Google Earth VS Israel

Wednesday, 15 June 2011







RABU, JUN 15, 2011 - Sesungguhnya kecanggihan teknologi dapat memanipulasi kita.Oleh kerana mereka mempunyai pengetahuan,kekayaan dan kekuasaan, dengan mudah mereka menipu umat manusia.Kesinambungan dengan post kali ini,menurut sumber, pihak Google Earth masih menyembunyikan Israel, yakni,jika kita mencari Israel di Google,kita tidak mampu untuk melihat "negara" itu secara terperinci seperti kita melihat negara lain.

Pada saat Google melancarkan perkhidmatan Google Earth pada tahun 2005, perusahaan ini telah menjadi pemimpin dunia dalam menyediakan citra satelit. Pada tahun 2010, Google Earth membolehkan dunia untuk melihat tingkat kerosakan akibat pasca-gempa di Haiti.

Tahun ini, Google juga mengeluarkan gambar yang sama setelah Jepun mengalami tsunami dan gempa bumi yang dahsyat. Dengan hanya satu klik, Google dapat membawa anda melihat dunia dan memiliki pemahaman yang lebih baik tentang sebuah peristiwa melalui hujung jari anda.

Namun,ada sesuatu yang pelik berlaku. Mengapa ada satu tempat di dalam peta dunia,Google tidak sajikan kepada pelayar-pelayar internet secara terperinci iaitu Israel. Apa yang sedang dilindungi? Tidak mahu dunia tahu apa yang berlaku di sana? Kesusahan rakyat Palestin? Ada udang di sebalik batu?

Hal ini kerana , pada tahun 1997, Kongres AS mengesahkan UU Authoriti Pertahanan Nasional ,dalam satu bahagian UU ada yang berjudul " Larangan pengumpulan dan pelepasan citra satelit terperinci yang berhubungan dengan Israel ". Nah, satu ketidakadilan sedang berlaku. Wallahualam.

Perubahan yang dikenal sebagai Kyl-Bingaman Amendment ,menyeru untuk instansi federal , NOAA Commercial Remote Sensing Regulatory Affairs mengawal penyebaran perbesaran gambar-gambar terperinci dari Israel.

Ketika diminta mengulas mengenai hal ini, jurucakap Google membalas,"Gambar-gambar di Google Earth bersumber daripada pelbagai aspek,sumber citra kami berpaksi satelit dari perusahaan Amerika yang tunduk pada peraturan AS, termasuklah Kyl-Bingaman Amendment yang berkaitan dengan UU Otorisasi Pertahanan Nasional 1997 , yang membataskan resolusi tinggi citra Israel yang mungkin disebarkan secara komersial "

Dan bukan hanya Israel, peraturan ini juga berlkau kepada wilayah yang diduduki. Disebabkan itulah Human Right Watch tidak dapat memberikan gambaran terperinci dari Jalur Gaza dalam laporannya. Semestinya ,kewujudan peraturan ini supaya kerosakan yang terjadi di Sderot akibat roket yang ditembakkan ke Gaza tidak dapat dilihat mata dunia.
Ya Allah, Kau bantulah Kau bela lah nasib saudara-saudara Islam kami di sana.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاء بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُواْ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَSorah Al-Maidah ( The Table spread with Food ) Verse Number 8
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Fikir-fikirkanlah rakan-rakan sekalian. Gunakanlah segala kepakaran yang kita ada untuk membantu saudara kita di sana.


Sumber : http://www.eramuslim.com



0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP