KHUTBAH SELASA

Wednesday, 27 May 2009

Masing-masing tertunduk sepi mendengarkan khutbah yang disampaikan saudara Presiden PCI, Mohd Hafidzudin Abd Razak. Terpana mungkin, atau terbang ke Palestin jauhnya.

Bersama ini disertakan sekali teks khutbah saudara Presiden untuk mengingatkan kita kembali kepada rentetan berdarah di tanah Palestina. Dengan sedikit masa yang diluangkan untuk mengambil berat akan perihal saudara kita di Palestin, insyaAllah besar pula ganjarannya, wallahua’lam.

”Nescaya kamu akan dapati , manusia yang sangat tinggi kadar permusuhan mereka terhadap orang – orang yang beriman ialah Yahudi dan orang – orang yang menyekutukan Allah ( Musyrikin )” .
Al Maaidah : Ayat 82

SadaqAllah Al-‘Adzim.
Benarlah Firman Allah SWT, sesungguhnya amat zalim dan kejamlah perlakuan orang-orang Israel ini terhadap saudara kita di Palestin sana. Menangislah hati ini sekiranya diperhatikan satu demi satu penghinaan yang dilakukan mereka.

Rakan-rakan, ingatlah, sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah bersaudara. Mereka memerlukan bantuan kita. Jadilah Muslim yang proaktif, yang meletakkan titik mula di dalam diri sendiri.

Sesetengah kita sudah mula bertindak dengan memboikot contohnya, anda bagaimana?


UMAT PALESTIN DI GAZA TERUS MENDERITA


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِأَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Mimbar kali ini ingin mengambil perhatian muslimin sekalian kepada nasib umat Islam Palestin yang sehingga kini terus menderita sejak hampir 60 tahun .

Oleh kerana itu kami mengharapkan agar para ahli hadirin sekalian memberi perhatian dan mendengar dengan penuh tumpuan terhadap mesej khutbah penting yang akan disampaikan pada hari ini.

Kesan dari Khutbah ini kami mengharapkan agar suatu kesedaran dan keinsafan yang mendalam tercetus dikalangan semua kaum Muslimin dan dengan itu bertindak untuk membela nasib saudara kita di Palestin sekaligus membebaskan Masjid Al-Aqsa yang menjadi tuntutan ke atas setiap kaum Muslimin..

Sidang hadirin yang dirahmati Allah ,

Untuk kesekian kalinya kita maseh terpaksa membicarakan suatu isu kemanusiaan yang telah berpanjangan dan menjadi titik hitam pada wajah umat Islam iaitu persoalan Palestin dan Baitul Muqaddis yang terus diceroboh dengan biadab oleh Yahudi Zionis.

Marilah kita mengingatkan diri kita bahawa ketika kita mengingatkan tarikh 31 hb Ogos 1957 sebagai hari kemerdekaan Negara , pada 31 hb Ogos 1897M merupakan tarikh Persidangan Basel, Swisszerland iaitu permulaan kepada sejarah tercetusnya gerakan untuk menubuhkan sebuah Negara untuk umat Yahudi . Ini diekori dengan Deklarasi Balfor untuk merealisasikan hasrat ini. Pada 1948 negara Israel diistiharkan yang didokong sepenuhnya oleh Amerika Syarikat.

Dari saat itulah Israel menjadi sebuah kuasa proksi Amerika Syarikat . Dalam peperangan 1967 antara tentara Arab dan Israel , tentera Israel telah menguasai Baitul Muqaddis yang telah mengakibatkan tanah Palestin dirampas dengan zalim dari rakyat Palestin. Ekoran itu proses ”pengYahudian” bumi Palestin dilancarkan oleh Israel.

Sebagai hasil gerakan Zionis Yahudi ini , sekarang bumi Palestin telah dicerobohi oleh 6 juta orang Yahudi sementara 5 juta rakyat Palestin sendiri menjadi pelarian di sekitar negara-negara di Timur Tengah . Sebanyak 80 kem pelarian kini menampung 1 juta pelarian Palestin di Jordan , Lebanon dan Syria.

Sidang hadirin Yang dirahmati Allah ,

Selama lebih 60 tahun , ummat Islam Palestin hidup di medan peperangan . Mereka berada di tengah – tengah kekejaman penjajah durjana Israel laknatullah. Mereka di tindas dan dizalimi tanpa simpati .

