KITA NI ISTIQAMAH TAK?

Saturday, 6 June 2009

Tafsir Al-Fushshilat, ayat 30:

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan “Rabb kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan memperoleh Syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”.

Maka peganglah janji Allah, kerana ia sesuatu yang pasti terjadi.
Pernahkah kita terfikir, mengapa Allah menyembunyikan redhaNya terhadap sesuatu amalan?
Dan mengapa Allah menyembunyikan kemurkaanNya terhadap sesuatu kemungkaran yang kita lakukan?
Maha Suci Allah dari segala perkara yang keji dan buruk, sesungguhnya ia adalah supaya kita tidak memperkecilkan sekecil-kecil amalan, dan tidak meremehkan sekecil-kecil maksiat.
Bak kata Syairazi Nuruddin Othman, (nama manja Syai),
contoh yang paling dekat, kotak tisu hijau yang sedang diedarkan itu, jika kita memasukkan hanya 4 keping duit kertas warna biru pun, mungkin amal itulah yang mendapat keredhaan Allah. Wallahua’lam.

Tapi macamana nak istiqamah?

1) Cari ilmu, kenali Palestin dan Al-Aqsa.
apa pentingnya Al-Aqsa untuk kita? Kenapa peristiwa Isra’ Mi’raj dari Mekah ke Al-Aqsa baru naik, kenapa bukan terus naik dari Mekah? Dan banyak lagi perkara-perkara lain yang mengaitkan Al-Aqsa dan Palestin dengan Islam.

2) Cari rakan-rakan yang istiqamah, supaya kita sentiasa dalam mood untuk berjuang.

3) Hayati, pelajari dan ambil pengajaran daripada sirah tokoh-tokoh yang istiqamah, contohnya Salahudin Al-Ayyubi yang Berjaya membuka tanah Palestin.

4) Kawal nafsu. Seperti contoh, semasa pulang dari kuliah, apabila kita memandang kepada bangunan KFC yang tersenyum menawan bagai menjemput kita masuk dan mengisi perut yang berkeroncong itu, hendaklah kita menundukkan pandangan supaya tidak tergoda.

5) Dan berdoalah. Supaya usaha kita diberkati dan dibantu Allah, insyaAllah berhasil walaupun mungkin lewat sedikit.

P/s: Teruslah berjuang untuk Islam di seluruh dunia, Palestin terutamanya. Moga Tuhan memberkati usahamu.


Scent of Palestine, Scent of Jannah.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP