SIAPA MUSUHMU?

Friday, 5 June 2009

Hasil budi Anas Mat Asis, terima kasih ye.

Kisah pengusiran Bani Nadhir dalam surah Al-Hasyr

Firman Allah dalam ayat 2 surah al-Hasyr

هو الذي أخرج الذين كفروا من أهل الكتاب من ديارهم لأول الحشر ما ظننتم أن يخرجوا وظنوا أنهم مانعتهم حصونهم من الله فأتئهم الله من حيث لم يحتسبوا وقذف فى قلوبهم الرعب يخرجون بيوتهم بأيديهم وأيدى المؤمنين فاعتبروا يأولى الأبصر .
Maksudnya : Dialah (Allah) yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara ahli-ahli kitab dari kampung-kampung mereka pada saat pengusiran kali pertama, kamu tiada menyangka bahawa mereka akan keluar dan mereka pun yakin bahawa benteng-benteng mereka akan dapat mempertahankan mereka daripada siksaan Allah. Maka Allah mendatangkan kepada mereka hukuman dari arah yang tidak mereka sangka dan Allah mencampakkan ketakutan ke dalam hati-hati mereka, mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan-tangan orang-orang yang beriman.Maka ambillah kejadian itu untuk menjadi iktibar wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.


  1. Peristiwa pengusiran yahudi Bani Nadhir berlaku apabila Rasulullah s.a.w datang ke kampung mereka untuk meminta supaya membayar diat berhubung dengan ‘Ammar bin Umaiyah ad-Dhamri yang telah membunuh 2 orang dari kalangan bani Kilab di mana mereka sebagai rakyat dalam negara Islam yang telah berjanji untuk memberi sumbangan sekiranya berlaku perkara seperti itu. Rasulullah s.a.w pergi ke kampung tersebut bersama dengan beberapa orang sahabat. Setelah diberitahu tujuan kedatangannya maka bani Nadhir menyatakan kesanggupan mereka untuk menunaikan janji itu dan meminta agar Rasulullah s.a.w menunggu di tepi sebuah rumah dalam kampung itu bersama-sama dengan Sayyidina Abu Bakar dan para sahabat yang lain. Tiba-tiba orang yahudi itu telah membuat pakatan jahat untuk menggugurkan batu dari atas rumah di mana Rasulullah s.a.w berada.
  2. Malaikat Jibril telah diperintahkan oleh Allah supaya memberitahu kepada nabiNya tentang perancangan jahat itu. Setelah mendapat berita tersebut lalu Rasulullah s.a.w terus bangun dan terus pulang dengan segera ke Kota Madinah. Para sahabat yang masih tidak tahu perkara sebenarnya turut mengikuti baginda pulang ke Madinah di mana setelah tiba di sana lalu mereka bertanya perkara yang sebenarnya yang menyebabkan baginda pulang secara tergesa-gesa ke Kota Madinah sedangkan urusan mereka belum selesai. Rasulullah s.aw terus menjelaskan kepada para sahabat tentang perancangan jahat yahudi bani Nadhir yang ingin membunuhnya dengan menggugurkan batu dari atas rumah ke atasnya. Selepas itu nabi telah membuat tindakan segera dengan menghantar Muhammad bin Maslamah sebagai utusan untuk memberitahu Bani Nadhir bahawa mereka tidak dibenarkan lagi tinggal di Madinah.
  3. Tiba-tiba pemimpin munafiq Abdullah bin Ubai menasihatkan mereka supaya jangan keluar dari Madinah dan mereka hendaklah bertahan dan menentang habis-habisan di mana kaum munafiq mempunyai 2 ribu orang yang akan bersama yahudi bani Nadhir dalam kota bagi menentang Rasulullah s.a.w. Abdullah bin Ubai memberi jaminan bahawa kaum munafiq bersedia untuk mati bersama-sama yahudi bani Nadhir. Allah telah merakamkan pakatan ini dalam ayat 11 surah al-Hasyr :

ألم تر إلى الذين نافقوا يقولون لإخوانهم الذين كفروا من أهل الكتاب لئن أخرجتم لنخرجن معكم ولا نطيع فيكم أحدا أبدا وإن قوتلتم لننصرنكم والله يشهد إنهم لكذبون .
Maksudnya : Apakah kamu tidak memerhatikan orang-orang munafiq yang berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir di antara ahli kitab :” Sesungguhnya jika kamu diusir nescaya kami pun akan keluar bersama-sama kamu dan kami selama-lamanya tidak akan patuh kepada sesiapa pun untuk menyusahkan kamu dan jika kamu diperangi pasti kami akan membantu kamu. Sesungguhnya Allah menyaksikan bahawa mereka merupakan kaum yang berdusta.
Perangsang dan jaminan yang diberi oleh Abdullah bin Ubai menyebabkan orang-orang yahudi itu naik semangat terutamanya pemimpin mereka Huyai bin Akhtab. Mereka mengambil keputusan menghantar utusan kepada Rasulullah s.a.w dengan katanya : “ Kami tidak akan keluar dari rumah-rumah kami, lakukanlah apa yang kamu mahu”.
Keadaan semakin tegang, Rasulullah s.a.w bertakbir diikuti oleh para sahabat yang lain. Semangat untuk berperang sedang marak membara terutamanya mereka mengetahui tentang perancangan jahat yahudi yang ingin membunuh nabi yang disayangi dan dikasihi.