Orang – orang tua mereka diusir keluar dari tanahair , lelaki mereka dikelar dan ditembak mati , wanita mereka diperkosa dan dibelah perutnya . kanak – kanak mereka diletupkan , rumah kediaman mereka dibakar dan kampung halaman mereka dimusnahkan .
Yahudi mencabul Masjidil Aqsa , meletupkan pejuang – pejuang Islam dan pemimpin mereka biarpun mereka sedang mendirikan solat tanpa senjata .

Pemimpin dan ulama’ besar Palestin seperti Syeikh Izzudin Al Qassam , Syeikh Ahmad Yassin , Dr. Abdul Aziz Ar Rantisi dan lain – lain telah menemui syahid dihujung senjata Yahudi Laknatullah.

Para mujahid dan pemuda – pemuda Islam yang mahu hidup mereka merdeka, ditangkap dan dikurung puluhan tahun lamanya , dalam bilik kurungan yang sempit dan serba gelap .

Mereka diperlakukan laksana binatang , bahkan binatang lebih berhati perut berbanding yahudi laknatullah .

Mari kita renungkan angka yang menyedihkan ini. Di saat ini sepertiga kanak-kanak Palestin dinafikan hak pendidikan , kurang dari 14% kanak-kanak Palestin yang dapat menghabiskan persekolahan di sekolah , kurang dari 9% tamat persekolahan diperingkat menengah. Kini 73% rakyat Palestin sedang menganggur.

Manakala jumlah rakyat Palestin yang hanya makan satu kali sehari ialah 46%. Seorang doktor terpaksa merawat 1,700 pesakit.

3 juta rakyat Palestin menjadi banduan di penjara terbesar di dunia apabila mereka di kepung oleh tentera Israel di Palestin dengan tembuk sepanjang 720 km dan 8-12 meter tinggi . Lebih 11,000 rakayat Palestin dipenjarakan di Israel . Ada yang dipenjara sehingga 30 tahun.

Puluhan lokasi pemeriksaan yang didirikan oleh tentera Israel telah meningkatkan penderitaan rakyat Palestin. Ini termasuk wanita Palestin yang melahirkan anak di stesen pemeriksaan Israel kerana disoalsiat sehingga mereka yang sarat hamil melahirkan anak ditempat pemeriksaan tersebut. Ada juga laporan pesakit dalam ambulan akhirnyanya mati dalam ambulan kerana disekat oleh tentera Israel atas nama pemeriksaan rapi.

Keadaan hidup rakyat Poalestin sangat menyedihkan . Ada yang terpaksa hidup dalam kem pelarian yang tiada bekalan air bersih ,ubatan , makanan dan sanitasi yang sempurna.

Mereka hidup dalam keadaan yang sangat tertekan dan terus menderita. Sudah puluhan tahun mereka tidak diberi hak untuk pulang ke tanah air Palestin. Sehingga kini 8,250 buah rumah rakyat Palestin dihancurkan dan mereka dihalau keluar dari tanah air mereka sendiri. Sebanyak 18,031 rumah hancur semasekali di Tebing Barat dan Gaza.

Demikian kezaliman dan kekejaman Israel . Tepat seperti yang digamnbarkan dalam Firman Allah S. W.T,
”Nescaya kamu akan dapati , manusia yang sangat tinggi kadar permusuhan mereka terhadap orang – orang yang beriman ialah Yahudi dan orang – orang yang menyengutukan Allah ( Musyrikin )” .
Al Maaidah : Ayat 82

Sidang hadirin yang di rahmati Allah .

Dalam perkembangan yang terbaru , regim Israel terus meningkatkan kezalimannya terhadap umat Islam di Palestin . Regim Israel yang didalangi Amerika Syarikat telah menutup terminal Rafah pada 9 hb Jun 2007 iaitu pintu masuk di sempadan antara Israel dan Mesir.

Tindakan Israel ini telah menghalang rakyat Palestin yang berada di Mesir untuk balik ke Palestin melalui pintu sempadan Rafah itu . Akibatnya ribuan rakyat Palestin terperangkap di Mesir yang menyebabkan anggota keluarga terpisah antara satu sama lain. Mereka terpaksa menumpang di sekolah , masjid , rumah dan ada yang tingal dibawah pohon di padang pasir..

Dakwaan Israel tindakan ini adalah untuk menghalang golongan pejuang Palestin dari mendapat bantuan dari Mesir. Sehingga ini HAMAS , Mesir dan badan antarabangsa dan PBB serta Badani Palang Merah Antarabangsa sendiri telah mendesak Israel untuk membuka sempadaan Rafah bagi membolehkan rakyat Palestin pulang ke Gaza.

Akan tetapi jika pun ada yang dibenarkan pulang, ternyata tentera Israel dijangka akan mengambil kesempatan menahan mereka yang didakwa pejuang Palestin bila mereka sampai di sempadan. Yang nyata ramai lagi yang sakit dan tua tidak dapat pulang ke Gaza.

Sehingga saat ini, hanya 700 orang sahaja dari 6,000 orang yang tersadai di Mesir yang dibenarkan pulang ke Gaza . Mereka dibenarkan pulang melalui sempadan di al-Oja , Utara Sinai yang dikawal kerajaan Mesir dan Israel . Proses kebenaran pulang ke Gaza ini disyaratkan melalui saringan yang ketat oleh kerajaan Mesir dan Israel.atas alasan untuk memastikan tiada pejuang Palestin yang terlepas masuk ke Gaza.

Malangnya sehingga hari ini , tiada bantuan dan tiada usaha mendesak Israel agar membuka semula sempadan di Rafah. Penderitaan mereka yang terperangkap di Mesir semakin meruncing dan menuju kepada keadaan krisis kemanuasiaan yang parah. Sehingga kini hanya golongan Ikhwan Muslimin sahaja yang bekerja keras untuk membantu mereka yang tersepit


Pada hakikatnya tindakan Israel itu adalah untuk menghukum rakyat Palestin di Gaza yang telah menyokong Hamas dalam pilihanraya yang lalu. Sehingga ini kepungan ekonomi dan politik yang dilancarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat ke atas kerajaan Palestin dibawah HAMAS telah mengakibatkan kakitangan kerajaan tidak dapat dibayar gaji , perniagaan terbantut dan menteri-menteri kerajaan HAMAS menjadi sasaran Israel.

Sidang hadirin yang dirahmati Allah ,


Persatuan Ulama’ Dunia ( al Ittihad al A’lami lil ulama’ al muslimin ) telah mengusulkan kepada negara – negara ummat Islam agar membantu ummat Islam dan kerajaan HAMAS yang dipilih secara demokratik dalam menghadapi pemboikotan yang yang dilancarkan oleh musuh – musuh Islam durjana.

Ketua Kesatuan Ulama’ Dunia , Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa yang menegaskan , wajibnya ummat Islam menghulurkan bantuan kepada Palestin.

Sementara itu , Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin Dr. Khalil Ismail al Hayya , telah memohon sumbangan jihad dari seluruh ummat Islam dan melancarkan kempen 1 Dolar Amerika,bersamaan ( RM 3.60 ) setiap individu muslim dalam kempen menangani pemboikotan kuffar antarabangsa terhadap ummat Islam Palestin .
Jua untuk mengatasi kesengsaraan dan ancaman kebuluran yang sedang dihadapi oleh ummat Islam Palestin .

Justeru itu sidang hadirin sekelian , melalui suara mimbar yang mulia ini saya melancarkan infaq fi sabilillah untuk saudara sumbangkan buat saudara seagama kita di palestin .

Berbekalkan kesedaran dan keinsafan yang tinggi untuk mengangkat martabat Ummah di mata dunia , demi membebaskan Masjidil Aqsa dari cengkaman Yahudi laknatullah , demi kedaulatan syiar dan syariat Allah di bumi Palestin dan pastinya jua , demi menyelamatkan insan beriman dari kesengsaraan dan penderitaan yang berterusan , maka pastikan tiada seorang pun muslimin sidang hadirin hari ini , meninggalkan masjid tanpa menyumbang dan menghulurkan Infaq fi sabilillah .

Marilah kita tunaikan hak persaudaraan kita , sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah saw :

تَوَادِّهِمْ وَ تَعَاطُفِهِمْ وَ تَرَاحُمِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ مَثَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ فِيْ
إِذَا اشْتَكَى مِنْهَ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرَ الْجَسَدِ بِالسَّهْرِ وَ الْحُمَّ. اْلوَاحِدِ

Maksudnya : Perumpamaan orang – orang beriman dalam kasih sayang mereka , hubungan naluri mereka dan persaudaraan mereka seperti satu jasad . Apabila satu anggota terasa sakit, maka seluruh anggota turut berjaga dan terasa sakit .


بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْز َالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

p/s: Doakan mereka di sana.

.:Scent of Palestin, Scent of Jannah:.



0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP