is spoken and passes in a second;
Perhaps after years, it may change the world with it.

Let the songs be true, and plan your time for action.
Love will find a door for all the closed paths.

The song cancels borders, and the heart is its nation;
As long as we live, we'll sing; as long as we can, we'll love.

Love is not by words, but by actions and feelings.
Be a light, a smile, a song, and a guide for the paths of others.

Our dream, for all Times, is the unity of all nations.
All the disagreements will disappear; it is enough that you are human.

Your art is your homeland in the exile; you'll find the proof wherever you go.
Sing of people and friendship, you'll find the world to be beautiful.

Love, in all the world's languages, and condense the years into seconds.
The bird's destiny is to fly, and our destiny is to sing these songs.

We hope the dream will become real, and break all hardened silences.
It is not too much for the truth to be bright, even while they call it foolishness.

The tree was a seed, and the story was an idea.
And since we love and dream, we'll reach the path of tomorrow.

[words printed in the video...]
The seed began with a vision ...
and the vision was a dream ...
A dream ... ended with a touchable reality
Operetta ... The Arab Dream
23 Arab dreamers participated in the singing ...
They came together from the Atlantic Ocean to the Arabian Gulf.
95 performers, in love with the dream, fulfilled the dream
... and the dream continues

SCENT OF PALESTINE, SCENT OF JANNAH

Read more...

SEMARAK

Tazkirah ringkas oleh saudara Tengku Muhammad Fakhruddin sedikit sebanyak mengupas karya Dr. Majid Irsan Kaylani, Kebangkitan Generasi Salahuddin Dan Kembalinya Al-Aqsa Kepangkuan Islam.
Sebiji karipap, intinya memanglah sedap apabila dimakan begitu sahaja, kulitnya apatah lagi rangup sekali, akan tetapi bukanlah karipap namanya. Hal ini terjadi di zaman lalu, apabila institusi pemikiran Islam menjadi institusi yang bercirikan perpecahan, yang membawa kepada penjurusan hanya ke atas sesuatu ilmu yang tertentu, seperti aqidah, ibadah, akhlak dan tasawwuf, lantas membawa kepada ketaksuban terhadap sesuatu mazhab dan menggalakkan perselisihan antara bidang.
Penyatuan semula ilmu-ilmu tersebut oleh Imam al-Ghazali memakan masa lebih kurang 100 tahun untuk memberi impak paling maksima, yakni melahirkan semula generasi Salahuddin yang telah menguasai Jerusalem. Perkara yang ingin dikaitkan di sini adalah, untuk membawa perubahan, tidak hanya bergantung kepada semangat yang membara sahaja, namun cara pemikiran adalah yang paling utama.
Isu Palestin yang ditekankan selama berdekad ini, bukanlah satu-satunya isu dalam hidup kita, namun puluhan lagi yang sedang terjadi di sekeliling kita. Di Pattani, Filipina dan Pakistan misalnya, masih banyak lagi perkara yang kita sendiri pun terlepas pandang. Saya juga tidak terkecuali.
Bagi membina insan kritis, kita tidak boleh hanya bergantung dengan pembacaan ilmiah seperti buku perubatan yang mungkin sudah dihafal jumlah muka suratnya, namun pembacaan yang menjana pemikiran juga diperlukan, agar mampu melahirkan cara pemikiran baru yang lebih mantap.
Bak kata Kudin (nama manja), semangat yang ada ini janganlah menjadi seperti sebotol air Coca Cola (boikot ye kawan-kawan), apabila digoncang, berbuih. Namun sekejap sahaja. Kemudian lenyap.
Biarlah rasa empati ini terus utuh di sanubari.
.:Scent of Palestin, Scent of Jannah:.

Read more...

KHUTBAH SELASA

Wednesday, 27 May 2009

Masing-masing tertunduk sepi mendengarkan khutbah yang disampaikan saudara Presiden PCI, Mohd Hafidzudin Abd Razak. Terpana mungkin, atau terbang ke Palestin jauhnya.

