Fatah calonkan Fayyad ketuai PALESTIN...
Monday, 13 June 2011
Isnin, 13 June - Ketika mesyuarat malam tadi di ibu pejabat presiden, jawatankuasa pusat Fatah memutuskan untuk mencalonkan Salam Fayyad bagi mengetuai kerajaan Palestin. Keputusan itu diambil awal daripada mesyuarat yang bakal berlangsung di Mesir antara pegawai rasmi Fatah dan saingan lamanya Hamas.
Kedua belah pihak akan bertemu pada hari Selasa untuk menubuhkan kerajaan dan kita berharap ini menjadi rundingan terakhir yang perlu diselesaikan untuk mewujudkan kerajaan.
Fatah dan Hamas masing-masing sudah menyediakan senarai pendek calon untuk jawatan perdana menteri tetapi masa depan Fayyad yang kini memegang jawatan perdana menteri masih belum tentu berikutan tentangan daripada pihak Hamas.
Hamas belum mengumumkan calonnya untuk jawatan itu tetapi pegawai rasmi daripada pergerakan itu berkata mereka menjangkakan perdana menteri akan datang adalah dari Gaza, yang sekali gus akan menolak Fayyad.
Komuniti antarabangsa memuji Fayyad yang juga bekas pegawai Bank Dunia kerana usahanya membina institusi Palestin dan bersedia menjadi negara walaupon tanpa rundingan damai dengan Israel.
Marilah kita mendoakan yang terbaik untuk saudara kita di Palestin. wallahua'alam.
0 comments:
Post a Comment