"Miles of Smiles III" hantar bantuan ke Gaza
Monday, 20 June 2011
Gaza - Para aktivis mengiringi konvoi kemanusiaan "Miles of Smiles III" menghantar bekalan susu dan ubat-ubatan yang sangat diperlukan kepada Kementerian Kesihatan di Gaza serta tambahan 15 buah ambulans yang direka khas untuk orang kurang upaya.
Ketua konvoi, Issam Yousef berkata dalam satu sidang akhbar di bandar Gaza pada hari Isnin bahawa, 70 bayi Palestin yang baru lahir di Gaza berisiko untuk mati selepas kehabisan susu formula khas untuk bayi-bayi tersebut.
Beliau berkata lagi, konvoi yang dibawa 4.000 tin susu bayi ini hanya dapat memenuhi keperluan bayi- bayi Palestin untuk tempoh setahun sahaja. "Kami juga telah membawa sepuluh jenis ubatan yang tiada di Gaza yang mampu menyelamatkan banyak nyawa," jelas beliau.
Pengarah hubungan kerjasama antarabangsa dalam Kementerian Kesihatan, Mohamed Al-Kashef pula berkata, bagi pihaknya, mereka telah meneliti jenis ubatan tiada dalam simpanan kementerian.
Beliau berkata bahawa ubat dan susu bayi yang dibawa oleh para aktivis perpaduan ini sangat penting, dan selanjutnya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan yang mendalam untuk penganjur konvoi ini.
Mereka telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin. Persoalannya, dimanakah keprihatinan dan tanggungjawab kita terhadap mereka?? Justeru, bersama-samalah kita berusaha semaksima mungkin bagi meringankan penderitaan mereka di sana. Sekurang-kurangnya dengan DOA dan harta.
Wallahu`alam.
Sumber asal: http://www.palestine-info.co.uk/en/
0 comments:
Post a Comment