Bersama ini disertakan sekali teks khutbah saudara Presiden untuk mengingatkan kita kembali kepada rentetan berdarah di tanah Palestina. Dengan sedikit masa yang diluangkan untuk mengambil berat akan perihal saudara kita di Palestin, insyaAllah besar pula ganjarannya, wallahua’lam.

”Nescaya kamu akan dapati , manusia yang sangat tinggi kadar permusuhan mereka terhadap orang – orang yang beriman ialah Yahudi dan orang – orang yang menyekutukan Allah ( Musyrikin )” .
Al Maaidah : Ayat 82

SadaqAllah Al-‘Adzim.
Benarlah Firman Allah SWT, sesungguhnya amat zalim dan kejamlah perlakuan orang-orang Israel ini terhadap saudara kita di Palestin sana. Menangislah hati ini sekiranya diperhatikan satu demi satu penghinaan yang dilakukan mereka.

Rakan-rakan, ingatlah, sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah bersaudara. Mereka memerlukan bantuan kita. Jadilah Muslim yang proaktif, yang meletakkan titik mula di dalam diri sendiri.

Sesetengah kita sudah mula bertindak dengan memboikot contohnya, anda bagaimana?


UMAT PALESTIN DI GAZA TERUS MENDERITA


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِأَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Mimbar kali ini ingin mengambil perhatian muslimin sekalian kepada nasib umat Islam Palestin yang sehingga kini terus menderita sejak hampir 60 tahun .

Oleh kerana itu kami mengharapkan agar para ahli hadirin sekalian memberi perhatian dan mendengar dengan penuh tumpuan terhadap mesej khutbah penting yang akan disampaikan pada hari ini.

Kesan dari Khutbah ini kami mengharapkan agar suatu kesedaran dan keinsafan yang mendalam tercetus dikalangan semua kaum Muslimin dan dengan itu bertindak untuk membela nasib saudara kita di Palestin sekaligus membebaskan Masjid Al-Aqsa yang menjadi tuntutan ke atas setiap kaum Muslimin..

Sidang hadirin yang dirahmati Allah ,

Untuk kesekian kalinya kita maseh terpaksa membicarakan suatu isu kemanusiaan yang telah berpanjangan dan menjadi titik hitam pada wajah umat Islam iaitu persoalan Palestin dan Baitul Muqaddis yang terus diceroboh dengan biadab oleh Yahudi Zionis.

Marilah kita mengingatkan diri kita bahawa ketika kita mengingatkan tarikh 31 hb Ogos 1957 sebagai hari kemerdekaan Negara , pada 31 hb Ogos 1897M merupakan tarikh Persidangan Basel, Swisszerland iaitu permulaan kepada sejarah tercetusnya gerakan untuk menubuhkan sebuah Negara untuk umat Yahudi . Ini diekori dengan Deklarasi Balfor untuk merealisasikan hasrat ini. Pada 1948 negara Israel diistiharkan yang didokong sepenuhnya oleh Amerika Syarikat.

Dari saat itulah Israel menjadi sebuah kuasa proksi Amerika Syarikat . Dalam peperangan 1967 antara tentara Arab dan Israel , tentera Israel telah menguasai Baitul Muqaddis yang telah mengakibatkan tanah Palestin dirampas dengan zalim dari rakyat Palestin. Ekoran itu proses ”pengYahudian” bumi Palestin dilancarkan oleh Israel.

Sebagai hasil gerakan Zionis Yahudi ini , sekarang bumi Palestin telah dicerobohi oleh 6 juta orang Yahudi sementara 5 juta rakyat Palestin sendiri menjadi pelarian di sekitar negara-negara di Timur Tengah . Sebanyak 80 kem pelarian kini menampung 1 juta pelarian Palestin di Jordan , Lebanon dan Syria.

Sidang hadirin Yang dirahmati Allah ,

Selama lebih 60 tahun , ummat Islam Palestin hidup di medan peperangan . Mereka berada di tengah – tengah kekejaman penjajah durjana Israel laknatullah. Mereka di tindas dan dizalimi tanpa simpati .