4) Memang menjadi kebiasaan yahudi yang pengecut dan tidak berani bertempur secara berdepan di medan di mana mereka berkubu dalam kota dengan melontar batu dan panah serta berlindung di sebalik pokok-pokok tamar dan kebun-kebun mereka.

Rasulullah s.a.w telah diperintah supaya kebun dan pokok tamar yang menjadi penghalang serangan agar ditebang dan dibakar. Bersempena dengan arahan ini Allah berfirman dalam ayat 5 surah al-Hasyr :

ما قطعتم من لينة أو تركتموها قائمة على أصولها فبإذن الله وليخزى الفسقين
Maksudnya : Apa sahaja yang kamu tebang dari pohon-pohon kurma milik orang-orang kafir itu atau yang kamu biarkan berdiri di atas pokoknya maka semuanya itu adalah dengan izin Allah dan kerana dia hendak membiarkan kehinaan kepada orang-orang yang fasiq.

5) Ketika mereka diserang dan dikepung oleh tentera Islam, rakan-rakan mereka dari kalangan yahudi yang lain mengambil sikap tidak peduli begitu juga dengan Abdullah bin Ubai serta pengikutnya tidak memberi apa-apa bentuk bantuan.
Kepungan itu berlanjutan selama 6 hari. Sehinggalah Allah mencampakkan ke dalam hati mereka perasaan takut dan gentar, lalu mereka menyerah diri dan meletakkan senjata. Kemudian mereka menghantar utusan untuk menemui Rasulullah s.a.w bagi menyatakan bahawa mereka bersedia keluar dari Madinah. Rasulullah s.a.w membenarkan mereka keluar dari Madinah bersama-sama hamba sahaya mereka dengan membawa barangan sekadar muat di atas unta kecuali senjata mereka mesti ditinggalkan.
Mereka pun keluar dari Madinah sebagaimana yang diarahkan. Akan tetapi, mereka turut merobohkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan membawa pintu-pintu, jendela-jendela serta alat-alat rumah yang mampu dibawa bersama. Hanya 2 orang sahaja yang menerima Islam iaitu Yamin bin ‘Amru dan Abu Sa’ad bin Wahab manakala yang lain meninggalkan kampung mereka menuju ke Khaibar dan bakinya menuju ke Syam.

6) Harta hasil peninggalan Bani Nadhir ini dinamakan harta fai. Ianya dibahagikan kepada 6 bahagian. Rasulullah hanya mengambil sebidang kecil tanah untuk membuat tanaman dan hasilnya diberi makan kepada ahli keluarganya. 1/6 kemudiannya diberikan kepada kaum Muhajirin, tetapi mereka menolak dan memberikannya kepada kaum Ansar untuk membalas budi. Oleh kerana keikhlasan orang-orang Ansar dalam membantu kaum Muhajirin, kaum Ansar kemudiannya memulangkan semula harta tersebut kepada kaum Muhajirin.
Inilah dia kekuatan dan kehebatan Islam yang tidak mampu dicabar oleh pengkhianat dan musuh pada zaman kegemilangannya sedangkan pada hari ini betapa ramai umat Islam menjadi pelarian dan juga menjadi orang yang terjajah di negara sendiri.
Pengajaran ( bagi setiap bahagian cerita)
  1. Kaum Yahudi adalah kaum yang cenderung kepada berbuat kacau dan membawa kerosakan.
  2. Orang-orang yang ikhlas berda’wah ke jalan Allah pasti dipelihara daripada bahaya. Telah disebut dalam surah Al-Mu’minun, bahawa ibadah dan akhlak yang baik adalah amat penting dalam berda’wah.
  3. Orang munafik adalah golongan yang apabila berjanji tidak ditepati, apabila bercakap dia bohong dan apabila diberi amanah, dia khianat.
  4. Umat Islam apabila berperang sepatutnya tidak boleh merosakkan tumbuh-tumbuhan, akan tetapi pada kisah ini, Allah swt telah memerintahkan pohon-pohon tamar itu ditebang supaya dapat mencatu makanan Bani Nadhir.
  5. Yahudi Bani Nadhir ini bukan sahaja tidak bersyukur dengan peluang yang diberi untuk keluar dari kampung mereka itu, malah mereka mengamalkan sikap “no win-win” akibat dengki.
  6. 6) Betapa manisnya ukhuwah apabila keperluan saudara seIslam lebih diutamakan berbanding diri sendiri.
Scent of Palestine, Scent of Jannah

1 comments:

Abu Ammar said...

Dr Anas MA(xde id google guna din nyer)

mak aih panjang gak
xsedar time kasi tazkirah panjang camni
ke ni extended version of my tazkirah?
anyways,fantastically recited,
Moga mendapat manfaat

Allahummansuril islam wa muslimin
allahummansuril mujahideen fil palestine

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP