GEMA

Thursday, 28 May 2009

Sebuah sajak yang bagus. Semoga kita semua semakin bersemangat dalam melaksanakan apa yang kita lakukan. Bukan sahaja semangat Palestine yang membara dalam dada, tetapi semangat untuk belajar, semangat untuk melaksanakan ibadah kepada ALLAH, semangat melakukan kebaikan sesama makhluk, semangat amar maaruf nahi mungkar, semangat untuk berdakwah dan segala macam semangat yang baik(bukan semangat ponteng kuliah dan tiru dalam exam ye).

Kredit: Zaim Ismail Zeid

Gema.

Mentari terbit sudah,

Hari baru menjelang tiba,

Dentuman masih menerjah,

Tinggal lah koleksi jeritan hiba,


Bumi bertinta darah, merah,

Gumpalan cebis-cebis nyawa,

Tentangan pasrah amarah,

Pabila kewujudan dinoda,


Keringat muda dikerah,

Teriakan azam dilaung, mara!

Hidup mati tanpa berserah,

Hak pasti dilindung jua,


Lelehan peluh dan tangis resah,

Padam tidak semangat membara,

Teruskan juangan, teruskan gagah,

Biar laungan mu kemana bergema.

Copyright 2009 Zaim Ismail Zeid

Scent of Palestine, Scent of Jannah



2 comments:

Matluthfi90 said...

Saudara saya di sana
Mereka kutip cebisan batu;
Baling Merkeva kalis peluru,
Mereka tanak bom tangan;
Tuju Apachee tinggi awangan,
Mereka julang bendera Palestin;
Lawan F16, 17, 18.

abdullah said...

go go go zaim!!

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP