Rakyat Palestin bantah isu pasport

Monday, 13 June 2011


Gaza - Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang ditolak pasport baru oleh pihak berkuasa di Ramallah mengadakan satu protes pada hari Isnin di hadapan pejabat UN di kota Gaza.

Mereka membawa sepanduk-sepanduk mengecam keputusan dan tindakan pihak berkuasa tersebut, yang didakwa berdasarkan pada sekutu politik. Mereka meminta pihak UN untuk campur tangan dan menamatkan penderitaan mereka, terutama kerana beberapa orang dari mereka yang sakit dan perlu kepada rawatan segera di luar Palestin.

Sebuah jawatankuasa rakyat Palestin mengatakan bahawa protes ini dirancang dan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada siri tunjuk perasaan untuk memprotes situasi mereka dan menyatakan dengan tegas hak-hak setiap warganegara untuk mendapatkan pasport.


Satu statistik yang dikeluarkan oleh sebuah jawatankuasa menunjukkan bahawa lebih dari 30.000 warga Palestin di Semenanjung Gaza dirampas hak mereka dari mendapatkan pasport.


Oleh itu, sama- samalah kita berdoa agar rakyat Palestin dikurniakan kemudahan dalam urusan hidup mereka seperti mana yang dikecapi oleh kita sekarang.

Jika kita tidak mampu untuk berjihad dengan diri dan nyawa kita, maka berjihadlah dengan harta benda kita. Sesungguhnya setiap Muslim memiliki senjata yang cukup ampuh. Doa adalah senjata yang tidak dimiliki oleh orang lain kecuali Muslim.

Bersama kita doakan mereka di sana...

Sumber asal: http://www.palestine-info.co.uk/en/





0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP