SEMANGAT!
Monday, 8 June 2009
Taken from: http://sarahmr.blog.friendster.com/2009/06/semangat/
Tak khusyuk sarah dengar lecture Pharmacology tadi dek terkenangkan tazkirah yang bakal disampaikan. Seb baik Dr Pharma tak soal-soal. Kalau pandang Dr pun, buat-buat muka confident faham, padahal dalam kepala tengah fikir apa nak cakap. Ingat senang ke nak bercakap di khalayak ramai.. lagi-lagi kalau memberi ‘peringatan’. Atas dasar ingin berkongsi dan menyampaikan, sarah gagahkan diri jua.. huhu. hasilnya? tidaklah seperti yang diharapkan.. gelabah you~ tapi…
At least.. i tried, right? There’s always the First time for everything..
Sarah tahu, tak berapa jelas apa yang sarah sampaikan tadi.. banyak juga yang tak sempat cakap dan terlepas pandang akibat kecuakan yang melanda.. yang tersalah sebut pun ada.. hadooi, malu aku.. jadi.. sarah tuliskan semula di sini. moga-moga kita dapat manfaatnya. maaf la ye, kalau ayat agak skema sikit.. (ainaa sure tak suka.. lol) tapi ada masa kita perlu skema untuk sampaikan sesuatu yang serius, kalau tak, orang ingat kita ni main-main.. ye tak?
Selamat membaca…
****************
Hampir dua minggu kita berkempen“Palestine Evergreen”.. sama-sama kita telah bina semangat dan keprihatinan kita terhadap umat Islam di Palestin. Ramai yang telah berkongsi berita, cerita, tazkirah, bersyarah.. malah ada yang telah bersajak~ hebat! Kalau malam esok masih ada, pasti kita akan terkesan dengan debat dan ‘public speaking’ yang akan disampaikan. Hebat-hebat belaka warga Iskandariah ini..
Namun, semangat kita ini.. adakah sekejap cuma? Bak angin lalu yang menyapa, menyinggah pipi, mengusik rasa? ermm….
Ke mana sepatutnya semangat ini kita salurkan?? Apa sebenarnya yang perlu kita tanamkan dan lakukan untuk kekalkan semangat yang telah kita bina ini?
Semangat hanya akan tinggal semangat kalau kita tidak mampu hayati apa sebenarnya peranan dan ghayah kita sebagai pemuda-pemuda ummah.
Apa ye peranan-peranan kita?
Kenalilah Agama kamu.
Masalah ummat Islam hari ini, kebanyakannya berpunca daripada kurangnya penghayatan Islam dan kurangnya rasa ‘Izzah kita terhadap Islam. Kalau tak sayangkan Islam, bagaimana kita nak ada rasa untuk pertahankannya? Tingkatkanlah ilmu agama kita walau hanya dengan mengikut majlis ilmu seperti SC. Kadang-kadang SC pun kita malas nak ikut. Dari mana lagi kita nak kenal Islam? Baca buku? Daripada usrah atau SC juga lah kita membaca tentang Islam, ye tak?
Ambillah qudwah yang baik dan jadilah contoh yang baik.
Rasulullah itu sebaik-baik qudwah. Ye, kita semua tahu tapi tak ramai dari kita yang jadikan Rasulullah sebagai contoh ikutan. Bagaimana nak dapat qudwah yang baik, kadang-kadang, ibu bapa sendiri tak beri contoh yang baik? Itu bukan alasan. Bukankah dah jelas dalam Al-Quran, Allah menyuruh kita untuk mengikut apa yang disuruh Allah dan Rasulnya. Menjadi peranan kita juga untuk menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain kerana ‘perbuatan seseorang yang baik itu lebih berkesan kepada 1000 orang daripada 1000 orang yang sekadar bercakap kepada seseorang.’
Tinggalkan maksiat serta-merta.
Perkara maksiatlah yang paling banyak pengaruhnya kepada syabab. Sedar tak hati kita banyak tompok-tompok hitam kesan perbuatan maksiat tadi. Akhirnya, hati-hati kita boleh tertutup daripada menerima petunjuk. Apa yang Rasulullah halang, seharusnya kita tinggalkan terus dan apa yang disuruh pula, kita buat sekadar mampu. Di sini nampak betapa pentingnya untuk kita tinggalkan maksiat berbanding dengan kita beribadah. Boleh jadi kita banyak beramal tapi maksiat sentiasa bersama kita. Bagaimana kita nak memperbaharui ummah? Sedangkan karat-karat jahiliyyah masih terpalit di badan. Kalau kita bertaubat, Allah akan bukakan lembaran baru buat kita untuk bangun semula.
Mendekatkan diri dengan masjid.
Terutamanya buat para ikhwah yang bakal memimpin keluarga mahupun negara, amalkan solat berjemaah di masjid. Sesungguhnya, sesiapa yang bersuci di rumah, kemudian dia menuju ke rumah Allah untuk mendirikan solat, Allah akan gugurkan dosa di setiap langkahnya ke sana. Dan Allah tinggikan darjatnya. Allah juga menjanjikan naunganNya di Mahsyar kelak buat pemuda yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Tak mahukah kita tergolong sama?
Jadilah orang yang cemerlang dalam bidang kita.
Walau apa pun jurusan atau bidang yang kita ambil, buatlah sehabis baik. Jadikanlah kecemerlangan itu sebagai sikap. Peluang belajar di bumi anbia’ ini, kita manfaatkan betul-betul.
Hubungkanlah silaturrahim dan pilihlah sahabat kamu.
Jaga hubungan kekeluargaan dan hubungan kita sesama manusia. Kenapa penting untuk pilih sahabat yang baik? Kadang-kadang, kita nak melangkah ke hadapan tapi bila ada pengaruh kawan yang buruk, kita akan berpatah balik ke belakang. Jadilah orang yang membuat perubahan. Lihatlah kiri dan kanan, ada tak sahabat yang baik? Kawan-kawan, mungkin ramai.. Kenalan, lagi lah ramai.. tapi sahabat ini perlu dicari. Bak kata saidina Umar, hendaklah kamu mencari sahabat yang baik dan hidup dalam lingkungannya.
Kenalilah realiti kehidupan semasa.
Daripada kempen-kempen sebeginilah kita dapat tahu lagi masalah-masalah saudara kita di Palestin. InsyaAllah, kita teruskan lagi keprihatinan kita terhadap ummah.. bermula dengan kesedaran yang sesungguhnya orang Islam itu bersaudara.
Ajaklah orang kepada Islam.
Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat dan mengajak kepada kebaikan. Di tangan kita ada tanggungjawab yang perlu kita laksanakan. Mahukah kita sekadar duduk-duduk sahaja, berbahagia dan merasa cukup sekiranya kita sudah bersolat, berpuasa, menutup aurat? Kalau syabab-syabab di zaman Rasulullah berjuang menegakkan Islam sewaktu umur belasan tahun, kita yang dah 20an ini, apa yang telah kita sumbangkan kepada Islam? Ke mana kita habiskan masa muda kita ni? Adakah hanya untuk diri sendiri?
Susunlah waktu kamu.
Sesungguhnya, kewajipan itu lebih banyak daripada masa yang ada. Berilah sedikit ruang untuk kita mendalami Islam di samping ilmu dunia yang sememangnya penting untuk kita hidup. Ambil juga sedikit masa untuk beriadhah. Rancang dan buatlah penilaian akan hala tuju dan peranan kita sebagai pemuda yang masih kuat jasadnya, matang aqalnya dan tinggi keazaman dan semangatnya.
Cuba kita renungkan sejenak, pengajaran yang terdapat di dalam kisah seorang pemuda yang dicatatkan dalam surah Ya Sin. ”Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: Wahai kaumku! Turutilah Rasul-rasul itu” (Ya Sin:20). Lelaki ini bersegera berlari pantas dari hujung bandar. Iman yang mendalam ke dasar mendorong dirinya untuk berlari seolah-olah masa sudah terlewat. Juga dia berlari dari hujung bandar bukannya dari tempat yang sama. Ini menandakan kesungguhan lelaki ini melaksanakan amanah yang ada padanya. Dia ingin melepaskan dirinya daripada segala ancaman azab di hari Akhirat nanti. Akhirnya, usaha lelaki itu diganjari Allah swt.
“(Setelah dia mati) lalu dikatakan kepadanya: Masuklah ke dalam Syurga. Ia berkata; Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui. Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan” (Ya Sin:26-27).
Walaupun pemuda tersebut telah bersenang-lenang menikmati syurga, dia tetap terkenangkan kaumnya dan berharap supaya mereka juga faham dan mengetahui. Masya Allah, betapa tingginya semangat dan kesungguhan pemuda itu.
Semoga Allah memenangkan Agama ini dalam berhadapan dengan musuh-musuhnya. Moga kita dapat membina generasi demi generasi yang memahami dan menghayati Islam dalam kehidupan.
Bermula dengan kita.. pemuda-pemudi yang bersemangat! Salurkan semangat anda itu pada tempatnya..
Isilah masa muda ini dengan sebaiknya..
Supaya kelak, jika Allah tanya ke mana kita habiskan masa muda kita?
Adakah leka mendengar muzik dan menonton movie atau wayang?
Kita mampu menjawab.. Tidak..! aku telah gunakan sebaiknya mengikut jalan yang Engkau Redhai…
Allahumma Ameen…
Tiada masa untuk tidak semangat~
Palestine.. everlasting in our hearts.
Keep praying for the Muslimeen wa Mujahideen fi falestin..
Scent of Palestine, Scent of Jannah
0 comments:
Post a Comment