Orang – orang tua mereka diusir keluar dari tanahair , lelaki mereka dikelar dan ditembak mati , wanita mereka diperkosa dan dibelah perutnya . kanak – kanak mereka diletupkan , rumah kediaman mereka dibakar dan kampung halaman mereka dimusnahkan .
Yahudi mencabul Masjidil Aqsa , meletupkan pejuang – pejuang Islam dan pemimpin mereka biarpun mereka sedang mendirikan solat tanpa senjata .

Pemimpin dan ulama’ besar Palestin seperti Syeikh Izzudin Al Qassam , Syeikh Ahmad Yassin , Dr. Abdul Aziz Ar Rantisi dan lain – lain telah menemui syahid dihujung senjata Yahudi Laknatullah.

Para mujahid dan pemuda – pemuda Islam yang mahu hidup mereka merdeka, ditangkap dan dikurung puluhan tahun lamanya , dalam bilik kurungan yang sempit dan serba gelap .

Mereka diperlakukan laksana binatang , bahkan binatang lebih berhati perut berbanding yahudi laknatullah .

Mari kita renungkan angka yang menyedihkan ini. Di saat ini sepertiga kanak-kanak Palestin dinafikan hak pendidikan , kurang dari 14% kanak-kanak Palestin yang dapat menghabiskan persekolahan di sekolah , kurang dari 9% tamat persekolahan diperingkat menengah. Kini 73% rakyat Palestin sedang menganggur.

Manakala jumlah rakyat Palestin yang hanya makan satu kali sehari ialah 46%. Seorang doktor terpaksa merawat 1,700 pesakit.

3 juta rakyat Palestin menjadi banduan di penjara terbesar di dunia apabila mereka di kepung oleh tentera Israel di Palestin dengan tembuk sepanjang 720 km dan 8-12 meter tinggi . Lebih 11,000 rakayat Palestin dipenjarakan di Israel . Ada yang dipenjara sehingga 30 tahun.

Puluhan lokasi pemeriksaan yang didirikan oleh tentera Israel telah meningkatkan penderitaan rakyat Palestin. Ini termasuk wanita Palestin yang melahirkan anak di stesen pemeriksaan Israel kerana disoalsiat sehingga mereka yang sarat hamil melahirkan anak ditempat pemeriksaan tersebut. Ada juga laporan pesakit dalam ambulan akhirnyanya mati dalam ambulan kerana disekat oleh tentera Israel atas nama pemeriksaan rapi.

Keadaan hidup rakyat Poalestin sangat menyedihkan . Ada yang terpaksa hidup dalam kem pelarian yang tiada bekalan air bersih ,ubatan , makanan dan sanitasi yang sempurna.

Mereka hidup dalam keadaan yang sangat tertekan dan terus menderita. Sudah puluhan tahun mereka tidak diberi hak untuk pulang ke tanah air Palestin. Sehingga kini 8,250 buah rumah rakyat Palestin dihancurkan dan mereka dihalau keluar dari tanah air mereka sendiri. Sebanyak 18,031 rumah hancur semasekali di Tebing Barat dan Gaza.

Demikian kezaliman dan kekejaman Israel . Tepat seperti yang digamnbarkan dalam Firman Allah S. W.T,
”Nescaya kamu akan dapati , manusia yang sangat tinggi kadar permusuhan mereka terhadap orang – orang yang beriman ialah Yahudi dan orang – orang yang menyengutukan Allah ( Musyrikin )” .
Al Maaidah : Ayat 82

Sidang hadirin yang di rahmati Allah .

Dalam perkembangan yang terbaru , regim Israel terus meningkatkan kezalimannya terhadap umat Islam di Palestin . Regim Israel yang didalangi Amerika Syarikat telah menutup terminal Rafah pada 9 hb Jun 2007 iaitu pintu masuk di sempadan antara Israel dan Mesir.

Tindakan Israel ini telah menghalang rakyat Palestin yang berada di Mesir untuk balik ke Palestin melalui pintu sempadan Rafah itu . Akibatnya ribuan rakyat Palestin terperangkap di Mesir yang menyebabkan anggota keluarga terpisah antara satu sama lain. Mereka terpaksa menumpang di sekolah , masjid , rumah dan ada yang tingal dibawah pohon di padang pasir..

Dakwaan Israel tindakan ini adalah untuk menghalang golongan pejuang Palestin dari mendapat bantuan dari Mesir. Sehingga ini HAMAS , Mesir dan badan antarabangsa dan PBB serta Badani Palang Merah Antarabangsa sendiri telah mendesak Israel untuk membuka sempadaan Rafah bagi membolehkan rakyat Palestin pulang ke Gaza.

Akan tetapi jika pun ada yang dibenarkan pulang, ternyata tentera Israel dijangka akan mengambil kesempatan menahan mereka yang didakwa pejuang Palestin bila mereka sampai di sempadan. Yang nyata ramai lagi yang sakit dan tua tidak dapat pulang ke Gaza.

Sehingga saat ini, hanya 700 orang sahaja dari 6,000 orang yang tersadai di Mesir yang dibenarkan pulang ke Gaza . Mereka dibenarkan pulang melalui sempadan di al-Oja , Utara Sinai yang dikawal kerajaan Mesir dan Israel . Proses kebenaran pulang ke Gaza ini disyaratkan melalui saringan yang ketat oleh kerajaan Mesir dan Israel.atas alasan untuk memastikan tiada pejuang Palestin yang terlepas masuk ke Gaza.

Malangnya sehingga hari ini , tiada bantuan dan tiada usaha mendesak Israel agar membuka semula sempadan di Rafah. Penderitaan mereka yang terperangkap di Mesir semakin meruncing dan menuju kepada keadaan krisis kemanuasiaan yang parah. Sehingga kini hanya golongan Ikhwan Muslimin sahaja yang bekerja keras untuk membantu mereka yang tersepit


Pada hakikatnya tindakan Israel itu adalah untuk menghukum rakyat Palestin di Gaza yang telah menyokong Hamas dalam pilihanraya yang lalu. Sehingga ini kepungan ekonomi dan politik yang dilancarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat ke atas kerajaan Palestin dibawah HAMAS telah mengakibatkan kakitangan kerajaan tidak dapat dibayar gaji , perniagaan terbantut dan menteri-menteri kerajaan HAMAS menjadi sasaran Israel.

Sidang hadirin yang dirahmati Allah ,


Persatuan Ulama’ Dunia ( al Ittihad al A’lami lil ulama’ al muslimin ) telah mengusulkan kepada negara – negara ummat Islam agar membantu ummat Islam dan kerajaan HAMAS yang dipilih secara demokratik dalam menghadapi pemboikotan yang yang dilancarkan oleh musuh – musuh Islam durjana.

Ketua Kesatuan Ulama’ Dunia , Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa yang menegaskan , wajibnya ummat Islam menghulurkan bantuan kepada Palestin.

Sementara itu , Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin Dr. Khalil Ismail al Hayya , telah memohon sumbangan jihad dari seluruh ummat Islam dan melancarkan kempen 1 Dolar Amerika,bersamaan ( RM 3.60 ) setiap individu muslim dalam kempen menangani pemboikotan kuffar antarabangsa terhadap ummat Islam Palestin .
Jua untuk mengatasi kesengsaraan dan ancaman kebuluran yang sedang dihadapi oleh ummat Islam Palestin .

Justeru itu sidang hadirin sekelian , melalui suara mimbar yang mulia ini saya melancarkan infaq fi sabilillah untuk saudara sumbangkan buat saudara seagama kita di palestin .

Berbekalkan kesedaran dan keinsafan yang tinggi untuk mengangkat martabat Ummah di mata dunia , demi membebaskan Masjidil Aqsa dari cengkaman Yahudi laknatullah , demi kedaulatan syiar dan syariat Allah di bumi Palestin dan pastinya jua , demi menyelamatkan insan beriman dari kesengsaraan dan penderitaan yang berterusan , maka pastikan tiada seorang pun muslimin sidang hadirin hari ini , meninggalkan masjid tanpa menyumbang dan menghulurkan Infaq fi sabilillah .

Marilah kita tunaikan hak persaudaraan kita , sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah saw :

تَوَادِّهِمْ وَ تَعَاطُفِهِمْ وَ تَرَاحُمِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ مَثَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ فِيْ
إِذَا اشْتَكَى مِنْهَ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرَ الْجَسَدِ بِالسَّهْرِ وَ الْحُمَّ. اْلوَاحِدِ

Maksudnya : Perumpamaan orang – orang beriman dalam kasih sayang mereka , hubungan naluri mereka dan persaudaraan mereka seperti satu jasad . Apabila satu anggota terasa sakit, maka seluruh anggota turut berjaga dan terasa sakit .


بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْز َالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

p/s: Doakan mereka di sana.

.:Scent of Palestin, Scent of Jannah:.



Read more...

Kenapa Perlu Boikot Israel & Sekutunya?

Monday, 25 May 2009


Credit: syumul_lillah@yahoo.com

December 1, 2008

Boikot kepada produk dan perniagaan Israel dan sekutunya adalah merupakan usaha kita sebagai pengguna untuk memilih keperluan yang sentiasa menjurus kepada terhapusnya kekejaman dan kezaliman Israel terhadap bangsa Palestin.

Usaha tersebut harus dilihat sebagai salah satu langkah protes secara aman dan adil, justeru memberi tekanan di peringkat antarabangsa terhadap rejim teroris Israel sepertimana yang pernah dilakukan oleh mesyarakat dunia terhadap rejim aparthied Afrika Selatan dengan jayanya.

Adakah kita memboikot semua kaum Yahudi?





Tidak. Usaha boikot tidak sekali-kali ditujukan kepada agama mahupun etnik tertentu. Boikot hanya ditujukan kepada entiti perniagaan yang secara langsung dan jelas menyokong, terlibat atau membantu penindasan terhadap Palestin.

Kita tidak membezakan antara penyokong Israel - sekiranya sebuah perniagaan yang dimiliki seorang Muslim dengan jelas menyokong kekejaman Israel, ia perlu diboikot sama sepertimana entiti perniagaan yang lain.

Apakah boikot satu tindakan yang adil dan dibenarkan?

Dewan Perniagaan dari seluruh pelusuk dunia, termasuk UNISON, iaitu dewan perniagaan terbesar di United Kingdom dengan keahlian sebanyak 1.4juta mengesyorkan tindakan boikot terhadap semua produk Israel. Pertubuhan Kristian, termasuk Christian Aid, telah bersatu dalam usaha boikot ini, malahan mereka menyeru kepada pemansuhan perjanjian perdagangan Eropah-Israel. Beberapa pertubuhan Yahudi seperti B’Tselem dan Gush Shalom telahpun melancarkan usaha boikot mereka sendiri kepada produk Israel.

Bagi masyarakat Islam, tokoh-tokoh Ulama terkenal dari berbagai latar-belakang menyokong usaha ini dan memberi fatwa yang jelas terhadap tindakan boikot ini. Antaranya, Sheikh Yusuf al Qaradawi berkata:

"Setiap riyal, dirham… yang digunakan untuk membeli produk mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru yang digunakan untuk menembak saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh itu, adalah menjadi kewajiban untuk tidak sekali-kali membantu (musuh Islam) dengan membeli produk mereka. Membeli produk mereka adalah menyokong tirani, penjajahan dan kekejaman."

Benarkah perniagaan atau produk tersenarai menyokong Israel? (supaya mereka tidak teriniaya)

Ramai dari kita yang sememangnya ingin turut menyokong usaha boikot Israel, tetapi ragu-ragu dengan maklumat berkenaan syarikat atau produk perniagaan yang tersenarai. Ini merupakan salah satu sikap yang terpuji, lebih-lebih lagi kita sebagai orang Islam seharusnya meneliti setiap maklumat yang diterima sebelum bertindak.

Innovative Minds mengambil inisiatif menjalankan kajian menyeluruh untuk memastikan maklumat yang diberi tidak membawa unsur fitnah dan penginiayaan. Setiap maklumat yang disebarkan disertakan bersama rujukan berkaitan, supaya anda sendiri dapat memastikan fakta tersebut dan memahami bagaimana mereka terlibat menyokong Israel.

Bukankah mana-mana produk juga menjurus kepada Israel?

Benar, dalam situasi umat Islam lemah tidak bermaya, ekonomi dan politik dunia dikuasai oleh mereka yang mempunyai kaitan dengan Israel dan sekutunya. Situasi ini umpama barah yang menyerang dan mencemar saluran darah kita, yang mana ianya boleh sampai ke seluruh badan.

Tapi apakah kita masih ingin mencari alasan, semata-mata kerana kita seperti tidak lagi terdaya melawan barah tersebut? Syarikat perniagaan yang tersenarai adalah merupakan penyokong kuat kepada Israel, yang sentiasa mendapat pujian dan anugerah kepujian atas sokongan mereka. Sekiranya kita berjaya mengurangkan kekuatan ekonomi syarikat tersebut, dan beralih kepada syarikat atau produk alternatif, InsyaALlah mereka akhirkan akan lemah juga.


Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri?

Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.

Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.

Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.

Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald’s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?

Harus diingat, syarikat-syarikat besar dari luar yang beroperasi di negara-negara Islam tidak membawa manfaat ekonomi kepada kita melainkan eksploitasi terhadap kelemahan kita. Lihatlah bagaimana Delta Galil, sebuah syarikat membuat pakaian yang dipasarkan dengan jenama GAP, Banana Republic, Calvin Klien, BOSS, M&S, DKNY dan berbagai lagi. Syarikat ini membina kilang-kilang di Jordan, Mesir dan juga Palestin. Sikap mereka yang hanya mengeksploitasi pekerja tempatan begitu teruk sekali, sehinggakan Sweatshop Watch (www.sweatshopwatch.org) melabelkan mereka sebagai “Sweatshop Czar.” Adakah merugikan kita jika syarikat-syarikat seperti ini mengangkat kaki meninggalkan tanah air kita yang subur dan bertuah ini?


Apakah usaha ini akan berjaya?

Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot - McDonald’s.

McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.

Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.

Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.

Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin.


Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.

Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel.

Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel.

Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.

Apakah usaha boikot benar-benar akan dapat memberi kesan kepada ekonomi Israel?

Sejak tahun 2002 lagi, ekonomi Israel telah menuju keruntuhan tanpa tanda-tanda pemulihan walaupun begitu banyak dana dasalurkan dari US. Pada bulan Oktober 2002, Sharon memohon USD10bilion sebagai bantuan kecemasan. Inflasi Israel sangat tinggi, sehinggakan angka rasmi mencecah 4 kali ganda sasaran asal rejim zionis tersebut. Cukai dinaikkan, begitu juga kos keperluan asas seperti makanan, perumahan dan minyak.

Israel sering dilanda piket umum sehinggakan semua penerbangan terhenti, siaran radio dan television terputus, pesakit tidak mendapat rawatan dan sampah tidak lagi dikutip.

Pelaburan dari luar kian meruncing. Mengapa? Dari tahun 1999 hingga 2001, pelabur-pelabur kerugian USD5bilion daripada pelaburan mereka berjumlah USD6.5bilion. Jadi, peniaga mana yang bersedia untuk melabur?

Dalam situasi terdesak seperti ini, sudah tentu usaha boikot tidak boleh dipandang remeh. Israel akan mengorek setiap sen untuk diraih - pastikan wang anda tidak sedikit pun sampai kepada mereka!!!

sumber : http://haluanpalestin.haluan.org.my/


~Scent of Filistine, Scent of Jannah~


Read more...

VOICE OF PALESTINE

Friday, 22 May 2009

Read more...

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP