SEMARAK
Thursday, 28 May 2009
Tazkirah ringkas oleh saudara Tengku Muhammad Fakhruddin sedikit sebanyak mengupas karya Dr. Majid Irsan Kaylani, Kebangkitan Generasi Salahuddin Dan Kembalinya Al-Aqsa Kepangkuan Islam.
Sebiji karipap, intinya memanglah sedap apabila dimakan begitu sahaja, kulitnya apatah lagi rangup sekali, akan tetapi bukanlah karipap namanya. Hal ini terjadi di zaman lalu, apabila institusi pemikiran Islam menjadi institusi yang bercirikan perpecahan, yang membawa kepada penjurusan hanya ke atas sesuatu ilmu yang tertentu, seperti aqidah, ibadah, akhlak dan tasawwuf, lantas membawa kepada ketaksuban terhadap sesuatu mazhab dan menggalakkan perselisihan antara bidang.
Penyatuan semula ilmu-ilmu tersebut oleh Imam al-Ghazali memakan masa lebih kurang 100 tahun untuk memberi impak paling maksima, yakni melahirkan semula generasi Salahuddin yang telah menguasai Jerusalem. Perkara yang ingin dikaitkan di sini adalah, untuk membawa perubahan, tidak hanya bergantung kepada semangat yang membara sahaja, namun cara pemikiran adalah yang paling utama.
Isu Palestin yang ditekankan selama berdekad ini, bukanlah satu-satunya isu dalam hidup kita, namun puluhan lagi yang sedang terjadi di sekeliling kita. Di Pattani, Filipina dan Pakistan misalnya, masih banyak lagi perkara yang kita sendiri pun terlepas pandang. Saya juga tidak terkecuali.
Bagi membina insan kritis, kita tidak boleh hanya bergantung dengan pembacaan ilmiah seperti buku perubatan yang mungkin sudah dihafal jumlah muka suratnya, namun pembacaan yang menjana pemikiran juga diperlukan, agar mampu melahirkan cara pemikiran baru yang lebih mantap.
Bak kata Kudin (nama manja), semangat yang ada ini janganlah menjadi seperti sebotol air Coca Cola (boikot ye kawan-kawan), apabila digoncang, berbuih. Namun sekejap sahaja. Kemudian lenyap.
Biarlah rasa empati ini terus utuh di sanubari.
.:Scent of Palestin, Scent of Jannah:.
0 comments:
Post a Comment