Al-Quds menurut keyakinan umat Islam

Thursday, 2 June 2011

Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi, umat Islam, sama ada bangsa Arab (dan bangsa-bangsa lain) mahupun warga Palestin, bersepakat tentang isu keakraban Al-Quds dengan keislamannya. Maka, beliau telah merumuskan kedudukan & kepentingan Al-Quds seperti berikut,




Huraian & Penjelasan


Al-Quds Sebagai Kiblat Pertama



Al-Quds merupakan kiblat pertama Rasulullah SAW dan para sahabat menghadap ke arahnya ketika solat sejak perintah kewajipan solat diturunkan. Selama be
rada di Makkah (sebelum hijrah) dan ditambah enam belas bulan di Madinah (selepas hijrah), umat Islam berkiblatkan Al-Quds sehingga turun ayat Al-Quran yang memerintahkan supaya menghadap Kaabah atau Masjidil Haram,

"Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya”
(Al-Baqarah : 150)



Bukti peristiwa bersejarah (penukaran kiblat) , masih kekal hingga hari ini iaitu dengan kewujudan Masjid Qiblatain di Madinah Al-Munawwarah.

Masjid Qiblatain –bukti peristiwa tapisan mereka yang benar-benar beriman


Bagaimana
respon orang-orang Yahudi Madinah tentang peristiwa tersebut?


Allah rakamkan dalam Al-Quran :

Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: “Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?..”
(Al-Baqarah: 142)



Kemudian Allah membalas pertanyaan mereka,

…” Katakanlah (wahai Muhammad): “Timur dan barat adalah kepunyaan Allah – (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus” (Al-Baqarah :142)


.....bersambung.......


Rujukan :


Palestin : Masalah Kita Bersama (Prof Dr. Yusuf al-Qaradhawi)

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP