Usaha Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan PBB disekat oleh Israel.

Sunday 12 June 2011


BAITULMAQDIS : Menurut laporan akhbar Haaretz, usaha pemimipin Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan penubuhan Negara Palestin dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam September depan cuba disekat oleh Israel.
Pemimpin Palestin, Mahmud Abbas, berkata Palestin akan memohon pengiktirafan daripada PBB untuk diterima sebagai anggota dunia di Mesyuarat Agung PBB pada September jika rundingan damai tidak dilanjutkan.


Kementerian Luar Israel mewujudkan Forum September dan mengerahkan semua utusannya berusaha memujuk negara-negara lain untuk menentang usaha Palestin itu, kata akhbar itu yang memetik kertas sulit kementerian.
Ketua Pengarah Kementerian Luar, Rafael Barak dalam satu nota dalaman berkata: “Sasaran yang ditetapkan ialah mendapatkan semaksima mungkin bilangan negara yang akan membantah proses PBB mengiktiraf negara Palestin”
Kertas itu mengarahkan diplomat bertemu dengan ahli politik paling kanan dan mengerahkan organisasi tempatan, media dan pendapat umum untuk menentang undian pengiktirafan negara tersebut.


“Pertelingkahan utama ialah untuk melanjutkan proses ini kepada PBB, Palestin cuba untuk mendapatkan sasaran mereka selain daripada mengadakan rundingan dengan Israel dan ini melanggar prinsip untuk menyelesaikan konflik menerusi rundingan dua pihak,” tulis Barak.


Diplomat Israel akan memfokuskan usaha mendapatkan semaksima mungkin bilangan negara yang akan membantah proses PBB mengiktiraf negara Palestin di Eropah kerana banyak negara di benua itu belum memutuskan sokongan mereka terhadap usaha Palestin itu.
“Matlamat kami ialah untuk mencipta gerakan menentang pengiktirafan negara Palestin di September dengan mewujudkan blok penting Kesatuan Eropah (EU) yang suara mereka telah menolak dari awal tindakan satu pihak Palestin, “ kata Ketua Jabatan Eropah Barat, Naor Gilon, menurut Haaretz.


Kesungguhan Israel untuk menghalang usaha Palestin itu membuktikan kegentaran dan ketakutan Israel melihat kebangkitan Palestin yang akan mencetuskan kebangkitan Islam suatu hari nanti.


Marilah membuktikan keprihatinan kita sebagai saudara seakidah dengan mendoakan kegagalan usaha Israel ini.


sumber:http://satuumat.blogspot.com/

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP